BAB 10 (EDITED)

36 1 4
                                    

TAP! TAP! TAP! TAP!

Kedengaran suara tapak kaki seseorang yang sedang berlari-lari kearahnya. Seketika suasana sepi itu berubah huru-hara kembali.

"QAYLA!!"

"Aku ni mencari-cari kau merata tempat tahu tak! Aku nak kena bawa makanan kau lagi.. cubalah memudahkan kerja aku ni sikit! Nasib baiklah sayang.." baru saja masuk ke kelas Qayla terpaksalah mendengarkan bebelan Yaya. Tiada cara lain, kesemuanya berpunca dari Qayla juga.

"Kau sayang aku?" balas Qayla.

"Gila aku tak sayang! Kaulah satu-satunya orang yang sanggup dengar bebelan aku ni Qayla oii..." sambil dia meletakkan bungkusan makanan milik Qayla dibucu mejanya.

"Makan ni.. aku belikan nasi lemak kegemaran kau ni. Jangan selalu sangat tak makan, Qayla. Kalau kau sakit perut macam mana? Aku jugalah yang susah nanti.." lalu dia menarik kerusi yang berdekatan nya untuk Qayla.

Yaya benar-benar menyediakan apa segala perkara untuk kesenangan Qayla. Masih tidak terbukti lagikah kasih dan sayangnya pada sahabat sejatinya itu.

"Terima kasih.. aku pun sayang kau juga. Tapi aku tak suruh kau belikan aku makanan pun. Kau patut simpan duit kau tu, Yaya! Simpan dan beli ubat-ubat untuk ayah kau.." Qayla lekas menghampiri Yaya yang tidak jauh darinya.

Dia duduk di kerusi yang telah disediakan untuknya. Sayu hatinya mengenangkan semula kejadian yang pernah berlaku kepada Yaya.

Yaya hanya berdiam tidak menjawab. Dia benci jika dirinya dikasihani berlebihan seolah-olah dia itu lemah. Baginya, cukup tahu dan tidak perlu diambil peduli. Ini keluarganya, orang luar tidak perlu masuk campur.

Qayla menyengetkan kepalanya lalu melihat wajah Yaya yang sudah menunduk. Tangannya cepat-cepat diangkat lalu menepuk bahu sahabatnya. Biarlah kini dia menenangkan semula gadis dihadapannya ini atas tutur katanya tadi.

"Aduh!" tiba-tiba Yaya menjerit kesakitan. Qayla langsung menarik tangannya semula. Dalam hal ini, dia terus dapat mengagak sesuatu.

"Kau! Aku dah cakap dengan kau jangan kerja dengan pakcik kau tu lagi! Kau ni degil kan!" Qayla terus menarik badan Yaya untuk berhadap dengannya.

"Habis tu?! Kau nak aku tengok aje mak aku jadi hamba untuk sara hidup aku dan adik-adik aku?! Aku anak sulung, biar aku aje yang tanggung bebanan ni.. jangan mak aku!" kali ini Yaya benar-benar memberang.

Dia tidak suka jika Qayla mengatur keputusan jalan hidupnya. Biarlah jika dia dipukul mahupun dihina, demi wang untuk membiayai ayah dan adik-adiknya. Dia sanggup.

"Kau tak perlu risau fasal aku. pandai-pandailah aku jaga diri aku.. " sambung Yaya lagi.

"Kau sahabat aku, Yaya. Tak akanlah aku langsung tak risaukan kau. Tolonglah fikir tentang keselamatan kau juga" ujar Qayla tidak berpuas hati.

Mengapalah Yaya masih lagi mahu bekerja dengan pakciknya itu setelah dia dipukul dan dihina dengan teruk.

Kesemuanya berlaku selepas ayahnya mengalami kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan lumpuh separuh badan dari pinggang ke bawah. Setelah itu, pakciknya, Zam iaitu adik kepada ayahnya lantas merampas segala harta yang dimiliki abangnya.

Perusahaan kecil milik abangnya juga diambil alih. Pada awalnya dikatakan hanya sekadar membantu tetapi setelah itu, beliau kerap memaksa ibu Yaya untuk bekerja lebih masa.

Berlagak semacam tuan raja, dia juga asbab mengapa ramai pekerja lama berhenti bekerja kerana tidak tahan asyik diugut serta gaji mereka tidak dibayar.

Semasa ibu Yaya bekerja pasti ada saja yang tidak kena, pasti wanita tua itu akan dihina dan diperlakukan seperti hamba abdinya. Itukah yang dipanggil sebagai sebahagian daripada keluarga?

Qayla sambung lagi..

