BAB 3 (EDITED)

52 6 6
                                    

SELANG beberapa minggu selepas itu, dia ikutkan saja arahan Arissa. Hubungan dengan Danish juga semakin rapat.

Didalam kelas, jika bukan Yaya. Danish lah salah seorang manusia yang asyik-asyik menyakatnya.

Benar kata hatinya, Danish memang seorang yang baik, lemah lembut serta menjadi penghibur hatinya.

Dimana-mana ada saja Danish yang sudi menemaninya. Bukan setakat didalam kelas, mereka juga kerap meluangkan masa dengan belajar bersama dan menonton movie secara dalam talian.

SEDANG mereka berdua leka asyik berbual-bual didalam kelasnya. Qayla tiba-tiba memikirkan sesuatu perkara lalu menanyakan kepada Danish.

"Maaflah kalau soalan saya ni macam menyibuk tapi..."

"A...Awak dengan Arissa, dah rapat?" nadanya perlahan..

Danish hanya diam. Tidak tahu mahu menjawab soalan Qayla bagaimana.

"Dia cemburu?" terdetik dalam hati Danish.

"Sebenarnya tak ada apa pun.. cuma kawan biasa.."

"Macam kita" sambil tersenyum lebar memandang wajah Qayla yang sedang melihatnya.

'Macam Kita?' Qayla membisu selepas soalannya dijawab Danish. Ayat terakhir itu terngiang-ngiang di kepalanya. Tapi tidak salah juga sememangnya mereka hanya sebatas teman.

Tiba-tiba pula hatinya sakit saja mendengarkan kata-kata Danish. Cuma kawan biasa? Macam kita? Perlukah kau sebutkan ayat terakhir itu?

"Oh.. awak tak suka dia ke?" kepalanya mulai menghadap ke lantai.

Cepat-cepat Danish menjawab selepas melihat raut wajah Qayla yang sudah berubah sejak tadi.

"Saya baru aje kenal dia.. itupun dia yang mesej saya dulu"

"Mungkin ambil masa.."

Qayla semakin menundukkan kepalanya.

Entah mengapa sakit pula hatinya mendengarkan jawapan Danish. Aku? cemburu?

Ya! Arissa adalah pengganggu rancangannya. Tetapi Qayla tidak menyuarakannya.

Jika Danish benar-benar untuknya. Tiada sesiapa yang akan mengubah takdir itu.

"Baguslah...biar Arissa tak bertepuk sebelah tangan.." kata Qayla.

"Oh.. kawan biasa aje" tiba-tiba Danish ketawa kecil.

"Awak jangan risau. Awak tak tahu saya mungkin sedang membuka hati untuk orang lain?" balas Danish lagi.

"Hah?" pantas Qayla bersuara.

Tidak salahkah dia mendengar Danish berkata sedemikian padanya?

Berbunga-bunga hatinya. Tetapi tidak pula namanya disebut sebagai 'orang lain' itu. Siapa pula gadis beruntung yang dimaksudkan Danish selain daripada Arissa dan dia?

"Orang lain? Siapa??" Qayla ingin tahu.

"Rahsia.. bagilah saya can nak mengorat awek. Jarang-jarang tau saya nak suka orang.." ujar Danish.

Qayla langsung gelak sakan.

Menurut khabar angin, Danish sememangnya kerap kali bertukar tukar pasangan. Tetapi dia tidak tahu cerita selebihnya. Mungkin ada masalah antara mereka hingga menyebabkan mereka bergaduh.

"Boleh percaya ke perkataan 'jarang-jarang' tu? Cuba awak beritahu saya berapa ex-girlfriend awak.." Qayla sengaja memperli.

"Amboi.. sedapnya mulut awak.."

You're Mine?Where stories live. Discover now