BAB 12 (EDITED)

28 1 5
                                    

PERASAN Qayla, seperti baru saja semalam mereka berkenalan. Qayla masih lagi tidak mampu untuk membenci Danish. Apatahlagi melupakan.

Mana tidaknya, setiap hari dia terpaksa untuk bersemuka dengan lelaki itu. Mereka dalam satu kelas yang sama.

Setiap kali mereka bertembung mahupun hanya sekadar terpandang antara satu sama lain secara kebetulan, pasti renungannya dibalas dengan jelingan tajam Danish. Jika tidak pun, Qayla terasa seperti halimunan. Antara lelaki itu sengaja berpura-pura tidak melihatnya ataupun sebaliknya.

Mengapa Danish berkelakuan sedemikian secara tiba-tiba. Semuanya terjadi selepas dia bertengkar dengan Arissa. Apakah perkara yang dimaksudkan Arissa sebagai 'Rahsia'?

Qayla benar-benar ingin tahu. Adakah itu bahana disebalik sikap Danish menjadi dingin padanya?

TANGANNYA sibuk melipat lengan baju KRMJ sekolahnya hinggalah ke paras bawah siku. Kemudian tudung singkat lama miliknya, dia sengaja memakainya semula.

Tanpa berfikir panjang, dia sarungkan lalu bahagian awning tudung dibulatkan kemas. Barulah dia menyarungkan beg dibahu kanannya.

Dengan tergesa-gesa Qayla menuju ke dapur lalu mencapai jemput-jemput kentang yang digorengkan Nek Mah untuknya. Beberapa minggu ini, bapanya sibuk. Ibunya pula rajin pulang kerumah lewat malam.

Jarang sekali Qayla dapat berjumpa dengan ibubapanya. Qayla rindu.

Jadinya, tinggallah Qayla berdua bersama neneknya.

"Tak nak bawa bekal? Lambat dah ni.. nenek ambilkan bekas ya.." ujar Nek Mah dari dapur.

"Tak perlulah.. susah nak bawa nanti.." balas gadis itu sambil mulutnya penuh.

Wanita tua itu mengeluh, namun beliau tetap juga mengambil bekas di rak pinggan lalu menuju kearah cucunya, Qayla.

Satu persatu jemput-jemput itu dimasukkan ke dalam bekas makanan berwarna merah jambu itu sehingga penuh.

"Biasanya ada ke sesiapa yang temankan Qay bila datang awal?" tutur Nek Mah yang sibuk menutup bekas makanan itu.

"Ada.. tapi-" perlahan Qayla menjawab lalu dia menyambung didalam hati.

"Danish.." bisik Qayla.

Sedang asyik Qayla mengelamun, tiba-tiba sebuah bekas makanan dihulurkan padanya.

"Bawa.. makan dalam kelas nanti. Kongsilah dengan kawan Qay.." senyuman tipis diberikan Nek Mah.

"Tak...."

"Qayla tak nak!!" dengan keras Qayla menjawab.

PAKK!

Bekas merah jambu yang dihulurkan
Nek Mah ditepis jatuh ke lantai.

"Qay ni dah kenapa?!" menyirap darah Nek Mah. Hairan dengan kelakuan cucunya semakin melampau.

"Q..Qay tak sengaja.." air matanya sudah mulai bertakung ditubir.

"Kalau tak nak sekalipun, tak perlu buat macam ni lah.. Penat nenek masak untuk Qay.." mata Nek Mah tidak lepas dari memandang Qayla. Kurang ajar!!

"Qay kutip.. Qay kutip. Qayla minta maaf nek.."

Cepat-cepat Qayla mencangkung lalu mengutip makanan kedalam bekas dan meletakkan semula diatas meja. Kemudian Qayla pergi tanpa menoleh kebelakang lagi.

"Maaf"

"Maaf"

"Maafkan Qayla, nek.. Qay betul-betul tak sengaja." rasa bersalah yang wujud semakin lama semakin membesar.

You're Mine?Where stories live. Discover now