BAB 5 (EDITED)

35 3 0
                                    

BARU saja dia melabuhkan punggungnya di kerusi, kedengaran suara yang seperti dia kenali memanggilnya.

"QAYLAA!!"

"Haih, cubalah kalau orang panggil tu... tengok. Ini tidak.. jalan menonooong aje!" sambil berlari menghampirinya.

Qayla menoleh ke kiri dan kanan mencari siapakah tuan empunya suara itu.

"Danish?"

"Ya, saya... Awak nak tahu tak?" ujar Danish dengan teruja.

"Mula dari hari ni saya datang awal sikit. Saya bawa motor pergi ke sekolah, jadi saya tak naik van lagi."

"Dan, berita baiknya. Saya boleh temankan awak hari-hari, kan?" begnya dicampakkan saja keatas mejanya. Dia tidak peduli.

Qayla menunduk.

"Qayla.. awak tak sihat ke? Atau awak lapar? Nak saya tolong belikan awak sarapan di kantin? Atau awak ada nak apa-apa yang lain?" panjang lebar pertanyaan Danish. Dia peduli akan Qayla. Lagipun gadis dihadapannya itu agak muram tidak seperti biasanya.

Terangkat wajahnya melihat Danish.

Sebegitu pedulinya Danish padanya. Namun Qayla berasa bahagia.

Qayla sengih. Hatinya berbunga-bunga. Bahagia selepas adanya Danish, yang menceriakan hari-harinya.

Masalahnya lesap setiap kali Danish berada di sisinya.

"Saya okay.. kenapa? Muka saya ada apa-apa ke?" sambil meraba-raba wajahnya.

"Ada.."

"Ada kemanisannya bila awak senyum.." Danish koyak sengih. Qayla terdiam tidak menjawab.

Tiada angin tiada ribut, Danish bersahaja memuji Qayla depan-depan.

Apalagi, malu Qayla dibuat.

"Qayla.. awak dengar tak?" kali ini Danish memandang tepat pada mata Qayla.

Qayla ketawa kecil. Geli hati dengan perangai Danish yang membuatkannya semakin jatuh cinta terhadap lelaki itu.

Ya, Qayla mendengar semuanya.

"Ada-ada aaje awak ni.. mesti awak ada nak sesuatu dari saya kan? Cakaplah.." Qayla jengkil mata.

"Apa-apa saja?"

Qayla mengangguk.

Danish menarik kerusi yang berada disebelah Qayla lalu duduk mendekati gadis itu.

"Kalau nak awak?" Danish mengetap bibir.

"Hah?" nampak terkedu tetapi dia cepat-cepat sengih.

Pandangan Qayla tertumpah sepenuhnya pada Danish. Tergamam lagi.

Dia tidak salah dengar, kan? Mulutnya tidak mampu melontarkan kata-kata lagi.

"Nak apa?" Qayla sekadar mahu memastikan jika dia tidak salah dengar. Ini pasti mimpi?!

Melihat reaksi Qayla. Barulah Danish berasa malu. Cepat-cepat dia menukar topik.

"Ehh.. awak kalau tak sihat, beritahu cikgu. Tapi kalau awak tak nak balik ke rumah, awak berehat saja dalam kelas. Rehat nanti saya janji untuk belikan awak makanan."

"Saya nak keluar dulu, jumpa kawan saya. Rasa tak elok pula kita berdua aje dalam kelas ni, kan? Nanti saya datang balik.." Danish berjalan keluar dari kelas lalu hilang dari pandangan Qayla.

Senyum Qayla melebar. Kata-kata Danish seakan-akan memberikan dia petanda dan harapan untuk mendapatkan lelaki itu.

Isi kepalanya tidak henti mengimbas kembali ayat yang dikatakan Danish tadi.

You're Mine?Where stories live. Discover now