PROLOG (EDITED)

141 10 7
                                    

PEMBELAJARAN secara dalam talian bermula kerana isu penyakit berjangkit COVID-19 yang masih belum sepenuhnya pulih.

Group kelas 4 Baiduri ditekan. Nama-nama ahli yang ada dalam senarai diperiksa satu persatu.

JUMPA!

011 - *******               ~NISH

"YESS! Aku jumpa nombor dia!" hati Qayla senang.

Sebenarnya dia sudah menyukai Danish dari tingkatan 2 lagi. Namun, dia tidak berani untuk mengungkapkannya. Lagipun, mereka saling tidak bertegur.

Dia juga tidak pasti Danish perasan akan kewujudannya selama ini didalam kelas itu. Ini kerana Qayla tidak popular dalam sekolahnya. Dia bukan sesiapa untuk dikenali.

QAYLA berfikir. Bagaimana cara dia mahu memulakan langkah yang pertama untuk memperkenalkan diri kepada Danish.

Topik apa yang harus dia bahaskan? Tak akanlah mesej secara tiba-tiba?

Malunya!

Satu ayat ditulis padat dan pendek.

'Assalamualaikum, nak tanya.. Ugama ada kerja apa ye? Saya tak dapat masuk kelas online tadi. Hehe ;) ' - Qayla.

Menggigil jarinya mahu menekan butang hantar. Menggelabah. Telefon dicampakkan diambil katil.

"Argh malu lah! Kenapa pula aku nak mesej dia dulu kan?" Qayla berjalan ulang-alik didalam biliknya. Fokus memikir.

"Kalau tahun depan masa tingkatan 5? Aku confess masa tu aje boleh juga kan?" dagunya digaru.

"Tapi.. selepas tu, aku tak jumpa dia dah. Aduh, susahnya!!" tutur Qayla sendiri.

TINGG!!

Satu mesej sampai ke telefonnya.

"Aduh.. Yaya ni kacau lah masa-masa macam ni.." dia melabuhkan duduk disisi katil. Telefonnya diambil.

"Hah?!!" Qayla tidak percaya apa yang sedang dia lihat.

Mesej yang tadi dia tuliskan kepada Danish dihantar secara tidak sengaja. Sekarang mesejnya dibalas oleh lelaki itu sendiri. Dia tidak percaya!!

'Waalaikumussalam.. tak ada rasanya.'
'Ni siapa?' - Danish.

'Rahsia?' - Qayla.

'Jangan main-main lah.. jawab soalan tu'
- Danish.

'Qayla.. awak tak kenal kan?'
'Saya sekelas dengan awak..' - Qayla.

'Oh.. saya kenal.'
'Kenapa mesej saya?' - Danish.

'Tanya kerja sekolah?' - Qayla.

'Tak.. bukan tu. Kenapa tanya saya?'
'Ada apa-apa yang lain ke?'

'Tak.. cuma kebetulan. Kalau awak tak jawab tadi, saya dah tanya orang lain dah.' - Qayla.

'Oh.. faham'
'bye.' - Danish

'byee' - Qayla.

Qayla hembus nafas lega. Akhirnya, perbualan mereka berakhir. Segala soalan yang ditanyakan oleh Danish seakan-akan tahu tujuannya.

"Nasib baik tak kantoi.." mengeluh. Dia membalas mesej daripada Danish dengan penuh debaran.

Tetapi..

"Dia bye macam tu aje? Menarik.." Qayla tersengih sendiri.

Mesej mereka berakhir begitu sahaja. Tidakkah ia menunjukkan bahawa Danish begitu tidak tertarik untuk berbual dengannya? Overthinking!

BEBERAPA hari berlalu. Qayla tidak berani lagi mahu memulakan mesej seperti pada masa itu.

Entah-entah dia mengganggu Danish. Tidak pasal-pasal pula dari awal lagi Danish sudah tidak suka padanya.

NOTIS pemberitahuan dari group kelasnya dibuka.

'Sekolah akan dibuka pada 1 Mac ini. Pastikan para pelajar bersedia untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun ini dengan norma baharu yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ibubapa perlu memastikan anak-anak untuk terus memakai topeng muka sekiranya anak-anak tuan/puan mengalami gejala COVID-19. Segala maklumat tambahan akan terus saya maklumkan dalam group ini. Sekian terima kasih.' - Hayati.

"Wah, minggu hadapan dah sekolah! Rindu nak jumpa Yaya!"
"Dan.." Qayla gelak kecil. Dia juga rindu untuk melihat gelak ketawa Danish walaupun dia sekadar melihat dari jauh.
Senyumannya yang lebar hingga membuatkan matanya juga ikut senyum.

Butang ON telefonnya ditekan. Lantas Qayla memencet nombor Danish. Kemudian keluarlah mesej antara mereka tempoh hari.

"Nak mesej dia lagi ke kali ni?" soal Qayla pada diri sendiri.

"Ah.. aku nak tanya aje.. tak salah pun" berdegil.

'Hai! Awak dah tahu nanti kita dah mula sekolah pada minggu hadapan?' - Qayla.

Mesej Qayla tidak berbalas. Garis biru yang menandakan Danish sudah membaca mesejnya juga tiada. Hanya satu garis yang muncul disitu.

"Danish 'block' aku ke?" hatinya sayu.

Mahu bagaimana lagi, Qayla harus terima kenyataan itu.

~
~
~
~
Haii !! Saya Syaaa<3 !
~terima kasih kerana bacaa!!

You're Mine?Where stories live. Discover now