CKT 3

2.3K 106 0
                                    

Selesai sahaja solat isyak , aku terus menanggalkan telekung . Entah kenapa , badan aku penat sangat hari ni .

Aku merebahkan tubuh di atas tilam empuk . Lega bila dapat berbaring atas tilam ni . Baru sahaja hendak menutup mata telefon berbunyi tanda ada mesej masuk . Terus aku capai dan melihat siapa yang mesej . Tapi nombor tu daripada nombor yang tidak dikenali

'𝘈𝘴𝘴𝘢𝘭𝘢𝘮𝘶𝘢𝘭𝘢𝘪𝘬𝘶𝘮 , 𝘓𝘦𝘦𝘺𝘢 . 𝘈𝘬𝘶 , 𝘍𝘪𝘳𝘢𝘴' - Fir

Rasa nak je aku melompat di atas tilam ni sambil menjerit . Firas mesej aku ? Bermimpi ke dia ?

Tanpa menunggu waktu yang lama aku terus membalas mesej Firas .

'𝘞𝘢𝘢𝘭𝘢𝘪𝘬𝘶𝘮𝘶𝘴𝘴𝘢𝘭𝘢𝘮 . 𝘗𝘢𝘩𝘢𝘭 𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘴𝘦𝘫 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮-𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘯𝘪 ?' - Leeya

'𝘒𝘢𝘶 𝘣𝘶𝘴𝘺 𝘵𝘢𝘬 𝘦𝘴𝘰𝘬 ?' - Fir

'𝘌𝘯𝘵𝘢𝘩 . 𝘛𝘢𝘬 𝘱𝘢𝘴𝘵𝘪 . 𝘛𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘶 𝘭𝘢𝘨𝘪' - Leeya

'𝘌𝘭𝘰𝘬-𝘦𝘭𝘰𝘬 𝘭𝘢 . 𝘒𝘢𝘶 𝘣𝘶𝘴𝘺 𝘵𝘢𝘬 𝘦𝘴𝘰𝘬 ?' - Fir

'𝘛𝘢𝘬 . 𝘒𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 ?' - Leeya

'𝘒𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘮𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘦𝘴𝘰𝘬 . 𝘈𝘬𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳' - Fir

Arghhhhhh ! Fir ajak aku keluar ? esok ? . Dah kenapa pulak tiba-tiba nak ajak aku keluar ? . Aku terus saja setuju . Ye la takkan nak ditolak kan bila crush ajak keluar .

'Ye la' - Leeya

'Pukul 10 pagi esok aku nak kau siap . Aku malas nak tunggu lama-lama . Faham ?' - Fir

'Tau' - Leeya

Tamat saja perbualan aku dengan Firas , terus aku tutup telefon . Nak je aku cepatkan masa sampai pukul 10 pagi esok . Tapi dah kenapa Firas ajak aku keluar ni ? .

'Banyak pulak tanya kau , Leeya . Dah Fir ajak keluar tu pergi je la . Nanti tak pasal-pasal dia tarik balik ajakan dia . Menangis tepi bucu katil lah kau' desis hati aku .

Aku bingkas bangun dari katil . Keluar sahaja dari bilik aku terus mencari mama .

"Mama ! Mama !" aku terpekik-pekik memanggil mama .

"Ruang tamu sini . Tak baik la menjerit tengah malam ni" mama membebel sambil tangannya mencubit manja lenganku .

"Mama , Fir ajak kakak keluar pagi esok" aku memaklumkan pada mama tentang ajakan Fir tadi .

"Iye ? . Lepastu , kakak keluar je la . Ingat bila keluar dengan anak teruna orang , jaga batas . Ikhtilat semua kena jaga . Jaga maruah keluarga"

"Ye ma , tahu"

Selesai saja memberitahu mama . Aku terus melangkahkan kaki ke bilik air untuk mencuci muka .

Selesai saja mencuci muka , aku terus baringkan badan ke atas tilam . Berdebar pula rasanya . Tak perlu menunggu waktu yang lama , akhirnya aku lena dibuai mimpi .

