CKT 41

540 31 1
                                    

"Ingat dah lupa jalan balik rumah" Theo berkata dengan sinis tanpa memandang ke wajah Aleesya. Sudah beberapa bulan Aleesya tidak pulang ke rumah. Tiba-tiba saja dia muncul dengan wajah yang bengis. Ini paling tidak bergaduh dengan Hans ataupun serabut sudah kehabisan wang. Macam mana wangnya itu tidak kerap habis, duit dia diguna untuk berjoli bukannya diguna untuk membeli barang keperluan

"You ni bising lah Theo. I balik pun salah ke? Rumah mak bapak I juga kan" Aleesya membalas dengan kasar. Asal bertentang mata sahaja, mereka pasti akan bertengkar. Tak ubah seperti anjing dan kucing

"You kalau balik mesti sebab duit you dah habis kan. Kalau tidak mana ada you nak balik Lees" Theo sudah terbiasa dengan perangai Aleesya itu. Cuma terkadang dia juga hangin dengan perangai Aleesya

Aleesya yang sedang bermain telefon itu Theo tenung lama

"Ke you ada benda nak buat..." Terus laju Aleesya palingkan wajah menghadap Theo

Kening Aleesya mula bertaut

"Apa maksud you ni? Tak baik tau bersangka buruk. Berdosa"

Theo mengangkat kedua-dua kening pada Aleesya. Sejak bila adiknya itu pandai berbicara tentang agama begitu

"Alhamdulillah. Insaf dah you Lees. Kelas agama mana you pergi?" Theo meraup kedua belah tangannya ke muka

"Bisinglah you ni. Diam lah. I nak rehat" Tidak hiraukan Theo yang sibuk menganjing itu. Terus Aleesya hayun kaki masuk ke bilik

Malas nak layan abangnya yang perangai seperti orang gila. Tangan baru sahaja memegang tombol pintu, tiba-tiba dia disapa

"Dari mana Lees? Mommy ingat you dah lupa jalan balik rumah. 3 bulan lebih dah you keluar tak balik-balik" Puan Emelda yang tika itu baru selesai menunaikan solat fardu zuhur, keluar dari bilik solat apabila dia terdengar suara Theo sedang berborak dengan seseorang. Hendak dikatakan dia sedang berborak dengan Tuan Al-Haj, suaminya itu masih di padang golf pada waktu begini

"Asal dengan korang semua ni hah? I balik pun nak bising ke. I balik pun kira cukup baik tau tak" Setiap kali dia bertemu dengan ibu tirinya, pasti dia akan angin satu badan. Dia langsung tidak pernah bercakap baik-baik, walaupun wanita itulah yang sudah jaga dia dari kecil

"Sudahlah tu Lees. Taubat sayang"

Puan Emelda menggosok perlahan bahu anak perempuan nya. Aleesya Humaira sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri. Cuma dia sudah salah mendidik. Hendak menyesal pun tiada gunanya lagi. Aleesya sudah makin keras kepala

Aleesya menepis kasar tangan ibunya

"Mommy pun dulu macam ni juga kan? Kalau tak dulu tak ada lah sampai you mengandungkan anak luar nikah kan? Ni sejak bila pula you pandai solat? Siap bertelekung bagai" Aleesya menjentik perlahan kain telekung yang dipakai ibunya

"Astaghfirullahhalazim. Sudahlah Leesya. Kita sama-sama balik pada allah ye nak. Dia rindu pada kita. Kita dah jauh sangat dari dia" Pipi Aleesya dielus lembut. Setitis air mutiara Puan Emelda jatuh dari pipi

"Malaslah I nak layan you. Penatlah" Aleesya pulas tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik. Puan Emelda dia tinggalkan begitu sahaja

'Maafkan saya Maz. Saya gagal didik anak awak dengan baik selama ni. Ampunkan saya Maz'

Hati Puan Emelda merintih sayu. Sungguh dia menyesal atas perbuatannya dulu. Andai dapat dia putarkan masa, dia mahu mendidik Aleesya sebaik mungkin. Tapi apakan daya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dia yang selalu tunjuk sikap yang tidak baik pada Aleesya dan akibatnya Aleesya sudah jauh tersasar

