Bab 18: Stronger than steel

653 26 0
                                    



" Mana anak aku?! Anak aku mana??! Siapa kau orang ni ha?! Pergi!!! Aku kata pergi!!" Jerit Cahaya sambil membaling bantal ke arah dua orang asing di dalam wadnya.

Sudah lah sakit di uri-uri masih belum habis, tengok-tengok perutnya sudah kempis seakan anaknya sudah ghaib dari dalam perut.

" Aku tak nak jumpa sesiapa!! Aku nak anak aku!! Argh!!!"

Aku berlari deras ke arah wad yang kedengaran riuh rendah. Hati aku menjadi sakit apabila melihat Cahaya yang sudah berlinangan air mata. Keadaanya nampak teruk dengan mata sembap akibat menangis berlebihan.

" Jangan sentuh aku!! Pergi!!! Pergilahh!! Aku tak nak jumpa sesiapa!!! Aku nak anak aku!!!" Cahaya semakin meracau dengan sangat ganas. Dia memukul aku dan mencakar wajahku tapi aku tahankan sahaja. Sakit Cahaya tidak boleh terlawan rasanya.

" Sayang abang... My angel... Ni abang, your husband. Sayang, pandang abang! Mengucap, sayang," Aku memeluknya erat agar dia terkurung dalam dakapan aku. Dia meronta sekuat hatinya. Dia tak dengar pujukan aku. Masih tenggelam dengan kesedihannya.

" Tak nak!!! Pergi!! Aku nak anak aku!!! Mana anak aku?!!! Kau orang ambil dia daripada aku!! Aku bagitahu Ahnaf!! Aku bagitahu Ahnaf..." Dia sudah keletihan akibat beradu tenaga dengan aku.

" Sayang, it's me. Your syurga. Sayang, look at me. Ni Ahnaf, yours forever... Abang kat sini. I'm here, angel. Shh..." Aku menepuk belakang badannya. Dia seperti baru tersedar siapa di hadapannya itu perlahan bertenang. Dia masih teresak-esak namun tangisannya sedikit sebanyak tidak menganggu hospital ini lagi.

" Yes, good. Sayang, abang datang ni. Abang ada dengan awak ni, angel. Abang takkan tinggalkan awak seorang-seorang lagi. I promise," Aku berbisik ke telinganya. Belakangnya ku usap lembut. Doa penenang diri aku baca.

Hampir sejam juga aku menenangkan dirinya. Barulah dia berhenti menangis. Air mata yang dah kering aku lap sehingga bersih. Sememeh pun masih cantik dia ni. Biashee dia!

" Ahnaf..."

" Yes, angel. Abang kat sini, sayang." Aku mencium dahinya.

" Baby...?"

" Ya Allah, sayang... I'm sorry. I can't save him." Seperti ada pisau berada di kerongkong aku semasa aku menuturkan kata-kata yang mampu menyentakkan hati Cahaya.

Cahaya menggeleng laju. " No... Dia ada... Anak kita takkan tinggalkan kita... Abang, please... Cari anak kita..." Rayu Cahaya. Aku dalam diam sudah menggenggam penumbuk. Uratku terkeluar menahan sesak di dada. Marah juga ya kepada individu yang patut bertanggungjawab.

" Sayang, listen. Baby dah tak ada. We need to accept the fact that he's gone. Tak ada rezeki untuk kita nak tengok dia lahir ke dunia. Kita jumpa dia di syurga ya, sayang?"

Cahaya kelihatan seperti tak dapat nak memproses perkara yang aku katakan. Aku tahu ianya sukar untuk dia hadam. Tapi aku tak mampu nak menipunya. Sampai bila kalau setiap masa dia mencari anak yang dah hilang?

" I'm sorry..."

Aku pula yang kaget. Kenapa dia yang minta maaf pula?? Aku memandang wajahnya dengan riak bimbang. Kedua belah tanganku memegang pipinya.

" Why say sorry, angel?"

" Saya gagal, abang. Saya tak pandai jaga anak kita," Dia membalas dengan nada sebak. Hampir tidak kedengaran suaranya berbicara.

" Salah abang. Sebab dah letakkan awak dan baby dalam bahaya. Dia pasti akan cari kita," Ujar aku perlahan.

" A-apa maksud abang?" Dia memandang aku tanpa kelip. Agak terkejut dia bila mendengar.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now