BAB 27

25 1 0
                                    

BEBERAPA hari sudah berlalu, Qayla yang baru sahaja pulang terus meletakkan beg galasnya di atas kerusi belajarnya. Tudungnya dibuka.

Bersiap-siap untuk membersihkan diri dan kemudiannya menunaikan solat Zohor.

Telefon yang berada di atas meja itu diambil. Sengaja ingin dia semak jika ada sebarang mesej yang masuk ketika dia sedang bersekolah.

Adakah ini kebetulan?

Baru sahaja dia berbual mengenai Danish dengan Yaya disekolah beberapa hari yang lalu. Kini dia mendapat mesej daripada Danish secara tiba-tiba.

'Assalamualaikum, Qayla.'
'Syukurlah awak tak 'block' saya lagi. Tujuan saya sebenarnya nak minta maaf. Saya tahu saya salah, maafkan saya sebab buat apa tak selesa masa tu'
- Danish.

menaip...

Tangan Qayla menggeletar. Dia tidak tahu untuk berekspresi apa. Qayla tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat sekarang.

"Di..dia cari aku?" Qayla masih tidak mempercayai perkara yang sedang berlaku.

Adakah ini benar-benar Danish? Perkara apa yang telah membuatkan Danish menyedari akan kesilapan dirinya? Atau ini hanyalah salah satu helah daripada Danish lagi? Jadi dia masih belum berubah?

Bermacam-macam suara yang muncul dalam fikirannya.

'Waalaikumsalam'
'Baguslah kalau dah sedar..'- Qayla

Dengan pantas tanda 'dalam talian' muncul di bawah nama Danish. Mesejnya dibaca.

'Awak tak maafkan saya?' - Danish.

Tiba-tiba pula nafas Qayla menjadi berat. Seharusnya bukan dia yang merasakan perasaan serba salah ini.

Tetapi..

Perlukah Qayla cuma memaafkan Danish begitu sahaja?

Sedang fikirannya bercelaru. Sontak ada mesej baharu yang muncul di notis pemberitahuannya.

Keluar nama 'Iman Busuk' disitu. Langsung dia beralih kepada Iman.

Mesej Danish dibiarkan tidak berbalas.

BUKU nota tatabahasa dikumpulkan satu persatu kepada Iman untuk disemak oleh guru Bahasa Melayu mereka.

"Baik, awak semua boleh pergi rehat.." kata Cikgu Roziah.

Qayla yang sedang sibuk mengemaskan bukunya tiba-tiba dipanggil Yaya.

"Kau nak makan tak hari ni?" tanya Yaya. Qayla menggeleng tidak mahu.

"Aku temankan kau makan ajelah" tutur Qayla.

KRINGG!!

KAWASAN luar sekolah mulai dipenuhi oleh para pelajar. Terdapat beberapa buah bas dan van sekolah yang menunggu kesemua penumpangnya. Ada juga ibubapa yang sedang menunggu anak-anak mereka pulang.

Cuaca panas terik dan juga dipenuhi asap kenderaan amatlah menyesakkan dada untuk melintasi laluan ini menuju ke pintu pagar A.

Sedang Qayla berjalan dicelah-celah kereta itu. Begnya ditarik kebelakang.

Hampir terjatuh dirinya bersama-sama dengan Yaya ke jalan. Mujur sahaja Yaya masih kuat menahan Qayla semula.

"Kau kenapa?" sudah semestinya Yaya marah ketika Qayla berbuat demikian. Cuba difikirkan jika dia tidak dapat menahan. Tidakkah Qayla akan jatuh terhentak?

"Bukan akulah.." Qayla menggeleng
-gelengkan kepalanya

Sontak anak mata Yaya melihat sesuatu dibelakang Qayla. Berdebar-debar hati Qayla untuk menoleh kebelakang.

You're Mine?Where stories live. Discover now