Bab 25: C's siblings

601 22 1
                                    



Seronoknya aku melihat Khairul dah boleh terima Aunt Suzan sebagai neneknya. Esok mereka akan berangkat pergi ke Abu Dhabi bagi menjalani kehidupan yang baru. Walaupun dia masih keliru dengan apa yang terjadi, sekurang-kurangnya dia dapat menerima takdir.

Kelihatan Khairul dan Aunt Suzan sedang makan aiskrim bersama di padang luas sambil melihat kolam ikan besar.

Hamidah, aku dah buat apa yang kau nak aku buat. Anak-anak kau pasti akan bahagia. Dan aku janji aku akan pastikan orang yang dah hancurkan hidup kau akan dapat balasan yang setimpal.

" Bidadari abang,"

" Ya, abang?" Aku menoleh ke arah Ahnaf yang separuh bogel dengan seluar pendek tiga sukunya sedang menapak mendekatiku. Kami berada di balkoni bilik sedang menikmati pancake mini bersama taburan coklat dan sirap madu sambil menikmati pemandangan petang yang tenang.

Hampir terliur aku melihat 6 roti bun di perut itu. Rasa macam nak gigit dan kunyah.

Dari bawah kami boleh melihat Armani bermain bersama-sama dengan sepupu-sepupu keduanya.

" Ramai yang datang nak jumpa dengan awak," Ujarnya.

Harini adik bonda yang ketujuh pula yang datang. Dan umurnya hampir dengan Ahnaf kerana sebelum keluarga bonda berhijrah seketika di Malaysia, adiknya baru dilahirkan. Jadi kalau orang tengok tak ubah seperti hubungan kakak dan adik.

" Saya rasa macam makcik Celina tu tak suka dengan saya je," Aku memberikan riak wajah merundum kesedihan.

Ahnaf terdiam. Nampak sangat riak tak senang apabila mereka bersua muka. Anaknya yang sudah masuk umur 17 tahun itu memberikan pandangan yang menjelekkan.

" Tak payah layan mereka tu. Mereka cemburu dengan bidadari abang yang cantik. Makcik Celina tu nak sangat suruh abang kahwin dengan anaknya. Eee tak nak abang. Penyakit keturunan ni dah lah bahaya,"

" Penyakit keturunan apa??" Aku tengok keluarga Ahnaf mengamalkan gaya hidup sihat je. Tengok lah bonda. Dah nak masuk umur 60 pun masih nampak seperti 40 an.

" Penyakit 'ain," Jawab Ahnaf selamba.

Penyakit 'ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang.

Tak kiralah orang yang memandang itu jahat, orang yang dengki atau orang yang soleh sekalipun, penyakit 'ain ini boleh datang dari sesiapa sahaja.

" Jahatnya abang cakap keluarga sendiri macamtu," Aku menjeling dia. Dia terus memeluk bahuku lalu dikucup tepi dahiku.

" Sayang, buat baik pun bukan dihargai. Bonda tu suka bagi muka sangat pada mereka. Itu yang naik lemak." Ahnaf pula menjeling kegeraman.

" Saya ingatkan ramai ahli keluarga makin seronok lah. Tapi tengok hubungan abang dengan mereka yang lain rasa macam takut pula. Abang, kalau macamtu saya tak nak anak ramai-ramai lah. Kesian anak cucu kalau bergaduh. Mesti ada yang berpuak," Aku menggeleng sambil menghayunkan tangan ke kiri ke kanan tanda tak nak.

Ahnaf ketawa geli hati. Dia merasakan yang aku terlalu laju ke depan. Anak baru seorang. Dah fikir sampai anak nak masuk 10 pula.

" Dengan didikan kita bersama, insha Allah mereka akan terpelihara. Sayang jangan risau. Abang takkan jadi segagal atuk,"

Malek ni punya perangai seperti orang arab jahiliah yang tak kenal agama sebenarnya. Bonda ni anak kedua yang mempunyai sifat memberontak. Apa yang dia nak, itulah dia akan tekankan kehendaknya. Sebabtu atuk tak banyak bunyi bila soal bonda dibangkitkan.

" Abang nak berapa anak?"

" 6 cukup lah. 3 lelaki dan 3 perempuan,"

" Ramainya!" Aku berkerut seketika.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now