BAB 38

19 1 3
                                    

KAWASAN luar tadika itu telah mula dipenuhi dengan berbagai-bagai jenis produk bahan kitar semula yang direkabentuk dengan idea yang kreatif.

Ada yang mereka bekas botol pencuci baju sebagai pasu bunga yang berbentuk haiwan. Dan ada juga yang mengolah semula tayar-tayar lama menjadi kerusi kecil kepada anak-anak mereka ketika waktu balik nanti.

Qayla tidak menyangka akan kunjungan dari beberapa orang dari kawasan persekitaran ini yang sanggup membantunya dalam aktiviti ini.

Masing-masing menikmati keseronokan pada hari ini, dengan bergelak ketawa serta mengenali lebih ramai orang.

SEKEJAP sahaja masa berjalan, jam telah menunjukkan waktu balik setelah berhempas pulas membersihkan kawasan persekitaran tadika itu sehingga menjadi secantik ini.

Kesemua murid, ibubapa dan beberapa orang yang membantu diberikan sedikit makanan dan minuman sebelum pulang. Kasihan akan penat dan lelah mereka. Sudah semestinya Yaya dan Qayla ingin memberikan sedikit penghargaan yang tidak seberapa nilainya berbanding jasa mereka.

Selepas itu, mereka dibenarkan untuk pulang berserta membawa anak-anak mereka.

Tugasnya hari ini telah selesai dengan jayanya!

PINTU pagar tadika itu sedang dikunci oleh Qayla. Kemudian kuncinya dimasukkan ke dalam beg tangannya.

Mahu diharapkan Yaya? Mak buyung itu sudah pulang terlebih dahulu sebelumnya.

Sebentar tadi, dia asyik mengadu sakit kepala dan mual. Qayla menyuruhnya untuk pulang dengan segera. Lagipun, rumah Yaya tidak terlalu jauh dari tadika ini. Harapnya tiada apa-apa yang berlaku ketika dalam perjalanan nanti.

Baru sahaja Qayla hendak berjalan ke pagar tadika itu. Dia melihat sosok tubuh kecil yang sedang duduk di atas kerusi tayar yang direka sebentar tadi.

"Tiara?" memanggil anak muridnya yang masih belum pulang.

Gadis kecil itu berlari kearahnya lalu memeluk kakinya. Tidak mahu dilepaskan.

"Kenapa tak balik lagi? Ayah Tiara belum sampai?" soalnya sambil membongkokkan badannya kemudian membetul-betulkan tudung anak muridnya itu.

Tiara cuma mengangguk. Sedih kerana tinggal dia berseorangan. Takut jika Qayla juga meninggalkan bersendirian disitu.

"Cikgu temankan ya... Tapi Tiara jangan duduk dekat sini. Panas. Kita duduk dekat sana." menunjukkan anjung tadika itu. Ada juga kerusi tayar yang diletakkan disana jika Tiara masih ingin duduk di kerusi itu juga.

Tiara tersenyum lebar sehingga nampak giginya yang kecil dan putih. Sungguh rapi jagaan ibubapanya. Tidak dapat menafikan, Qayla patut memujinya.

Tangan Tiara dipimpinnya bersama-sama menuju ke anjung tadika itu.

JAM menunjukkan pukul 12 tengahari. Barulah ada sebuah kereta yang parkir dihadapan pintu pagar tadika itu. Akhirnya..

Qayla berdiri dan ingin mengambil barang-barangnya yang diletakkannya tadi bersebelahan pintunya. Dia juga ingin segera pulang.

"Tiara... Jom!" ujar lelaki yang ingin mengambil Tiara pulang. Qayla lega.

"Cikgu, saya nak balik. Nak salam.." tutur Tiara penuh teruja.

Dengan segera Qayla memusingkan badannya untuk menghulurkan tangannya kepada anak muridnya itu.

Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat Tiara sedang berpimpinan tangan dengan seorang lelaki yang cukup dia kenali.. ImanHykarl.

Badannya seolah-olah tidak bisa dikawalnya lagi. Hanya mampu berdiam tidak bersuara.

Matanya membesar begitu juga Iman. Mereka saling bertatapan tanpa ada sepatah kata pun yang keluar dari mulut masing-masing.

You're Mine?Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz