CKT 27

1.8K 52 1
                                    

Sudah dua hari masa berlalu. Firas pula masih tidak bercakap dengan aku. Kalau bercakap pun cuma dengan Mak Do sahaja. Nampak je aku terus dia masuk bilik

Semua hanya gara-gara aku dan dia terserempak dengan Adib di tengah jalan dua hari lepas sewaktu kami berjalan hendak mengambil angin

[Flashback]

"Fir, jom kita jalan-jalan dekat kampung ni nak tak? Dah lama Leeya tak ambil angin kampung"

"Jalan-jalan ke mana?"

"Kita pergi sawah. Situ best. Angin sepoi-sepoi je" Tidak berkata apa, Firas bingkas bangun dan keluar dari bilik. Aku menyarungkan tudung sarung terlebih dahulu

"Nok gi mano Leeya?" Mak Do laju bertanya sebaik sahaja ternampak kelibat aku dan Firas keluar dari rumah

"Nok gi derak meta"

Kami berjalan seiringan. Banyak perkara Firas bertanya pada aku

"Fir tak pernah balik kampung?"

"Tak. Kalau nak balik pun nenek dengan atuk jauh sangat"

"Diorang duduk dekat mana?"

"California" Mak aihh. Bukan kaleng-kaleng atuk Firas ni. Duduk dekat oversea

"Diorang tak balik sini?"

"Pernah. Tapi tak selalu"

Sampai sahaja di sawah padi, aku tarik nafas puas-puas. Segarnya udara. Bestnya kalau dapat duduk kampung. Nak tinggal sini pun, Firas masih lagi ada kerja di bandar

Aku masih ingat lagi, di sawah padi ini lah aku ikut arwah atuk tangkap belut. Menggelupur aku bila belut tu bermain di kaki. Tiara pula menangis bila tak dapat seekor pun. Sekarang, arwah atuk pun dah tak ada. Aku dan Tiara pula sudah berganjak dewasa

Dan disini juga lah tempat aku berkenalam dengan Adib. Semenjak kenal dengan dia, hidup aku gembira. Sehinggalah peristiwa hitam itu berlaku. Tapi allah masih lagi pelihara kehormatan aku. Sejak peristiwa itu mama bawa aku dan Tiara berpindah ke bandar. Dan Firas pula menjadi sahabat aku

"Fikirkan apa?" Terus lesap segala lamunan aku tadi sebaik sahaja Firas bersuara

"Teringatkan arwah atuk. Dulu, Leeya selalu ikut atuk datang sawah ni tangkap belut. Masa tu indah sangat. Tapi tak lama lepas tu Leeya dah pindah pergi bandar"

"Kenapa?"

"Semua sebab Adib. Kalau dia tak cuba nak buat perkara tak baik pada Leeya. Mesti Leeya masih lagi disini"

"Dan mungkin kita tak pernah rapat" Mata kami bertaut. Aku mengamati wajah itu. Masih lagi tidak sangka yang aku berkahwin dengan crush sendiri. Firas hanya tersenyum nipis

"Kita kan memang dah kawan dah masatu?"

"Memang la. Tapi kita takkan rapat macam kita sebelum kahwin dulu. Understand cutie pie?"

Sewaktu tengah bergurau senda. Kami disapa seseorang

"Hai Leeya. Lama tak jumpa you. You sihat?" Aku memandang Firas. Aku berkira-kira sama ada hendak menjawab ataupun tidak pertanyaan itu

"Kami sihat je. Leeya mesti bertambah sihat sekarang. Ye la dah jadi isteri kan. Mesti bahagia" Aku tidak sangka itu yang keluar dari mulut Firas. Wajah Adib pula serta-merta berubah

"You dah kahwin?" Apa punya soalan da. Dah Firas kata jadi isteri tu maknanya dah kahwin la. Apa slow bin bengap sangat ni

"Dah. Ni orang sebelah ni la husband I" Firas hanya tersenyum. Senyuman yang mampu memanaskan hati lelaki yang berada di hadapan kami sekarang ni

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now