BAB 39

18 1 6
                                    

HAMPIR sebulan Qayla bekerja sebagai guru tadika bersama sahabatnya itu. Mulai selesa dengan keadaan situasi huru-hara bersama kanak-kanak. Sememangnya memenatkan tetapi dia gembira. Tiada sebab untuk dia terus bersyukur dengan apa segala yang ada.

Qayla menyukai kanak-kanak dan noktah.

Hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cutinya. Hari yang berharga untuk merehatkan diri dan mindanya. Selain itu adalah masa yang terindah untuk meluangkan sedikit masa yang ada bersama keluarga kecilnya.

Telefonnya Qayla berdering. Langsung dicapai telefon yang berada di atas meja itu.

"Qayla jawab telefon sekejap.." mengangkat kepalanya dari peha ibunya itu. Lalu meminta izin untuk menjawab panggilan telefon ditempat yang lebih sesuai.

Puan Murni angguk faham..

Setibanya dia di dapur. Butang jawab ditekannya.

"Ya Assalamualaikum.." Qayla memulakan perbualan terlebih dahulu. Salam nya dibalas kembali.

"Cikgu Qayla Mikaela?" tanya orang itu. Tidak dikenali tetapi mungkin ada kaitan dengan kariernya sebagai guru.

"Ya, saya.." melihat kebelakang. Sengaja memantau jika ibunya boleh tiba-tiba ada dibelakangnya.

QAYLA kembali ke ruang tamu. Kemudian meletakkan semula kepalanya di atas peha ibunya itu sambil menonton televisyen.

Telinga Qayla dipiat ibunya. Terangkat kedua-dua bahunya kerana terkejut.

"Siapa telefon?" menunduk kebawah melihat wajah anaknya itu.

"Pegawai.." tekun menonton rancangan televisyen itu.

"Kenapa? Dah dapat tawaran? Sekolah mana?" bertubi-tubi soalan yang diberikannya.

Qayla memusingkan badannya memandang ke atas. Wajah ibunya dilihat.

"Qayla dah tolak tawaran tu..."

"Eh kenapa?" berkerut kening melihat anaknya itu.

"Jauh juga. Ibu yang kata nakkan Qayla dapat sekolah yang dekat-dekat." menyandarkan pipi kirinya diperut ibunya itu. Terasa selesa jika hanya tetap begini.

"Lagipun Qayla nak tolong Yaya dulu. Makin hari perut dia makin besar. Semakin tak larat dia nak buat kerja. Tak ada sesiapa yang nak tolong dia, ibu.." terukir sedikit senyuman dibibir Puan Murni apabila melihat wajah anaknya itu.

Rambut Qayla diusapnya. Terasa bersalah kerana terlalu mengongkong.

Tetapi Puan Murni tetap seorang ibu, yang sentiasa ada perasaan yang tidak enak jika melihat anaknya pergi terlalu jauh seorang diri tanpa ada pengawasan seseorang yang dia percayai untuk menjaga keselamatan anak daranya itu.

"Qayla.." meneliti setiap sudut wajah anaknya itu. Mata Qayla kembali fokus memandang ibunya.

"Ibu tak halang untuk Qayla mengajar dekat tempat yang jauh. Tapi satu aje, yakinkan ibu yang Qayla akan selamat dekat sana." sayu hatinya ingin melepaskan satu-satunya anak yang dia punyai.

"Qayla tahu ibu dengan abah nak jaga keselamatan Qayla. Dan Qayla tahu ibu dengan abah nak seseorang yang temankan Qayla kesana. Seseorang yang lebih daripada hanya kawan kan? Qayla faham tu. Tapi Qayla tak boleh bagi benda tu pada ibu dengan abah." anak matanya mula bergerak ke arah lain.

Tambah berkerut diwajah Puan Murni selepas mendengarkan ayat terakhir anaknya itu.

"Anak ibu cakap apa ni?" menolak semula wajah anaknya itu supaya tetap melihat mukanya.

Qayla mengangkat badannya lalu duduk disamping ibunya.

"Qayla.." takut-takut.

"Qayla tak nak kahwin.." bermain dengan tangannya sendiri. Takut ingin melihat ibunya.

You're Mine?Where stories live. Discover now