BAB 41

20 1 0
                                    

BANTALNYA ditepuk-tepuk untuk beberapa kali. Qayla ingin bersedia untuk tidur. Suis lampunya ditutup.

Cepat-cepat dia berbaring menghadap ke atas melihat siling biliknya. Suasana rumahnya yang sunyi sepi itu membuatkan otaknya cergas berfikir.

Mengingatkan kembali perbualannya dengan Iman pada hari Khamis yang lalu.

Dahinya ditepuk-tepuk.

2 hari berehatnya hanya dipenuhi dengan keserabutan.

"Kenapalah dalam banyak-banyak manusia. Kau juga yang aku terjumpa?" terus menutup mukanya.

"Kau dah pergi dan sekarang kau datang balik." menurunkan kedua-dua tangannya hingga cuma menutupi hidung dan mulutnya.

Qayla memejamkan matanya.

"Kau pun dah kahwin, siap dah ada anak." membuka matanya kembali. Wajah kecil Tiara tiba-tiba muncul dalam kepalanya.

Kedua tangannya menarik selimut sehingga paras bawah dadanya.

Memotivasikan diri agar tetap berfikiran positif. Nafas panjang dihembuskan dan ditarik dengan perlahan-lahan.

"It's okay, Qayla. Mamat tu cuma minta maaf dan beritahu hal yang sebenar. Tak lebih dari tu. Dia tak akan kacau kau lagi lepas ni. Semuanya dah selesai.." perlahan-lahan memejamkan semula matanya. Cuba untuk menenangkan diri dan fikirannya.

Beberapa detik kemudian, Qayla akhirnya berjaya terlena.

AWAL pagi lagi Qayla sudah bersiap-siap. Takut jika terlambat. Sudahlah kunci tadika itu berada ditangannya.

Baju kemeja berwarna hitam dilepaskan diluar baju digandingkan dengan skirt labuh berwarna hitam. Pakaiannya yang serba hitam dihiasi dengan tudung bawal berwarna kelabu. Siap.

Beg tangannya diambil lalu segera dia ke meja soleknya untuk mengambil jam tangannya.

Segera Qayla terhenti.

Melihat sahaja jam tangan itu. Qayla teringat akan apa yang Iman katakan padanya.

Ah!

Dia tidak akan pakai jam tangan itu lagi.

TERSISA 5 hari lagi termasuklah hari ini sebelum cuti sekolah yang panjang bermula selama sebulan.

Qayla merancang untuk menerima tawaran yang seterusnya apabila sudah mendapat tawaran disekolah yang berdekatan. Namun setiap petang, dia akan tetap membantu Yaya untuk menguruskan tadika ini.

Menerima tawaran itu adalah antara rancangannya untuk terus menghindarkan dirinya daripada berjumpa lelaki yang tidak cukup satu itu seperti semalamnya.

Lebih baik Qayla hanya mengelak dan terus berjaga-jaga.

12.05 TENGAHARI:

Qayla sudah memujuk Yaya supaya menemaninya ketika menunggu kesemua anak-anak muridnya pulang.

Tetapi Yaya mengelak!

Kata Yaya, hari ini suaminya yang akan datang ambil. Jadi dia tidak boleh lambat membiarkan suaminya menunggu.

"Kau tunggu ajelah. Bukan tak pernah menunggu budak-budak balik kan?" kata Yaya sebelum bergerak meninggalkan Qayla sendirian di situ.

Nasib Qayla..

12.35 TENGAHARI:

Masih ada 2 orang anak muridnya yang belum diambil oleh ibubapa mereka iaitu Raziq dan Tiara.

Qayla hanya termenung memikirkan cara untuk bersembunyi ketika lelaki itu datang untuk berjumpanya lagi hari ini. Tidak tenang.

TOK!! TOKK!!

You're Mine?Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz