BAB 11 (EDITED)

29 1 4
                                    

PINTU van ditutup perlahan. Qayla segera menyeberang jalan menuju ke kerumah neneknya.

"Assalamualaikum.. Nek!" kedua kasutnya ditanggalkan lalu diletakkan diatas tembok.

"Waalaikumussalam! Dah balik dah cucu nenek?" Nek Mah lantas membuka pintu sambil tangannya digosok-gosokkan pada kain batik yang sedang dipakainya.

Qayla mengangguk sebelum bersalaman dengan Nek Mah lalu dengan laju kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

Begnya dicampakkan diatas katil. Gadis itu menutup pintu lalu menguncinya. Kini bulir jernih sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sakit. Semakin dia memikirkan tentang Danish, semakin sesak dadanya untuk bernafas.

Lalu dia duduk dibucu katilnya. Bantal yang berada disisinya diambil lalu ditekupkan pada mukanya. Lantas Qayla menjerit sekuat hati.

Arghh!!

Geram. Apa lagi yang akan berlaku pada hari esok. Adakah ia akan lebih menyakitkan? Tidak sanggup gadis ini untuk menerimanya jika ia benar-benar akan terjadi.

"Aku fikir kau tak suka perempuan tu, Danish. Sebab bila kau dengan dia, kau seolah-olah benci. Engkau macam langsung tak berminat dengan Arissa. Jelas sekali aku tengok wajah kau yang  tak ikhlas."

"Atau itu cuma lakonan bila didepan aku?" bantal dicengkam kuat.

"Aku masih tak faham semua ni.." ujar Qayla sambil mukanya ditekupkan pada bantal.

Dia mengangkat kepalanya semula. Pandangannya kosong. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Satu mesej timbul di ruangan notis.

Nama Danish terang-terang tertera pada notis pemberitahuan itu.

'Maaf..' - Danish.

Matanya cepat membaca mesej tersebut. Dengan pantas Qayla menterbalikkan telefonnya.

"Maaf aja? Huh, aku tak akan balas!" niatnya.

SEHINGGAKAN malam pun menjelma, Qayla masih ternanti-nanti akan mesej yang seterusnya daripada Danish. Tetapi tiada lagi mesej yang dihantarkan oleh lelaki itu sesudah petang tadi.

Jika dahulu, setiap kali Qayla berdiam. Tandanya sedang merajuk. Pasti Danish akan mencari-carinya walau bagaimana caranya.

Sehinggalah hati lembut Qayla ditawan semula dengan ayat-ayat manis yang mampu membuatkan Qayla langsung cair.

Telefon yang berada ditepi bantalnya diambil. Jarinya laju mencari-cari nama Danish di ruang kenalan.

Hampa. Benarlah, Danish langsung tidak mencarinya. Apa yang sedang berlaku? Setakat ini saja hubungan antara dia dan juga Danish?

Qayla mengelamun. Hatinya berkecamuk memikirkan apa keputusan yang perlu dia lakukan.

Antara meninggalkan atau meneruskan hubungan tidak jelasnya bersama Danish lagi.

KEESOKAN paginya, Qayla yang baru sahaja datang secara tidak sengaja bertembung dengan Danish di hadapan pintu kelas mereka. Masing-masing hanya diam terpaku. Langsung tidak bergerak.

Qayla memulas tali begnya. Dia memberanikan diri juga untuk menyapa Danish dahulu. Entah mengapa dia melakukan hal sedemikian.

"Oh, awak datang awal juga hari ni. Nak keluar ke mana?"  muka Qayla langsung merah padam.

Danish memandang kebawah. Melihat gadis itu tetapi Qayla hanya menunduk.

"Keluar.. jumpa kawan" balas Danish.

Gadis itu langsung mendongak keatas.

"Cakap ajelah jumpa Arissa.." Qayla seperti dapat mengagak.

"Taklah..." Danish menafikan.

You're Mine?Onde histórias criam vida. Descubra agora