Bab 7: Daging dinasour

762 35 0
                                    

Aku memandang Hamidah yang menunduk. Sejak dia ternampak aku di dalam pejabat tadi, dia terusan mahu mengelak daripada menatap aku.

" Kau sebenarnya ada masalah ke?"

" Aku... tak tahu."

" Apa yang terlintas di fikiran kau tu kau boleh bagitahu aku. Aku takkan menilai kau, Hamidah," Pujuk aku. Aku mengerling ke arah Ahnaf yang bersama dengan anak kami dan Khairul. Rupa-rupanya Hamidah ni lah mak kepada budak yang Ahnaf ceritakan sebelum ni. Mengikut penceritaan Ahnaf pun aku dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku dalam rumah tangga Hamidah dan Badrul.

" Cahaya, aku ok je. Biasalah kalau dah berumah tangga mesti akan ada masalah walaupun sekurang-kurangnya sekali. Kau takkan faham sebab kau baru je kahwin. Aku dah hidup dengan Bad hampir 9 tahun. Pandai lah aku nak uruskan hidup aku macam mana," Balas Hamidah ternyata tidak mahu memberitahu perkara sebenar.

" Aku tak ada sebut pun yang kau ada masalah dengan Bad ke tidak. Aku cuma nak tahu masalah apa yang menyebabkan Khairul sanggup mencuri sebab nak ringankan beban kau untuk membeli keperluan hidup?" Psiko aku semula. Aku melirik tajam ke arahnya sehingga dia tak sanggup bertentangan mata.

Hamidah sudah terlajak kata. Kalau dia diam sahaja tadi pasti dia tak kantoi busuk begini. Dia seperti mahu lari daripada topik yang kami bualkan tapi aku akan usahakan untuk membantu Ahnaf menyelesaikan masalah anak muridnya.

" Aku akan tolong sedaya yang boleh tapi kau pun kena bagi kerjasama. Siapa lagi kau nak bergantung harap? Aku kan kawan kau." Pujuk aku lagi. Tangannya aku genggam. Kenapa lah aku tak ada kawan rapat yang boleh berkongsi cerita? Aku ni dah lah jenis semangat setia kawan yang tinggi. Masalah pula bila kawan yang aku ada selama ni pun jenis datang dan pergi. Datang waktu senang, pergi waktu aku susah. Hare betul.

" Badrul... Dia dah ada perempuan lain," Hamidah menangis seusai menghabiskan ayatnya.

" Apa?!" Aku terbeliak biji mata mendengar pengakuan Hamidah. Patutlah lain macam. Perut boroi macamtu pun orang nak lagi eh??

" Aku pun tak tahu kenapa dia boleh berubah tapi aku perasan sejak aku mengandung dia lain sangat. Kadang-kadang je dia balik lepastu dia akan keluar semula. Aku tak syak apa-apa pada mulanya sebab dia kata dia pergi kerja. Rupa-rupanya dia kena buang kerja lama dah tanpa pengetahuan aku. Sekarang ni dia jumpa perempuan lain sementara aku di sini tak cukup makan dengan anak-anak. Aku takut nak buat sesuatu. Nanti kami anak beranak kena pukul. 2 tahun aku terseksa, Cahaya,"

Aku beristighfar sebanyak yang mungkin. Sampai macam tu sekali perbuatan Badrul terhadap keluarga kecilnya. Tak ada perikemanusiaan betul! Isteri kau yang mengandung kau bertindak zalim ke atasnya? Syaitan jenis apa dia tu?!

Aku menenangkan hatinya agar tidak memikirkan soal itu lagi kerana kesihatannya lagi penting buat masa sekarang. RM500 aku beri kepadanya untuk meringankan bebannya buat masa ini. Tidak terlalu banyak aku boleh beri sekarang tapi aku harap duit itu cukup untuk membeli kelengkapan hidup.

" Aku janji aku bayar balik,"

" Kau nak bayar pakai apa? Kau dah lah tak bekerja. Dengan si Badrul buat hal macamni. Haih, tak faham lah aku," Maaflah teremosi pula. Mengandung kan?

Aku menyuruhnya pulang ke rumah. Dan aku menyuruhnya untuk berbincang dan memujuk semula Badrul. Sampai bila Badrul nak gantung Hamidah tak bertali? Lebih baiklah kalau lelaki itu melepaskan Hamidah pergi daripada dia nak tanggung dosanya sebab mengabaikan tanggungjawab.

" Dah settle ke?" Ahnaf menanya aku selepas kami sama-sama masuk ke dalam kereta. Armani yang ketiduran akibat penat bermain aku betulkan baringannya di pangkuan.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now