BAB 1 (EDITED)

75 9 8
                                    

BERMULANYA kelas tambahan untuk beberapa kelas termasuklah kelas 4 Baiduri tentang cara menjawab kertas soalan SPM serta teknik menjawab soalan cemerlang.

Qayla hadir lambat ke sekolah kini terpaksa duduk dibarisan belakang dewan semasa sesi pembelajarannya berlangsung.

Sedang dia tekun mendengar penjelasan gurunya, perbualan 2 orang gadis dihadapan menarik perhatiannya.

"Kau nak tahu tak? Kau kenalkan budak lelaki dari kelas 4 Baiduri nama Danish Hazief tu?"

"Aku dengar cerita dia ni popular tau. Semua batch mesti ada yang 'crush' kan dia." kata salah seorang gadis itu.

"Ohh... betullah, dia boleh tahan elok juga. Mesti ramai yang sukakan dia..."

"Termasuk kau?" balas seorang gadis itu lagi sambil ketawa kecil bersama rakan di sebelahnya.

Qayla yang terkejut mendengar perbualan 2 orang gadis itu secara tidak sengaja menjatuhkan pen nya ke lantai berhadapan 2 orang gadis itu.

Kedua-dua gadis itu tersentak melihat Qayla sepertinya mendengar perbualan mereka tadi. Salah seorang gadis itu mengambil pen tersebut lalu bertanya kepada Qayla.

"Awak dari kelas mana? Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni." tegur gadis itu sambil menghulurkan pen yang terjatuh tadi.

"Baiduri.. 4 Baiduri. Saya minta maaf sebab terdengar perbualan awak berdua. Saya minta maaf sangat-sangat." Qayla mengambil pen yang dihulurkan gadis itu.

"Ohh.. awak sekelas dengan Danish! Boleh saya nak minta tolong awak? Sedikit aja, saya janji." berubah muka kedua gadis itu menjadi teruja.

Qayla hanya mengangguk perlahan kepalanya tanda setuju dengan pertanyaan gadis itu.

"Boleh awak tolong berikan saya nombor telefon Danish? Please..." rayu salah seorang gadis itu sambil menggenggam erat tangan Qayla.

Qayla terdiam sejenak. Dia juga tidak tahu nombor Danish itu masih digunakan oleh Danish atau Qayla yang di 'block'. Dia sahaja tidak dapat mesej Danish lagi..

"Maaf tapi saya tak ada nombor dia.." keningnya berkerut melihat 2 orang gadis itu.

"Erm.. kalau awak tolong saya mintak nombor Danish secara personal, boleh? Tak kesah dengan cara apa pun. Kalau awak berjaya dapatkan nombor dia...."

"Awak mesti nak duit kan? Jadi itu upah awak.."

"Deal?" sambil menghulurkan tangan kanan mereka pada Qayla.

"Alang-alang.. aku boleh dapatkan cari tahu kenapa Danish 'block' aku. Terima ajelah.." monolog Qayla dalam hati.

Qayla menghulurkan tangannya. Tangan mereka berjabat. Dengan ini, Qayla bersetuju.

"Jadi, nama saya Arissa. Sebelah saya ni Sophia namanya.." sambil mereka memegang tangan antara satu sama lain.

Qayla cuma tersenyum malu. 

Apakah cara yang harus dia lakukan untuk mendapatkan nombor Danish?

"Kalau nak dapatkan nombor mamat ni mesti kena mintak sendiri pada tuan badannya kan?" isi kepalanya mulai berencana.

QAYLA memberanikan diri berhadapan dengan Danish. Tidak keruan hatinya dengan keputusan yang dia pilih. Betul ke apa yang aku buat ni?

Dari jauh sahaja dia sudah melihat kelibat Danish yang sedang makan berseorangan sambil menunggu rakannya yang lain mengambil minuman di kantin.

"Huh.. aku boleh! Alah, simple je ni. Aku mintak lepas tu aku terus pergi lah" mengpositifkan dirinya sendiri.

Langkah demi langkah akhirnya dia kesana. Danish kini hairan melihat seorang perempuan sedang menuju kearahnya.

You're Mine?Where stories live. Discover now