***

"Abang nak bawa Leeya kemana ni? Mengantuk dah mata Lee ni" Entah yang keberapa kali sudah aku menguap. Petang begini eloknya tidur je

"Sabar ye cutie pie. Nak sampai dah ni"

Entah berapa kali dia cakap nak sampai. Tapi dari tadi lagi tak sampai-sampai. Badan aku pun dah terasa kebas

Kereta yang dipandu oleh Firas berhenti di tepi pantai. Wajah aku sudah jelas tersenyum riang

My favourite place. Lamanya tak datang. Last datang sini masa zaman bujang tretengteng. Sekarang ni dah nak jadi mak orang dah. Rindunya ya allah

Maskot mickey mouse yang sedang memegang belon dapat menarik minat aku. Firas yang baru sahaja turun dari kereta itu aku biarkan disitu

Aku berlari anak mendapatkan maskot mickey mouse itu. Aku sudah tidak pedulikan orang-orang yang sedang memandang aku

"YA ALLAH SAYANG! TUNGGU ABANG DULU" Belum sempat dia mengunci pintu kereta, kaki sudah berlari laju mendapatkan Aleeya

"Encik mickey! Encik mickey! Saya nak belon warna pink"

Maskot mickey mouse itu menghentikan kaki dan berpaling memandang aku. Dengan nafas tercungap-cungap aku berhenti di hadapan maskot

"Saya nak belon tu dengan gula-gula kapas" Aku menunjukkan jari ke arah belon yang dipegang. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menghulurkan barang yang aku pinta

"Nah. Jangan lari-lari lagi ya. Puan sedang mengandung. Bye"

"Eh tunggu la kejap. Saya nak ambil gambar dengan awak boleh?"

Perlahan-lahan dia menundukkan kepala. Terus aku berdiri di samping maskot itu. Mata aku masih melilau mencari mangsa untuk menjadi photographer percuma. Aku ternampak figura lelaki yang sangat aku kenali. Aku memanggil lelaki itu. Perlahan-lahan lelaki itu datang menghampiri

"Tolong ambilkan gambar kami berdua" Telefon aku hulurkan pada lelaki di hadapan aku itu. Dengan wajah yang pasrah dia menyambut huluran aku

Selesai mengambil gambar, aku mengambil kembali telefon yang berada di tangan Firas. Maskot itu pula melambaikan tangan dan segera beredar dari tempat itu

"Wow lawanya abang ambilkan gambar. Leeya suka lah" Aku meneliti setiap gambar yang berada di dalam galeri

Sedang aku ralit melihat gambar-gambar itu, secara tiba-tiba sahaja Firas merampas gula-gula kapas yang berada di dalam genggaman aku

"Ala abang. Kenapa ambil yang Leeya punya. Pergilah minta dengan maskot tu tadi. Hishh!" Gula-gula tadi aku rampas semula. Namun dirampas semula oleh Firas. Wajah Firas aku tenung lama. Apa yang laki aku ni tak puas hati sangat

"Abang ni dah kenapa? Ini Leeya punya la" Firas meninggikan gula-gula yang berada di tangannya. Aku menjinjitkan kaki supaya berada sama tinggi dengan Firas. Tapi tetap juga pendek

"Sayang mengandung. Benda ni manis sangat. Kalau sayang nak boleh, tapi sayang kena makan sikittt je. Biar abang suap"

"Leeya tahu la nak makan sikit macam mana" Aku duduk di kerusi batu yang berada di bawah pokok

"Takde takde. Kalau sayang makan memang takkan ada sikitnya. Makan sekadar buat ghaso-ghaso jah deh" Ketawa aku hampir meletus mendengar Firas berbicara dalam loghat Kelantan

"Ho la. Kawe makey sikit jah nyohh"

Firas buka plastik gula-gula tersebut. Gula-gula kapas disuakan kepada aku. Dengan polos aku mengeman gula-gula kapas itu

Dengan perlahan dia ukir senyum sinis melihat kedua pasangan suami isteri itu

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now