BAB 13 (EDITED)

32 1 3
                                    

TUK! TUK! TUK!

PINTU rumahnya diketuk. Jantungnya berdegup laju. Bahkan tidak teratur. Ketukan pintu tadi mahu diikuti dengan salam. Tetapi mulutnya seakan-akan terkunci.

Sedang Qayla berdiri kaku dihadapan pintu rumahnya. Tiba-tiba pintu kayu itu perlahan-lahan terbuka.

Berpeluh-peluh satu badan. Anak matanya dielakkan dari memandang Nek Mah tepat. Kesemuanya terjadi oleh kerana kesilapnya sendiri.

"Tak reti nak beri salam dah ke?" sembur Nek Mah.

"A..Assalamualaikum.." tergagap-gagap Qayla menjawab. Kepala mengangguk.

"Waalaikumussalam.." jawab Nek Mah.

"Oh, reti rupanya.." Nek Mah langsung mengundur kebelakang. Memberikan laluan cucunya untuk masuk ke dalam rumah.

Tidak sampai hati mahu dimarah berlebih-lebihan. Kasihan. Cucunya baru sahaja pulang dari sekolah. Sudah semestinya ia hari yang amat memenatkan.

"Qay minta maaf, nek. Qay betul-betul tak sengaja.." gadis itu langsung tidak berganjak. Kedua tangannya menarik tangan kanan Nek Mah lalu diciumnya.

Nek Mah mengukir senyum senget. Bagaimana caranya hendak memarahi cucu bertuahnya ini lama-lama. Sungguh. Beliau tidak sanggup.

Tangan kiri Nek Mah mengusap kepala Qayla penuh kasih.

"Nenek dah maafkan.. Dah Qay jangan susah hati.." sejuk hatinya lagi-lagi apabila senyuman manis cucunya mula melebar.

"Betul ni? Nenek tak marah Qay dah?" rasa serba salah menyelubungi diri.

Nek Mah mengangguk beberapa kali. Qayla langsung memeluk neneknya erat.

"Qay sayang nenek. Sampai bila-bila.." pelukan hangat Qayla dibalas ciuman di kepalanya.

SELESAI saja dia menghabiskan Nasi Ayam yang dimasakkan oleh Nek Mah. Qayla hanya menghabiskan masanya didalam bilik untuk menyiapkan tugasan yang masih ada.

Seketika Qayla melemparkan pandangan jauh. Pen biru yang dipegangnya ditenung. Seketika dia terasa sunyi. Benar-benar kosong.

"Hm.. sekarang mesti dia sedang gembira dengan Arissa kan.."

"Dan aku? Sendiri lagi.." Qayla gelak kecil. Tergelak mengenangkan nasibnya sendiri.

Lagi-lagi apabila dia mengingati apa yang Yaya katakan.

Kejar? Masih adakah peluang yang dapat membuatkan Danish kembali padanya? Dan bagaimana caranya?

"Macam mana aku nak dapatkan dia semula..."

Tiba-tiba satu idea tidak masuk akal muncul dalam kepalanya.

"Hari jadi dia 26 Mei kan? Hari ni 18 Mei.. kalau aku beri dia hadiah tak salah kan?" cepat-cepat Qayla mencapai telefonnya lalu mencari-cari hadiah yang sesuai diberikan untuk Danish. Mujur ada pembelian atas talian, dia mahu ke bandar tetapi tiada kenderaan yang boleh membawanya.

Idea bernas!

Sekurang-kurangnya dia masih mencuba, untuk mendapatkan cinta tidak berbalasnya kembali walaupun ini kerja gila.

Kali ini biar dia rampas kembali Danish dengan cara yang Arissa lakukan.

PELAN A BERMULA!

SUASANA sekeliling kelasnya masih sepi. Suis lampu yang berada ditepi tingkap dibuka.

Meja Danish masih kosong. Agaknya masih terlalu awal.

Hari ni adalah hari yang paling ditunggu-tunggu nya. Oleh kerana itulah dia sanggup membawa beg galas bersaiz sederhana untuk memuatkan kotak hadiahnya.

You're Mine?Where stories live. Discover now