BAB 45

19 1 0
                                    

CUTI sekolah telah bermula beberapa hari yang lepas. Masa yang sepatutnya menjadi masa untuk berehat.

Tetapi tidak dengan Qayla.

Pagi dan petang, dia terpaksa bekerja sambilan sebagai jurujual dalam talian. Bukan itu sahaja, dia juga bekerja sambilan sebagai guru tuisyen di satu pusat tuisyen di bandar.

Bermacam-macam kerja yang dia lakukan untuk cuba turut menampung kos majlisnya akan datang.

Kerana hampir separuh perbelanjaan majlis itu ditanggung oleh pihak lelaki. Qayla merasakan perkara itu tidak harus diteruskan tanpa sebarang usaha darinya.

Walaupun majlis itu kerana terpaksa, tetapi Qayla tidak mahu menyusahkan sesiapa. Begitu juga kedua ibubapanya.

PADA tanggal 20 Disember, tiada siapa yang menyangka pada akhir tahun ini, Qayla akan menjadi tunangan orang. Kesemuanya dirancang dengan tergesa-gesa namun majlis itu harus tetap berjalan dengan baik.

Pada jam 10 pagi di hari Ahad yang berbahagia itu, pihak keluarga lelaki telahpun bertandang ke rumahnya bersama-sama rombongan untuk meminang.

5 dulang hantaran dari pihak lelaki diletakkan berhadapan dengan 7 dulang hantaran dari pihak perempuan.

Setelah beberapa minit mereka mengambil tempat, akhirnya seorang wakil dari pihak lelaki ingin memulakan berbincang selepas selesai berpantun dan bergelak ketawa sebentar tadi.

Wang hantaran yang ditawarkan oleh pihak lelaki ialah sejumlah 7 ribu ringgit kepada pihak perempuan walaupun setelah dikurangkan oleh keluarga pihak perempuan kepada 5 ribu ringgit sahaja namun tetap sejumlah duit yang banyak itu dikekalkan.

Pemilihan tarikh pernikahan juga dibincangkan bersama. Namun masih belum menjadi tarikh muktamad.

Sekarang, tiba masanya untuk sesi menyarungkan cincin tunang dan merisik yang dilakukan sekali itu.

Seorang wanita berusia yang merupakan ibu kepada tunangnya perlahan-lahan masuk ke dalam bilik Qayla.

Qayla yang menyarungkan baju kurung kebarung berwarna baby blue yang digandingkan dengan tudung putih yang semakin menonjolkan kecantikan sebenar dirinya membuatkan Puan Nur langsung tersenyum apabila melihatnya.

Gadis yang baru sahaja menjadi tunangan anak lelakinya itu duduk di sisi katil dengan ayu dan sopan.

"Assalamualaikum.." ucap Puan Nur kepada Qayla.

Salam itu dijawab oleh Qayla beserta senyuman nipis. Kemudian tangan wanita itu di salamnya lembut.

Tanpa membuang masa, tangan kiri Qayla diangkat, cincin merisik di atas dulang pertama diambilnya kemudian disarungkan pada jari manis Qayla.

Kemudian tangan kanan Qayla pula diangkatnya, cincin tunang di atas dulang bersebelahan dulang pertama diambilnya kemudian menyarungkan cincin tunang itu pada jari manis Qayla.

Sekali lagi Qayla mengalami tangan Puan Nur, ibu kepada tunangnya itu sekarang.

"Terima kasih, makcik." tutur Qayla dengan sebak hatinya.

"Jangan panggil makcik lagi. Panggil ibu." pintas Puan Nur lantas membuatkan Qayla bertambah gembira.

"Terima kasih, ibu." Qayla mengulang semula ucapannya tadi.

PELAMIN mini yang bertemakan awan biru itu lebih terlihat serinya selepas Qayla duduk di sana.

Bertemankan sahabatnya, Yaya, gementar Qayla sedikit berkurangan.

"Tunang kau tak datang?" bisik Yaya berdekatan dengan telinga kiri Qayla.

Qayla geleng perlahan.

"Kata ibunya, dia tak dapat datang. Ada kecemasan katanya." muka Qayla monyok. Sekali lagi dia tidak dapat melihat wajah lelaki yang telah menjadi tunangnya sekarang.

You're Mine?जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें