Bab 24: Tongue twister

731 24 0
                                    


Apa ni?? Kenapa aku yang kena sedangkan ini semua kerja Cahaya?

Aku menjatuhkan tangan perlahan ke bawah kerana lenguh setelah 1 jam mengangkat tanpa berbuat apa-apa disudut bilik.

" Siapa suruh jatuhkan?! Angkat balik,"

Pantas aku segera mengangkat apabila mendengar suara bonda mengaum hebat.

" What have you done last night? Sampai lebam-lebam badan Cahaya dikerjakan kamu. Ahnaf tahu kan Cahaya baru habis pantang. Tak kesian ke kalau Cahaya mengandung lagi?" Punggungku dilibas dengan rotan nipis yang selalu bonda guna untuk mendisplinkan aku sewaktu ketika dulu.

Cahaya aku intai sedang mengigit kuku dengan sengihan lebar. Dia hanya duduk melihat aku dihukum oleh bonda. Kantoi sebab sewaktu pergi mengurut, bonda nampak kesan gigitan love bite yang terhasil di bahunya.

Tak guna awak, sayang. Sampai hati sanggup tengok beast awak kena rotan tanpa ada niat nak menolong. Nak merajuk seminggu!

" Ahnaf dengar ke tak?!!"

" Dengar, bonda. Tapi-..."

" Apa tapi tapi?? Tambah lagi sejam. Kalau Ahnaf ingkar arahan bonda lagi, bonda akan asingkan tempat tidur Cahaya daripada kamu. Don't you dare me, young man,"

" Sayang-..."

" Apa sayang sayang?? Cahaya, apa bonda pesan sebelum ni? Tunggu sebulan dua kan?" Mata bonda memfokus ke arah Cahaya.

" Tapi Ahnaf yang goda Cahaya semalam. Cahaya nak sahut ketukan bonda tapi Ahnaf cepat-cepat tutup mulut Cahaya," Cahaya mencebik kesedihan seperti dia seorang mangsa keadaan.

" Angel! You-... Ouch!!! Bonda, sakit!!" Tak pasal-pasal punggungku sekali lagi mendapat libasan daripada bonda.

" Tahu pun sakit. Lain kali buat benda fikir dulu. Ish budak-budak ni. Suka buat benda yang bukan-bukan," Bonda terus berjalan keluar daripada bilik meninggalkan kami.

Cahaya mengorak langkah ke arahku dengan senyuman mengejek. " Itulah. Saya dah pesan semalam jangan tinggalkan kesan tapi abang degil. Itu balasan sebab ambil alih tugas saya semalam,"

Aku memutarkan biji mata ke atas. Dia yang punca aku pula kena. Fitnah aku pula tu. Memang nak merasa syurga di bawah tapak kaki aku melekat di muka agaknya.

Dia melangkah sehingga berdiri di hadapan aku. Kami menghadap antara satu sama lain. Tanpa aku sangka, dia mengangkat tangannya sekali ke atas.

" Ini hukuman untuk kita berdua. Tak adil kalau abang yang kena seorang sedangkan saya pun enjoy sama. I love you, beast," Kata Cahaya perlahan dengan senyuman nipis.

Aku tak mampu nak menahan senyuman dan rajuk terus tersengih lebar. " I love you more, angel. Pandai awak pujuk abang ya?"

" Kenapa? Abang merajuk ke? Berani abang merajuk dengan saya?" Dia berkerut sambil memuncung macam itik.

" Tak. Tak mampu nak merajuk dengan sayang," Aku memberikan dia sebuah ciuman di dahi. " Siapa berikan chloroform untuk sayang?"

" Zavian,"

Aku tercengang mendengar nama yang aku tak pernah sangka akan mengenakan aku. Tapi kenapa?

" Na'eem lah tu bagitahu dia pasal erm erm kita. Tiba-tiba dia bagi idea pada saya."

Ceh, tak guna betul.

" Seems like someone is trying to do a tango dance," Sampuk seseorang di pintu hadapan. Aku mengeluh. Datang bala lagi.

Cahaya mengintai ke arah muka pintu. Dia berkerut kerana dia tak pernah nampak lagi orang ini di rumah.

" Cahaya, this is Kazar. Kazar, my one and only lightning angel; Cahaya Inara," Aku memperkenalkan Cahaya kepada Kazar dengan cara yang agak memalukan. Kami masih statik mengangkat tangan. Takut nak jatuhkan kerana bila-bila masa bonda boleh muncul dengan rotan tadi.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now