BAB 19

30 2 1
                                    

KEDUA-DUA pasang kasutnya diletakkan diatas tembok. Dengan badannya yang lemah longlai itu, Qayla lantas melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Salam diberikan dengan nada suaranya yang perlahan. Salamnya tidak berbalas, Qayla langsung melangkah masuk ke dalam biliknya tanpa menunggu Nek Mah datang kesana.

Pintu biliknya dibuka lalu dia campak begnya ke lantai. Lambat-lambat Qayla melabuhkan punggungnya diatas tilam.

Sempat dia menghembuskan nafas panjang sebelum pintu biliknya dibuka oleh Nek Mah secara tiba-tiba.

PANGG!

Pintu bilik Qayla terbuka luas..

"Kenapa nek?" terperanjat Qayla. Mahu gugur jantungnya.

"Bertuah punya cucu! Beria nenek tunggu Qay dekat dapur." Nek Mah mulakan leteran. Nada suaranya kuat.

Qayla memandang Nek Mah tanpa reaksi..

"Tak ada suara bagi salam pun?" kedua tangannya mencekak pinggang lalu kepalanya menggeleng.

"Qay.. minta maaf. Qay penat sangat hari ni.." jawab Qayla dengan lembut. Walaupun dia telah melakukan hal tersebut namun suaranya tidak didengari Nek Mah. Qayla tetap bersabar..

Nek Mah hembus nafas pendek sambil matanya tidak lepas dari memandang cucunya.

"Kenapa? Dah tak anggap nenek ada dekat sini? Penat dengan nenek dah ke?" suara Nek Mah semakin meninggi. Nek Mah tetap tidak puas hati.

"Tapi-" ayat Qayla tidak sempat dihabiskan lalu dipintas Nek Mah.

"Qay baru aje minta maaf dengan nenek. sekarang buat perangai lagi! Cubalah berubah, Qay!" pandangan Nek Mah hampa. Mahu berapa banyak lagi nasihat yang harus dia berikan supaya cucunya berubah menjadi anak yang beradab kepada anak dan menantunya.

Jika bukan dia yang membantu, siapa lagi?

Qayla cuba untuk mengawal emosinya. Kedua tapak tangannya menutup keseluruhan muka.

"Tolong, nek.. cukup.." kata Qayla dalam hati. Matanya dipejamkan.

Dengan reaksi kosong yang diberikan Qayla, semakin membuak-buak darah Nek Mah. Betul-betul membuatkan Nek Mah habis kesabaran.

"Tak dengar ke apa? Nenek bercakap dengan Qay ni. Pandang muka nenek!" gertak Nek Mah.

Tahap kesabaran Qayla cukup sampai disitu. Perkataan Nek Mah seakan-akan menambah torehan luka yang semakin mendalam.

Dia letih!

Tanpa berfikir panjang, Qayla mendongak lalu memandang Nek Mah dihadapan pintu itu.

"Cukup nek! Qay ni balik sekolah penat tahu tak! Qay baru sampai rumah, nenek marah-marah Qay macam ni, kenapa nek? Boleh tak nenek jangan ganggu Qay bila Qay macam ni? Nenek langsung tak faham Qay!" lantang Qayla menjawab. Bukan bermaksud untuk kurang ajar namun Nek Mah sendiri yang cukup menguji kesabarannya.

"Pandai dah Qay melawan nenek sekarang kan? Qay tak pernah tinggikan suara pada nenek.."

"Sampai hati Qay buat nenek macam ni.." suara Nek Mah bergetar menahan tangis. Sambil tangannya menggosok-gosok dada perlahan lalu beredar pergi meninggalkan Qayla sendirian.

Biar dia membawa diri, jika itu yang Qayla mahukan. Dia tidak akan mengganggu cucunya lagi.

Keadaan yang tadinya huru-hara, kini menyepi. Qayla benar-benar kesal atas perkara yang terpaksa terjadi kerana tidak dapat menahan perasaan barannya lagi. Kini, keadaan bertambah keruh.

Kerana itulah selama ini dia memilih untuk berdiam ketika perasaan marahnya membuak-buak. Lidahnya yang tajam ketika lantang menyuarakan segala isi hati akan melukakan hati orang yang dia sayang.

You're Mine?Where stories live. Discover now