BAB 22

32 1 0
                                    

QAYLA cuba menolak Danish kebelakang tetapi lelaki itu terlalu kuat. Qayla tidak mampu.

"Saya kata jangan dekat!" Qayla cuba untuk menjerit meminta pertolongan.

"Jeritlah.. tak ada sesiapa pun dekat sini."

Danish ketawa sinis.

"Siapa nak tolong? Pengawal bodoh tu pun tidur dekat pondok dia. Kerja dia cuma makan gaji buta." berasa puas kerana dapat menundukkan Qayla padanya.

Kedua bahu Qayla ditolak ke dinding. Qayla tidak akan terlepas kali ini.

Semakin lama, Danish semakin mendekatkan wajahnya kepada Qayla.

"Apa ni?!" Qayla menampar pipi kanan Danish dengan kuat.

Cepat-cepat Danish menggosok-gosok pipinya yang mulai terasa sakit. Terus terhenti niatnya untuk melanjutkan perancangan kotornya pada Qayla.

"Haih, Qayla.. saya ni dah sudi melayani awak, janganlah kurang ajar dengan saya.." langsung hilang senyuman dibibirnya. Tidak puas hati.

"Kau yang kurang ajar!" Qayla membela diri.

Tangan kanan Danish diangkat. Bersedia untuk membalas Qayla semula.

Qayla tahu apa yang Danish mahu lakukan tetapi badannya seperti tidak mampu untuk menepisnya lagi. Tiada cara lain, dia harus menerima pukulan itu.

Laju tangan Danish hendak dihinggapkan ke pipi Qayla.

"DANISH!!" jeritan Yaya mematikan suasana yang genting itu.

Masing-masing saling berpandangan. Terdiam. Terkejut dengan apa yang sedang terjadi.

"Apa masalah kau, Danish!" teriak Yaya.

"Tak payah sibuk hal oranglah!" bahu kanan Qayla dilepaskan lalu dia berjalan pergi tanpa rasa bersalah.

Cepat-cepat Yaya berlari kearah Qayla. Masih bingung dengan apa yang telah terjadi sebentar tadi.

SEJAK dari dalam kelas lagi, Yaya mengikutinya terus menerus. Dari awal mereka keluar dari kelas, membeli makanan dan akhirnya Yaya menarik Qayla ke meja batu yang berada ditepi perpustakaan itu.

"Yaya, janganlah main tarik-tarik baju!" rungut Qayla.

"Sekarang cuba kau cerita pada aku, dia cuba buat apa lagi pada kau?" Yaya tetap memaksa Qayla untuk menceritakan kejadian itu.

Yaya juga ingin tahu. Tidakkah hal seperti ini patut diberitahu kepadanya. Dia sahabat. Sudah semestinya dia risau akan keselamatan Qayla.

"Tak ada benda yang nak diceritakan." masih berahsia. Lantas berkerut dahi Yaya. Marah bercampur merajuk.

Bungkusan makanan yang berada ditangan Qayla diletakkan diatas meja. Jari telunjuknya mengarahkan Yaya untuk mendekatkan diri kepadanya. Dia ingin membisikkan sesuatu.

Yaya apa lagi. Cepat-cepat dia menadahkan telinga.

Qayla menceritakan keseluruhan cerita dari awal sehingga akhir. Tiada yang tertinggal.

Membulat mata Yaya selepas mendengarkan apa yang sedang Qayla ceritakan.

Dia langsung tidak percaya jika seseorang seperti Danish mempunyai sikap sebegitu. Dia cuma yang tahu Danish itu playboy.

Tetapi siapa sangka, dari wajah Danish yang langsung tidak sesuai ekspektasi  terus mengubah pandangan Yaya padanya.

"Jadi selama ni itu yang kau cuba nak beritahu aku?" perasaan kasihan apabila melihat Qayla yang terpaksa menghadapi derita ini bersendirian. Semuanya kerana dirinya.

You're Mine?Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt