BAB 8 (EDITED)

35 1 5
                                    

MULUT Yaya tidak henti-henti berleter sehinggalah mereka tiba di pondok berhampiran bangunan tingkatan 1 yang agak jauh dari kantin. Sekadar mahu melarikan diri daripada Danish sebelum mereka berdua akan berjumpa lelaki itu semula di dalam kelas nanti.

Yaya yang sudah baran, dia menghempaskan saja bungkusan makanannya diatas kerusi panjang disana. Sudahlah tiada meja. Bagaimana cara dia mahu makan!

"Ishh, kenapa pula kita yang kena pergi dari situ? Sepatutnya dia yang pergi! Menyibuk tau tak?!" Yaya sambung bercakap-cakap setelah dia duduk di kerusi kayu itu.

Qayla tidak menjawab.

Lambat-lambat dia bergerak duduk bersebelahan Yaya. Berderau rasanya darah apabila melihat raut wajah Yaya yang masam semacam itu.

Tangannya perlahan-lahan bergerak membukakan bungkusan polisterin makanan milik Yaya bersulamkan senyuman manja.

Sengaja dia memberikan peluang kepada Yaya untuk menjamah makanannya itu. Bimbang saja jika gadis itu mengamuk apabila loceng berbunyi tanpa dia usik sedikit pun makanannya.

Sudu yang berada dibucu bungkusan itu diambil lalu nasi goreng itu digaulkan sebelum diceduk sedikit demi sedikit.

Kini barulah Qayla berani bersuara.

"Janganlah salah faham.. dia cuma minta maaf aje tadi.." nada suara yang Qayla lembut.

"Jangan kata kau dah maafkan dia?!" keras Yaya menjawab.

Gerakan mata Qayla langsung tidak bisa menipu.

Yaya sudah dapat mengagak. Qayla ini sememangnya tidak reti untuk berkeras dalam membuat satu pilihan hinggalah dia dipijak oleh orang yang sama berkali-kali. Terlalu berlembut!

"Satu je nasihat aku, Qayla... Jangan terlalu percaya pada mamat tu." sudu yang baru saja dia suap tadi digigit sambil memandang Qayla disebelahnya.

"Kau tak rasa pelik ke? Dia biarkan Arisa tu peluk dia. Terang-terang lagi kau dah boleh nampak hubungan dia orang tu apa?" kepala Yaya menyenget. Dia betul-betul mahu menyedarkan Qayla.

Bukan apa, tetapi hatinya terasa tidak sedap. Rasa ada sesuatu yang membuatkan dia benar-benar tidak berkenan dengan lelaki itu.

"Kau ni, Yaya. Cubalah berfikiran positif sedikit.. Orang tu dah minta maaf, takkanlah aku nak biar aje. Kesian tau.." pantas Qayla menjawab.

"Aku percaya, dia akan berubah. Dia kata dia sekadar tumpang.. aku percaya yang dia tak bermaksud nak buat perkara macam tu dengan Arissa. Kau tahu-tahu lah Arissa kan obses dengan dia.."

Cakap Qayla dipintas.

"Dan? Itu aja alasan kau maafkan dia?"

"Come on Qayla.. kau percaya dia buta-buta macam tu aje?!" bungkusan makanannya ditutup.

Cukup. Cukup sampai disitu perbualan ini. Hilang seleranya mahu melahap licin nasi goreng kegemarannya itu.

"Sudahlah.. bercakap dengan kau sekarang ni langsung takkan ubah keputusan kau kan? Kau tengok ajelah lambat laun nanti.."

"Lebih baik kita masuk kelas sebelum Cikgu Suraya dah masuk dulu." Yaya langsung berdiri lalu mulai melangkah pergi.

Cepat-cepat Qayla memecut mengekori Yaya sebelum ditinggalkan lebih jauh.

SUASANA sunyi, hinggakan bunyi kipas berputar saja boleh didengari Qayla. Tiba-tiba suasana hening itu dipecahkan oleh Nek Mah.

Nek Mah menjengahkan kepalanya dari bingkai pintu bilik milik cucunya itu. Sengaja mahu melihat apa yang sedang cucunya lakukan.

You're Mine?Where stories live. Discover now