CKT 37

805 40 0
                                    

Mesej yang dihantar kesekian kalinya dari orang yang tidak dikenali itu aku baca berulang kali. Entah apa la yang mereka itu tidak puas hati dengan aku

Nak dikatakan aku ni kaya, tidak. Nak kata aku cantik pun, tidak. Kalau tak puas hati sebab hidup aku bahagia mungkin la. Eh eh tiberr!

"Siapa mesej sayang?" Aku angkat muka. Laju aku tutup kembali skrin telefon

"Ni ha Iris. Dia ajak keluar petang esok. Boleh bang?" Aku mencipta alasan. Ini kalau Iris tak keluar esok, habis aku. Mesti kena goreng punya dengan Firas ni

"Okey. Esok abang hantar sayang" Aku anggukkan kepala. Setelah kelibat Firas hilang dari pandangan. Aku nyalakan kembali skrin telefon. Aplikasi whatsapp aku tekan

𝘙𝘪𝘴, 𝘦𝘴𝘰𝘬 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘫𝘰𝘮 - Leeya

Setelah lama aku menunggu. Akhirnya mesej aku itu berbalas

𝘒𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘬𝘦 𝘮𝘢𝘯𝘢 ? - Iris

𝘊𝘢𝘧𝘦 𝘣𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘭𝘢. 𝘐 𝘸𝘢𝘯𝘯𝘢 𝘵𝘦𝘭𝘭 𝘺𝘰𝘶 𝘴𝘰𝘮𝘦𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘭𝘢. 𝘊𝘢𝘯 𝘢𝘢? - Leeya

𝘠𝘢 𝘭𝘢. 𝘔𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘣𝘪𝘢𝘴𝘢, 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘢𝘴𝘢𝘳 - Iris

Setelah mendapat kata putus dari Iris. Aku terus matikan telefon. Mungkin bila aku beritahu Iris perkara ni boleh berkurang sedikit rasa gelisah aku

Firas aku masih tidak beritahu lagi. Biar la sekadar aku sahaja yang tahu perkara ni. Sampai masanya nanti, barulah aku ceritakan pada dia perihal perkara ini

***

Masing-masing menyepi. Aku dan Iris seperti tikut melihat besi. Aku pandang kau. Kau pandang aku

Aku tongtkatkan kepala dengan tangan di atas meja. Aku buntu tidak tahu hendak mula daripada mana

"Oii. Cepatla nak bagitahu apa benda?" Iris tolak siku aku sehinggakan aku mencium meja di situ. Ada yang terberanak dekat sini karang

"Aduhh, sakit kau tau tak" Aku menggosok batang hidung. Kalau kuat sangat tadi boleh patah batang hidung aku ni lah

"Cepat bagitahu aku" Tanpa mengendahkan aku yang kesakitan, Iris terus-menerus menggesa aku

"Camni. Kau tahu tak sebenarnya kan aku tak plan pun nak jumpa kau. Tapi benda ni jadi last minit kau tahu"

"Lepastu?" Iris menumpukan sepenuhnya perhatian pada aku. Aku tarik nafas sebelum aku hulurkan telefon aku itu pada dia

Iris sudah mula membaca. Sesekali matanya terbuka luas bila membaca mesej tersebut

"Kau dah beritahu Fir?" Aku gelengkan kepala. Dan akhirnya bahu aku menjadi mangsa tamparan Iris

Dan sekali lagi aku mengaduh kesakitan. Aku menggosok laju bahu aku itu

"Iris Erina! Sakitlah. Boleh lebam bahu aku ni kalau kau asyik tampar je tahu tak" Aku menjeling tajam ke arah Iris

"Sakit lagi hati aku bila tengok kau geleng kepala tadi tahu. Apasal tak bagitahu dia? Benda macam ni tak boleh buat main. Kandungan kau tu pun bahaya juga kau tahu tak. Kau nak ke kalau terjadi apa-apa dekat anak yang kau kandung tu?" Panjang lebar Iris menasihati aku

Aku pula hanya mampu termenung seraya menggosok perut aku itu. Sesekali aku tunduk juga ke bawah. Perut aku yang sudah mula kelihatan aku tenung lama

Aku tidak mahu terjadi apa-apa pada anak aku. Siapa yang tak sayang anak. Kalau nyawa aku terancam, bermakna anak aku juga turut dalam bahaya

CINTA KEKASIH TERAGUNG Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt