BAB 9 (EDITED)

30 1 5
                                    

PAGI itu, lama Qayla merenung wajahnya di cermin sambil dia genggam kuat sarung lengan yang baru dia ambil dari laci mejanya.

"Betul juga kata Danish. Cara pemakaian aku, muka pun usahlah dicakap. Kusam aje, tapi..." dia terdiam sebentar sambil meneliti setiap sudut wajahnya pada pantulan cermin.

"Perlu ke aku berubah..?" Qayla mengeluh.

Genggaman tangannya yang lemah, dia lepaskan lalu Qayla nekad untuk meletakkan kembali sarung lengan itu ke dalam laci semula.

Sememangnya lengan bajunya sudah cukup panjang untuk menutupi pergelangan tangannya tetapi dia berasa agak janggal. Seperti sesuatu yang tidak lengkap.

Sedang Qayla mengelamun, pintu biliknya dibuka rakus.

"QAYLA! Sempat lagi kau termenung, cepat sarapan! Tolonglah jangan membuang waktu. Kejap lagi kalau kau tertinggal van, jangan salahkan ibu ye!" Puan Murni, ibu Qayla sememangnya tegas dalam segala hal walau sekecil-kecil perkara. Tetapi dalam sikap tegasnya itulah terdapat seribu satu nasihat yang bermakna kepada Qayla.

Cepat-cepat Qayla mengambil begnya lalu terus menuju ke meja makan untuk menjamah sedikit sarapan yang telah dibuat oleh ibunya.

BEBERAPA hari telahpun berlalu. Selepas kejadian itu, hubungan Qayla dan Danish berbaik semula. Sekali lagi Qayla dapat meluangkan masa bersama-sama dengan Danish.

Qayla benar-benar merindukan saat ini berulang kembali.

Kadang Danish masih ada mengabaikannya. Tetapi Qayla cuba memahami. Danish mengetahui bahawa Danish perlu bekerja dan urusan lain.

Qayla tidak masuk Danish rimas padanya.

Mungkin Danish memerlukan masa untuk bersendirian, tidak semestinya Danish harus menemaninya sepanjang masa.

Kepercayaannya itu perlu dipupuk demi kebaikan persahabatan antara mereka berdua.

DUA bulan telah berlalu, perjalanan harinya sekadar berjalan dengan baik sehinggalah pada waktu itu.

Sesuatu merubah segalanya menjadi lebih teruk.

Qayla dengan pantas melangkah keluar dari pintu kelasnya untuk ke meja batu sambil menunggu Yaya siap membeli makanan untuknya.

Belum sempat dia keluar dari bingkai pintu kelasnya, tiba-tiba seseorang melanggarnya sehingga membuatkan Qayla jatuh terduduk.

Sudahlah dia kelaparan semakin menggelegak lah darah Qayla dibuatnya..

"Ishh.. lain kali jalan hati-hatilah. Tengok sekarang, dah langgar orang.. siapa yang susah?" baran hati Qayla. Matanya sibuk melihat debu-debu yang melekat pada belakang baju dan seluarnya.

"Sudah kotor baju aku! Buat hal betullah!" keluh Qayla dalam hati.

Tiba-tiba gadis dihadapannya bersuara..

"Aku pula yang salah? Tengok dulu siapa yang kau langgar.." ujar gadis itu dengan nada mendatar.

Qayla cepat-cepat mendongak. Terbeliak matanya melihat wajah gadis itu.

Aduh!! Kenapalah dalam ramai-ramai manusia, engkau juga orang yang aku akan jumpa! Malang betul hidup aku!

Hati Qayla meronta-ronta ingin segera pergi dari situ. Cukup-cukuplah dengan bergaduh, dia sudah penat. Perkataan yang dilontarkan kepadanya dahulu pun masih berlegar-legar dalam fikirannya.

Hati Qayla yang terguris juga masih belum sembuh.

Arissa, setelah sekian lama dia hanya melihat gadis ini sekadar dari jauh. Tiba-tiba hari ini dia terpaksa bersemuka juga.

"Apa pandang-pandang?!Terang-teranglah mata kau yang buta! Ada hati lagi kau nak marah aku!" Arissa menengkingnya lagi.

Qayla berdiri semula.

"Tapi memang betul kau yang langgar aku.. tak mengaku sudah.." dengan berani Qayla menjawab lagi. Tangannya sengaja disilangkan agar terlihat tidak gentar berhadapan dengan gadis itu.