"Sekurangnya kau tak perlu bekerja di sana.. ataupun aku aje yang bagi sedikit duit tabungan aku.. berapa kau nak sekarang?" Qayla meraba-raba kocek kiri seluarnya untuk mengeluarkan dompet kecilnya. Duit tersebut juga hasil tabungannya setelah beberapa bulan dikumpulkan.

"Aku tak nak duit dari kau. Cukuplah.." Yaya menahan tangan Qayla. Sudah cukup selama ini Qayla yang banyak membantunya. Dia cukup malu untuk meminta lagi.

"Kalau ada apa-apa, kau terus beritahu aku! Tolonglah cerita dengan aku apa saja. Aku akan cuba tolong kau selagi aku mampu, ingat tu Yaya.." Qayla melebarkan lagi senyumannya. Lesung pipit di pipi kirinya kini terlihat lebih jelas.

Yaya menghembus nafasnya perlahan.

"Mari makan.." ujar Qayla.

BERPUSU-PUSU pelajar berkumpul dihadapan koridor kelas mereka. Suasana agak sesak hinggakan Qayla dan Yaya juga tidak berani untuk keluar dari kelas mereka.

Daripada berbondong-bondong pelajar disana, matanya tertumpu pada Danish yang bersesak-sesak untuk memasuki kelas.

Mata Qayla mengekori setiap pergerakan Danish hingga lelaki itu duduk di mejanya. Danish perasan akan mata yang melihatnya, tetapi dia hanya membalas dengan jelingan mata yang amat menyakitkan hati.

Cepat-cepat Qayla berpaling kearah lain.

"Seriously?!! Dia jeling aku macam tu aja!" Qayla berbisik.

"Kau kenapa, Qayla?" soal Yaya. Mana tidaknya, tiba-tiba saja keadaan Qayla bertukar baran sedemikian.

"Danish tu.. dia jeling aku!" Qayla mengadu.

Yaya langsung mencari keberadaan Danish. Memang sudah tidak jauh, hanya berselang 4 meja kekiri.

Benarlah, jika dilihat gayanya Danish terus menekupkan kepalanya ke meja seperti ada sesuatu yang telah berlaku.

"Dia tak sihat ke? Sebelum rehat tadi elok aje aku tengok." ujar Yaya.

"Tadi aku dan Arissa bergaduh lagi.." pintas Qayla.

Membulat mata Yaya selepas mendengarkan nama gadis itu disebut. Apa lagilah perkara yang berlaku hingga tiba-tiba melibatkan Arissa lagi.

"Arissa lagi? Apa cerita?.."

Qayla menekupkan kedua tangannya pada telinga kanan Yaya sebelum mula berbisik.

Tidak lama kemudian Yaya langsung mengangkat kepalanya kembali.

"Dia kata kau perampas? Eee.. sakit pula hati aku!" Yaya daripada berdiri langsung mengambil kerusinya lalu duduk sambil mendekatkan lagi badannya dengan Qayla. Geram!

"Macam ni.. Arissa tu marah-marah aku sebab dia tahu yang aku rapat dengan Danish."

"Tapi kan kau dengan Danish rapat dulu sebelum dia.. kenapa pula dia yang nak mengamuk kalau kau rapat sekalipun?" Yaya ingin tahu.

"Dia kan suka Danish.." jawab Qayla.

"Dan kau? Suka dia juga?" Yaya memandang wajah sahabatnya  penuh teliti.

Qayla terdiam lalu memandang semula tubuh lelaki yang berada agak jauh darinya itu. Seketika segala kenangan mereka bersama terlintas pantas dalam fikirannya.

"Aku.. suka dia juga.."

"Tapi dia orang dah dalam hubungan dah pun.." matanya kembali melihat wajah Yaya yang terpinga-pinga.

"Hah? Aku dah dapat agak lama dah.." Yaya tergelak kecil. Tangannya menepuk-nepuk belakang badan Qayla agar gadis itu lebih bersemangat.

"Aku fikir Danish tak suka perempuan tu. Aku tengok cara dia layan depan aku, dia memang tak suka.." Qayla menunduk.

"Belakang kau? Kau takkan tahu apa yang dia buat.." balas Yaya.

"Tak akanlah dia tak suka. Arissa tu cantik, kaya, famous.. siapa aje lelaki yang tak jatuh hati?" kening Yaya terangkat.

"Cantik? Baik, aku dah faham sekarang. Jadi, dia memang nak perempuan yang cantik sahajalah?" suara Qayla mulai serak. Air matanya ditahan tidak mahu dikeluarkan.

"Eh kau cantik ye! Jangan merendah diri dengan perempuan macam Arissa tu!" Yaya memberikan amaran awal-awal.

Qayla menghembuskan nafas perlahan lalu menyandarkan diri pada kerusinya.

"Sampai hati kau, Danish.." Qayla bermonolog.

You're Mine?Where stories live. Discover now