BAB 37

23 1 5
                                    

2 hari berturut-turut Qayla mengambil alih tugas Yaya sebagai guru tetap di tadika itu. Tetapi dia mulai selesa.

Kesemua muridnya juga menerimanya dengan senang. Benar-benar memudahkan urusannya untuk mengajar.

Alangkah bersyukurnya Qayla. Terasa seperti ingin terus berada di sini.

Sayang untuk meninggalkan sekiranya dia  mendapat panggilan di esok harinya.

HASIL-HASIL karya seni milik anak-anak muridnya beberapa hari yang lepas digantungkan di penyangkut baju yang disilangkan berbentuk X. Kemudian dihiaskan sedikit agar terlihat lebih ceria.

Hari ini, Qayla ingin menunjukkan hasil gabungannya kepada anak-anak muridnya itu. Teruja ingin melihat reaksi mereka.

Dengan berhati-hati dia meletakkannya di atas kerusi bersebelahan kerusi pemandunya.

KERUSI guru ditolakkan sedikit masuk ke dalam meja. Qayla berjalan kehadapan kelas itu.

"Assalamualaikum dan selamat pagi.." melambaikan tangannya sedikit.

"Pagi ni, cikgu Yaya tak dapat hadir. Jadi, cikgu lagi yang akan ambil alih tugas cikgu Yaya hari ni.."

"Jangan nakal-nakal pula ya!" sempat dia berpesan. Matanya dibesarkan sedikit. Bukan niat untuk menakut-nakutkan tetapi tetap ingin bertegas walaupun dalam baik-baiknya Qayla sebagai guru penyayang.

Seketika murid perempuan yang duduk dihadapannya itu menjawab dengan perlahan.

"Tiara baik tau, cikgu.." bibirnya mencebik seperti ingin menangis. Comel sungguh.

"Alahai.." Qayla berbisik perlahan kemudian berjalan ke arah anak murid bertuahnya itu.

Pipi kanan Tiara diusap lembut..

"Cikgu tak marah pun.. cikgu cuma bergurau. Tiara sememangnya baik.. kesemua anak-anak murid cikgu memang baik.." cubaan untuk memujuk. Silapnya kerana tersalah kata. Begitu sensitif hati kanak-kanak ini.

Terhibur Qayla melihat gelagat setiap seorang anak muridnya, lebih-lebih lagi Tiara yang sungguh pandai melontarkan kata dan berani. Antara kesemua murid, dialah yang paling manja dengannya walaupun mereka baharu sahaja berkenalan.

Seketika baru Qayla teringat..

Hasil karya gabungannya yang berada dibawah meja guru diambil. Kemudian diperbetulkan dahulu sebelum ditunjukkan kepada muridnya.

"Tadaa!" hasil gabungannya dipamerkan. Masing-masing terkejut apabila melihat hasil kerja yang telah mereka siapkan beberapa hari yang lepas kini menjadi sebuah hasil kerja yang lebih cantik dan kreatif.

"Wahh! Macam mana cikgu buat?"

"Wahh!! Cantiknya, cikgu!"

"Awak semua tahu tak, apa itu kitar semula?" menyoalkan kepada muridnya kemudian menunggu jika ada yang mengetahuinya.

Seorang murid lelaki yang duduk ditepi tingkap itu mengangkat tangannya.

"Guna semula barang buangan, cikgu!" jawab Irfan, murid lelaki itu.

"Betul!" semakin lebar senyumannya.

Hasil gabungannya diangkat sekali lagi..

"Ini adalah salah satu contoh produk kitar semula yang boleh kita buat. Cantik kan?" rata-rata mengangguk kepala masing-masing.

"Awak semua nak tak, kalau kita adakan hari gotong-royong dan buat banyak lagi produk yang cantik dan comel dari bahan kitar semula yang ada?" menunggu jawapan dari kesemua murid.

"Nak!! Nakk!!" heboh kelasnya pagi itu dengan suara kanak-kanak yang teruja untuk membuat aktiviti.

WAKTU makan tengahari hampir tiba iaitu pada jam 10 pagi. Namun terdapat beberapa murid yang sudah mengadu kelaparan. Kasihannya..

You're Mine?Where stories live. Discover now