BAB 26

37 1 6
                                    

KRINGG!!

LOCENG menandakan waktu untuk pulang.

Cikgu Zalina mulai mengemaskan barang-barangnya sambil dia mengingati pelajar-pelajarnya untuk menyiapkan tugasan berkumpulan mereka.

"Ingat! Hari Khamis nanti, saya nak awak semua bentangkan tajuk yang saya dah agihkan kepada semua kumpulan tadi. Pastikan apa yang awak tulis itu, apa yang awak fahami. Saya tak nak awak sekadar membaca didepan nanti.." jelas Cikgu Zalina lalu beliau berjalan keluar dari kelas.

Perlahan-lahan anak mata Qayla bergerak melirik lelaki disebelahnya itu. Mulalah keluar muncungnya.

Sudah dapat meneka?

Ya. Yaya, Syazuan dan Iman adalah ahli kumpulannya.

"Asyik-asyik mamat ni! Memang dah tak ada orang lain lagi ke??" bisik Qayla sambil kedua tangannya menggenggam kuat. Geram betul!

Sontak Yaya memanggil kesemua ahli kumpulannya untuk berkumpul sebelum pulang.

"Siapa yang nak beli kertas mahjong?" soal Yaya. Masing-masing melihat antara satu sama lain. Memikirkan alasan itu memerlukan masa yang mencukupi.

"Aku tak ada kenderaan nak keluarlah.." sambung Syazuan sambil tangan kanannya memasukkan gula-gula kedalam mulut.

"Kau, Qayla?" kening Yaya terangkat sambil jari telunjuknya diarahkan pada Qayla.

Qayla hanya menggeleng.

"Aku!" tiba-tiba Iman yang menyahut.

"Biar akulah yang beli. Tapi selepas tu, siapa yang buat?"

"Kau beli, kaulah buat.." jawab Qayla. Iman langsung menidakkannya.

"Tulisan aku buruk. Tapi kalau kau orang tak kesah aku bo-" Qayla langsung memintas.

"Eh, tak apalah kalau macam tu. Biar akulah yang buat. Kau orang semua hias aje kertas tu nanti." masing-masing bersetuju dengan cadangan Qayla.

Lagipun memang tidak dapat dinafikan lagi, tulisan Iman memang seperti cakar ayam. Kadang terlalu kecil, kadang pula terlalu besar. Ikut 'mood' katanya.

PUNAT pada tombol pintu bilik Qayla ditekan. Pintu terkunci. Kemudian suis kipas dibuka.

Akhirnya Qayla dapat menghembuskan nafas lega setelah masuk ke dalam biliknya. Suasananya nyaman dan tenang. Apalagi ketika dia hanya bersendirian.

Setelah usai mandi, dapur ditujunya.

Kuali yang berada di dalam laci meja diambil. Minyak dituangkan sedikit. Kemudian 2 biji telur dipecahkan masuk kedalam kuali.

Beberapa minit kemudian, telur mata sedia untuk diangkat. Untuk menambahkan rasa pula, Qayla cuma menuangkan sedikit kicap manis diatas telur beserta nasi itu.

SIAP!!

Hidangan yang sederhana namun tetap mengenyangkan. Qayla terlalu letih untuk memasak makanan yang terlalu rumit. Cuma melakukan apa adanya.

KLINGG!! KLINGG!!

Nada pemberitahuan telefon Qayla berbunyi.

Qayla langsung berpaling melihat telefonnya yang sedang berada diatas meja makan.

Dirinya tertanya-tanya, dari siapakah mesej itu dihantar? Adakah itu adalah mesej yang sangat penting untuk dia balas dengan segera?

Kerusi ditarik. Dia melabuhkan duduk.

Sudu yang dipenuhi dengan nasi bercampur kicap dimasukkan ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan dikunyah.

Kemudian barulah dia memeriksa telefon pintarnya.

You're Mine?Where stories live. Discover now