Bab 30: Unwanted guests

584 25 0
                                    

Elok kami bersarapan di bawah bersama semua orang. Akhirnya setelah sekian lama baru lah aku boleh bersama dengan adik-adik aku yang lain. Sejak aku kahwin ni memang jarang nak nampak dua batang hidung itu di rumah.

" Cepat buat kerja," Bisik Alisha sewaktu kami sedang membasuh pinggan mangkuk di singki. Aku berkerut mendengar bisikannya.

" Apa yang cepat?"

" Buat baby lah."

Aku menutup mulut dengan mata terbeliak. Terasa hangat di muka saat itu.

" Woi. Dengar ke?" Aku berbisik sama juga.

" Bilik kak long tu bukan ada kedap bunyi pun. Lepastu bilik kita sebelah menyebelah sahaja. Lain kali kalau nak buat projek, buat lah kat tempat lain dulu. Dekat rumah papa mama juga lah along nak buat," Balas Alisha dengan ketawa di hujung ayat.

" Eh jangan bagitahu sesiapa. Kalau ada yang menyuarakan benda ni tak lain tak bukan kau lah tukang pecah tembelangnya!"

" Hehehehe. Kak long, Alisha rasa macam nak kahwin juga lah. Mesti best kan dapat hidup dengan orang yang kita sayang?"

" Apa kata kau pergi minta mama papa carikan calonnya? Aku ni pun kena paksa tau mula-mula. Ingat tak?" Aku menjelingnya tajam. Gaya aku macam tak boleh terima lagi hakikatnya aku yang tergila-gilakan Ahnaf sekarang.

" Abang Ahnaf ada tak kenalan atau saudara mara yang masih single dan hensem? Tengok abang pun Alisha dah tahu stok barang baik punya!" Sesekali Alisha menggoncang perlahan lengan aku.

Aku terdiam mendengar pertanyaan Alisha itu. Yang single dan hensem memang berlambak, tapi... semuanya ada dark side masing-masing.

" Errmmm kalau nak sangat kau pergilah tanya abang Ahnaf kau sendiri." Aku memberikan jawapan selamat.

" Eh malu lah Alisha kalau direct tanya abang," Alisha menarik muncung sedepa.

" Kalau malu kau sendiri yang melepas. Orang malu-malu ni susah nak dapat rezeki depan mata tau." Balas aku bersama jeliran lidah.

" Borak apa tu?" Ahnaf muncul lalu menyeluk pinggang aku merapatinya. Aku sudah kaget melihat perbuatannya yang selamba di hadapan Alisha. Alisha sudah mengemam bibir menahan senyuman.

" Eh err err... Tak ada apa-apa! Biasalah gossip perempuan,"

" Gossip? Nak dengar juga." Dia meletakkan dagunya di bahu aku. Dapat aku rasakan hembusan nafasnya di pipi aku.

Perbuatan berani matinya itu membuatkan aku bertambah kalut. " Eh mana boleh! Lelaki mana pandai gossip."

" Siapa kata? Lelaki lah paling kuat gossip tau. Waktu abang mengajar kat madrasah selalu sangat abang dengar ustaz-ustaz bergossip pasal hal dunia. Abang baru tahu yang DSV dah putus dengan si Iqbal anak pak tompel tu," Ujar Ahnaf dengan nada polos.

Alisha terlepas ketawanya seraya mengelap tangan yang basah dengan kain kering. " Abang Ahnaf ni dah lah hensem, kelakar pula tu. Haih, untung lah kak long dapat suami macam abang. Nanti kalau jumpa mana-mana lelaki spesies macam abang, tolong bungkus ikat tepi untuk Alisha boleh?"

" Insha Allah. Kalau abang ada buat perkhidmatan grab food," Balas Ahnaf dengan senyuman. Sekali lagi Alisha ketawa lalu beredar daripada situ.

Aku menjelingnya manja. Rasa macam nak cubit je pipi mamat ni. " Sejak bila ada sense of humour ni?"

" Lah. Abang bukan kayu yang tak ada perasaan."

" Ye lah sebelum ni depan sepupu-sepupu abang bukan main lagi muka tak ada perasaan, dingin semacam. Macam orang mati," Usik aku.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now