Tiba-tiba Arissa gelak besar selepas mendengarkan jawapan Qayla tadi.

Ada perkara yang kelakar dengan keadaan seperti ini? Arissa memang benar-benar sudah gila.

"Lawaklah kau ni.. acah-acah aje berani, tapi aku suka.."

"Cuma satu aje yang aku tak suka dari kau.. nak tau apa?" Arissa mendekatkan wajahnya dengan Qayla lalu memperlahankan suaranya. Arissa bijak, dia tahu Danish sedang memperhatikannya dari tadi.

"Kau... perampas" baru saja Arissa mendekati Qayla. Danish dengan pantas berlari kearah mereka berdua. Mujurlah Danish masih lagi belum beredar. Sempatlah juga dia melihat-lihat keadaan yang sedang berlaku.

Qayla hanya mampu berdiam.

Kali ini dia biarkan saja Arissa melakukan apa saja padanya. Lagipun Danish juga ada disini, pasti Arissa tidak berani mengapa-apakan dia.

"Itu aje? Aku pergi dulu. Aku lapar dan aku nak makan.." tutur Qayla tenang lalu mengundurkan diri kebelakang.

"Pergilah.. pergi jauh-jauh! Lagipun aku kesini untuk jemput buah hati aku ni. engkau?" Arissa sengaja mengeruhkan lagi suasana. Puas hati apabila melihat riak wajah Qayla tidak senang.

"Tak ada siapa jemput ke? Kesian kan?" sambung Arissa lagi.

Suasana semakin tegang. Danish mulai bersuara..

"Cukuplah tu.. awak datang sini nak jemput saya kan? Lebih baik kita pergi sekarang.." Danish ingin meredakan semula keadaan.

"Okey sayang.."

"Dan selamat berjumpa lagi Qayla.." tangannya terus memeluk lengan Danish dihadapan Qayla sebelum mulai melangkah.

Masih belum jauh lagi mereka melangkah. Tiba-tiba Arissa memberhentikan langkahnya...

"Ohh.. dan satu lagi. Aku tau kau orang berdua senyap-senyap bercinta belakang aku! Kau berdua ingat aku bodoh? Aku tau semua tu! " intonasi suaranya cukup membuatkan Danish dan Qayla tergamam.

"Arissa.. dengar dulu saya nak cakap.." Danish mencuba untuk menerangkan hal yang sebenar namun lengannya makin dicengkam kuat oleh Arissa. Geram punya fasal. Entah apa yang merasuk badan perempuan ini hingga dia melenting tidak tentu hala.

"Shut up! Awak pun sama aje kan? Awak fikir saya buta ke? Awak fikir saya tak nampak awak siap 'dating' dengan dia dalam kelas hari tu! Jangan sampai saya bocorkan rahsia yang awak ni.." ayatnya tidak sempat dihabiskan langsung Danish menekup mulut Arissa menggunakan telapak tangannya.

Meronta-ronta Arissa melepaskan tangan Danish dari mulutnya.

"Tahu pun takut! Jangan fikir saya tak beranilah!" sempat lagi matanya menjeling Qayla tidak puas hati.

"Cukup Arissa!"

Danish tiada pilihan lain lagi untuk menenangkan Arissa. Mahu tidak mahu, dia tidak boleh lagi berlakon dihadapan Qayla lagi.

"Sayang mesti laparkan? Baby belanja okey?" Danish menarik lengan Arissa lalu beredar dari situ meninggalkan Qayla sendirian disana.

Hancur berkecai hati Qayla. Seperti tidak percaya apa yang didengarkannya.

Dia fikir Danish tidak mempunyai apa-apa hubungan antara Arissa. Puas dia memujuk hatinya memikirkan bahawa Arissa saja yang tergila-gilakan pada lelaki itu kerana dia kerapkali melihat wajah Danish yang tidak rela.

Tetapi sepertinya perkara yang paling dia takuti jika Danish jatuh hati pada Arissa telah pun berlaku.

Mahu dia terus ke kantin tetapi tidak mengapalah. Selera makannya juga sudah tiada.

Dia duduk semula di kerusinya. Semoga Yaya datang ke kelas untuk mencarinya.

Itu saja harapannya...

Qayla tahu Yaya akan marah, tetapi dia hanya mampu meng'iya'kan saja. Dia hanya mahukan bahu untuk bersandar. Itulah yang paling dia perlukan sekarang.

You're Mine?Where stories live. Discover now