Bab 37: Ujian lagi

665 19 0
                                    


" Fuck. Aku ingatkan dia dah mati." Gumam aku apabila melihat Zavian masih hidup. Dia mengunci pintu besi itu dari dalam; tidak membenarkan orang dari luar untuk masuk.

" Beast, you are stupid as always," Kutuk Zavian dengan senjata di tangan. Aku memeluk Cahaya erat. Tiada apa yang berdekatan boleh dibuat senjata.

" Please, Zavian. If you want me, please let her go. You can have me," Aku merayu agar keselamatan Cahaya terjamin.

" Abang!" Dia menggeleng tak nak. " Saya tak nak tinggalkan abang,"

" Zavian!" Aku melutut ke lantai seakan merayu. Cahaya memeluk aku daripada belakang.

" Of course, but before that... Hand me your weapon. All of them!"

Aku terus mencampakkan perlahan pisau ke arah kakinya. Dia memijak pisau itu lalu ditendang jauh.

" Finally, the day has come. I will end your life in front of your beloved wife."

" Zavian, please. What has he done to you? How could you do this to your own cousin," Pujuk Cahaya sambil mendepakan tangan menghalang dia mendekati aku.

" Sayang, ke belakang! Bahaya tahu tak?!"

" Apa gunanya saya isteri abang kalau saya tak berjuang untuk abang?!" Balas Cahaya kuat.

" Cahaya, abang tak main-main! Pergi lari jauh daripada sini!"

Aku perasan Zavian mahu curi pukul terus menolak Cahaya jauh daripada kami. Aku terus menahan tangannya yang sedang elok memegang pistol. Kekuatan Zavian hampir mampu menumbangkan aku.

Cahaya selamat menyorok ke arah timbunan kotak-kotak dan rak besi tinggi yang dipenuhi barang-barang lama rumah ini.

" Sebelum kau mati, aku akan pastikan yang kau akan melihat tubuh isteri kau diratah depan mata kau," Bisik Zavian.

Urat di dahi serta merta timbul. Mata helangku bertukar garang. Mukaku berubah merah apabila maruah Cahaya dipijak dengan kata-kata kotor.

" Meringkuk lah kau ke dalam neraka, sial," Aku terus melepaskan tumbukan ke arah mukanya tanpa memberikan dia ruang untuk membalas.

Leher kemeja kepunyaannya aku pegang lalu aku humbankan badan dia ke atas meja kopi yang tersedia di dalam basement tersebut.

Prak!!

Pecah menjadi serpihan kecil apabila tubuh besar Zavian selamat jatuh ke atasnya. Pistol yang tergelatak atas lantai dia pantas ambil lalu ditembak ke arah aku. Aku sempat mengelak tapi pinggangku terkena sipi-sipi pelurunya mengakibatkan pendarahan berlaku. Pantas aku menarik sofa dan menendang ke arahnya untuk melambatkan pergerakannya.

" Abang!" Suara bimbang Cahaya bergema. Disebabkan terlalu banyak sampah dan barang lama berada dalam ni jadi aku tak dapat nak mengenalpasti keberadaan Cahaya.

Aku menghalang. " Don't come near! Just stay there!" Aku memberi amaran. Aku mencabut tali leher aku lalu aku menekap pendarahan di pinggang. Aku berlari menyelamatkan diri dan bersembunyi di sebalik perabot lama yang sudah di makan anai-anai.

" Beast Beast... Walaupun nyawa kau hampir ditarik malaikat maut, kau tetap nak berlagak hebat di sini. Kan senang kalau kau surrender seperti sepupu-sepupu kita yang lain?" Aku mengintai dan kelihatan dia sedang berjalan terhinjut-hinjut sambil mengelap darah kering di tepi bibir.

Aku merengus kesakitan. Walaupun sedikit tapi impak akibat tembakan yang terlalu dekat menyebabkan luka ini dalam. Kalau aku tak hentikan pendarahan ini aku akan mati ketana kehilangan darah.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now