***

Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat subuh . Terus aku bangun menuju ke bilik mandi . Selesai saja menyuci kan diri aku terus mencapai kain telekung untuk menunaikan fardhu subuh .

Usai sahaja menunaikan perintah allah itu , aku berbaring sebentar di atas tilam . Aku kerling jam , baru pukul 6:30 pagi . Nak tunggu pukul 10 lambat lagi .

Aku terdengar pintu bilik dibuka , aku terus angkat kepala untuk melihat siapa .

"Kakak mama suruh solat subuh" Tiara berkata sambil kaki melangkah masuk ke dalam bilik aku .

"Dah , baru je habis . Adik dah solat belum ?"

"Dah . Awal gila kakak bangun harini ?"

"Suka hati la . Sibuk je" aku buat muka masam tanda tidak suka dengan soalan Tiara

***

Jam sudah pun menunjukkan pukul 9:30 pagi . Tanpa berlengah , aku terus berjalan untuk ke bilik air . Kejap lagi kalau lambat-lambat aku pulak kena marah .

Aku keluar dari bilik air ketika sudah selesai mandi . Aku menuju ke almari pakaian untuk melihat pakaian yang sesuai . Aku pakai simple saja . Baju Jersi , seluar slack hitam dan tudung shawl putih .

"Amboii , lawa-lawa ni nak pergi mana ?" Tiara masuk tanpa mengetuk pintu dahulu . Aihh kalau aku ada sakit jantung mungkin dah bertemu sang pencipta tadi .

"Kau ni dik . Ketuk dulu tak boleh ? . Main masuk je" Tiara buat muka selamba tanpa menghiraukan kata-kata aku

"Kau nak keluar pergi mana kak ? . Dengan siapa kau nak keluar ?"

"Firas" aku menjawab dengan acuh tak acuh . Tiara ni tak boleh dilayan sangat nanti banyak pula soalan yang nak ditanya .

"Ouh , patutla . Firas dah ada dekat bawah" . Membulat mata aku mendengar kata-kata Tiara . Tiara tak main-main kan ? . Awal nya mamat tu sampai . Aku capai iphone 12 pro max , laju menekan skrin telefon untuk melihat jam . Patutla sampai awal , dah pukul sepuluh lima minit .

Aku sembur minyak wangi . Terus turun menemui Firas .

"Sorry Fir . Aku terlambat" ayat tu je aku mampu keluarkan . Takut lebih-lebih nanti , risau gunung berapi bakal meletup .

"Kau lambat lima minit tau tak ?" tona suara Fir agak meninggi tanda dia marah kan aku .

"Ye tahu . Sorry la aku tak sengaja . Tak perasan dah lambat"

"Dah jom , berjanggut aku tunggu kau" . Aku hanya mengikut Firas dari belakang menuju ke kereta .

Masuk sahaja ke dalam perut kereta . Firas menyalakan enjin kereta dan pecut meninggalkan halaman rumah aku . Suasana senyap seketika .

"Kita nak pergi mana ni ?" aku bertanya untuk menghilangkan rasa sunyi di dalam kereta .

"Beli handbag"

"Untuk Cik Ros ?" setahu aku hari lahir Cik Ros dah lepas . Aku sendiri yang pergi kerumah Cik Ros untuk menyambut hari lahir dia . Tapi tak la semeriah orang muda sekarang . Hanya sambut dengan bacaan doa selamat dan makan-makan sahaja .

"Untuk Aleesya". Dengar sahaja nama Aleesya aku hanya mampu diam . 'Kenapa la aku boleh setuju nak teman kau . Bodohnya kau ni Leeya , tak tanya dulu . Kalau aku tahu tak teringin aku nak teman kau' aku memaki hamun diri sendiri . Aku hanya mampu menangis di dalam hati . Andai aku yang berada di tempat Aleesya , betapa bertuahnya aku .

Tanpa aku sedar , setitis air mata sudah jatuh ke pipi .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now