CKT 32

944 42 0
                                    

Jam menunjukkan pukul dua belas setengah malam. Aku tersedar bila tekak mula terasa haus. Aku keluar dan kaki menyusun langkah menuruni anak tangga

Sebaik sahaja sampai di anak tangga terakhir. Aku nampak pintu rumah terbuka. Dada aku sudah mula berdebar. Perlahan-lahan aku berjalan seperti langkah seorang pencuri lagaknya

Aku mencapai kayu hoki yang berada di tepi pintu. Aku mengintai sedikit untuk melihat siapa di luar

Aku menarik nafas lega bila melihat seseorang yang cukup aku kenali. Ayah sedang berada di luar. Aku simpan semula kayu hoki itu dan berjalan mendekati ayah yang sedang duduk di kerusi batu itu

"Assalamualaikum. Ayah buat apa dekat luar malam-malam macam ni?" Aku bertanya apabila muncul di hadapan ayah

"Saja duduk luar ni. Ambil angin malam-malam buat macam ni. Leeya buat apa tak tidur lagi?"

"Leeya dah tidur tadi. Tapi terbangun pula sebab rasa dahaga. Nak pergi dapur nampak pintu ni terbuka. Tu yang Leeya keluar ingatkan pencuri tadi. Mujur Leeya tengok dulu, kalau tidak Leeya pukul dengan kayu hoki dah tadi"

Ayah hanya tersenyum mendengar kata-kata aku. Sementa aku pula hanya memandang seraut wajah ayah mertua aku itu

"Leeya, ayah minta maaf ya. Ayah tak sengaja nak tampar Leeya" Kata-kata itu pula yang keluar dari mulut ayah

"Eh tak apa. Lagipun Leeya yang tiba-tiba berdiri depan ayah" Aku cuba untuk menghilangkan rasa serba salah ayah mertua aku itu

Lama aku tenung muka Tuan Megat Mikael itu. Aku cuba mencari maksud dari seraut wajah itu

"Ayah pun tak tahu apa sebenarnya yang ayah tak puas hati dengan dia" Aku angkat muka semula. Rasa tertarik dengan kata-kata ayah itu

"Fir memang anak yang baik. Tak pernah sekali pun dia lupa tanggungjawab dia sebagai seorang anak pada ayah dan umi dia. Tapi ayah pula selalu cari salah dia. Ayah buat dia macam tak wujud. Ayah layan dia macam bukan seorang anak. Ayah buat dia macam orang asing" Ayah berkata panjang lebar. Air matanya sudah mula bertakung

"Macam yang Leeya cakap pada ayah dulu. Dia mesti rindu pada ayah. Sakit sangat bila kita ada ayah tapi ayah kita macam tak wujud. Leeya pernah rasa benda tu"

Ayah mengeluh panjang seumpama melepaskan beban yang sangat besar berada di kepala nya kini

"Ayah, takkan la ayah sanggup nak buat dekat anak sulung ayah macam ni. Selama ni dia hidup seumpama hanya ada seorang ibu. Sekejap sangat dia dapat rasa kasih sayang dari ayah dulu. Leeya bukan nak takutkan ayah, bukan juga nak buat sakitkan hati ayah tapi ajal kita tak tahu bila. Andai kata suatu hari nanti Allah ambil Firas dulu daripada kita. Masa tu nak menyesal tiada guna dah ayah" Aku bercakap dengan lemah lembut. Kalau terlalu menekan nanti dikata pula aku ni kurang ajar

Ayah memandang lama wajah aku. Dia menyeka air mata yang berada di pipi. Aku hanya mampu tersenyum hiba

Puan Rosnah yang berdiri dari tadi apabila tersedar suami nya tiada disebelah. Dia hanya mampu menangis hiba di sebalik pintu itu. Aleeya bersungguh ingin baikkan hubungan suami dan anaknya. Dia juga tidak sanggup melihat Firas asyik beralah. Dia berada di tengah-tengah perbalahan tersebut tidak tahu hendak berpihak pada siapa

Puan Rosnah buntu. Jika ditelan mati emak diluah mati bapa, perumpamaan itu sudah mengena pada dirinya

***

Aku menangis teresak-esak disitu. Sudah genap sebulan arwah mama dan Tiara pergi meninggalkan aku. Aku mengusap perlahan batu nisan itu

"Rindu ni tak akan ada kesudahan" Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang menegur dari arah belakang. Aku pusingkan kepala untuk melihat siapa gerangan tersebut

CINTA KEKASIH TERAGUNG Där berättelser lever. Upptäck nu