BAB 24

29 1 0
                                    

KELAS 5 Baiduri semakin lama semakin dipenuhi pelajar. Setelah cuti persekolahan, kesemua keputusan pelajar sains tulen langsung dinilai.

Semestinya akan ada pelajar yang masih menetap di kelas kedua dan ada juga yang berjaya berpindah naik ke kelas pertama.

Qayla?

Dia masih kekal berada di kelas kedua. Tahun lepas seolah-olah tahun malang baginya. Dek kerana itu, keputusan peperiksaannya tidak terlalu memberangsangkan. Dia langsung tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelajaran. Fikirannya terganggu.

Bersama azam baharu, Qayla akan tetap cuba untuk berdamai dengan masa lalunya. Selagi itu adalah yang terbaik, dia akan terus cuba untuk mengikhlaskan.

PINTU kelasnya ditenung lama. Janggal dengan persekitaran kelas baharunya.

Akan tetapi, Qayla juga berasa lega kerana sahabatnya Yaya masih sekelas dengannya. Dia bersyukur kerana dia masih ada peneman.

SEDANG Qayla mengelamun. Sontak kepala Yaya menjengah ditepi pintu.

"Ha! Tunggu aku ke?" sakat Yaya. Terperanjat Qayla dibuatnya sehingga tersandar kebelakang.

Cepat-cepat Yaya berlari kearah Qayla lalu saling berpelukan.

Sebulan mereka bercuti, Qayla benar-benar merindui usikan nakal Yaya.

Jika dirumahnya, dialah satu-satunya penghuni didalam rumah itu. Oleh kerana itu, tiada sesiapa yang melayaninya.

"Duduk sini.." suruh Qayla sambil tangannya menepuk-nepuk kerusi kosong disebelahnya.

Yaya melihat-lihat sekeliling.

"Kenapalah kau pilih tempat duduk depan meja cikgu? Tak ada tempat lain ke kau nak pilih?" Yaya merungut tetapi masih duduk di situ.

"Biarlah, aku nak duduk sebelah kau. Ini semua supaya kita fokus belajar. Tahun ni kita nak SPM tau tak!" sambil jari telunjuk Qayla diarahkan pada Yaya.

"Si terpaling nak fokus lah ni ye?" masing-masing dihamburkan tawa. Melepaskan rindu untuk bergurau senda.

JAM 7.30:

Ada seorang guru yang memasuki kelas mereka.

Kelam kabut pelajar yang sedang melepak dibelakang kelas terus duduk di kerusi masing-masing. Takut punya fasal.

"Assalamualaikum wbt." kesemua pelajar langsung berdiri dan menjawab salam sebelum mereka dibenarkan untuk duduk.

"Baik, saya adalah guru kelas awak tahun ni. Dan saya juga akan mengajar awak subjek sejarah. Awak boleh panggil saya Cikgu Zalina. Jadi selamat berkenalan." sambil tanda namanya ditunjukkan kepada murid-murid. Jelas tertulis 'Zalina' pada tanda nama itu.

"Hari ini awak semua nak terus belajar atau kita bersantai sahaja dulu?" laju pelajar kelas 5 Baiduri memilih untuk bersantai.

"Baiklah, kita uruskan jawatan dalam kelas, boleh?" soal Cikgu Zalina. Masing-masing mengangguk tanda setuju.

Permulaan sekolah yang agak santai tetapi mereka juga dapat merasakan aura seorang cikgu yang baik dan penyayang terhadap mereka.

"Apakata kalau kita mulakan dari kakak didepan sekali ni, boleh berdiri dan beritahu nama awak?" jari telunjuknya diarahkan pada Qayla.

Dengan gemuruhnya Qayla tetap cuba untuk berdiri dengan tegak.

Ada juga rasa menyesal yang timbul kerana dia duduk di meja hadapan. Sudah pasti dia akan menjadi mangsa pelajar yang selalu disebut-sebut oleh cikgu nanti.

Kerusi plastik itu ditolak kebelakang lalu Qayla berdiri tegak.

"Er... nama saya Qayla Mikaela binti Hairul Za'im. Boleh panggil saya Qayla." tutur Qayla perlahan. Malu!

You're Mine?Where stories live. Discover now