CKT 8

2.2K 100 0
                                    

Aku bergegas masuk ke pejabat . Harini aku terlewat ke tempat kerja . Ni semua sebab sibuk layan perasaan jiwang dalam bilik sebelum tidur semalam . Aduh , mampus la aku kena dengan bos nanti .

"Weh Iris , bos ada ke ?" aku bertanya sebaik sahaja sampai di tempat meja aku .

"Tak ada , bos tak masuk lagi . Selamat kau harini tau tak"

Aku melepaskan nafas lega . Nasib aku baik harini . Kalau tidak mahu aku kena bebel dengan dia nanti . Lelaki tapi perangai macam perempuan , cerewet betul .

"Kau kenapa lambat harini , Lee ?" Rid datang menegur aku .

"Aku terlajak tidur . Lepastu , mama aku yang hantarkan sebab kereta aku rosak . Ada dekat parking bawah ni . Aku tinggal dekat sini semalam" aku menerangkan panjang lebar .

"Nurul Aleeya Batriesyia, awak masuk bilik saya . Now !" . Tiba-tiba saja bos datang . Tapi asal dia nampak macam marah semacam je ? . Dia tahu aku datang lambat ke ?

"Pergi la . Bos dah panggil tu"

Aku bingkas bangun dan melangkahkan kaki untuk ke bilik bos . Sebelum masuk aku ketuk pintu dahulu . Kang kalau main terobos masuk je , tak pasal-pasal aku kena pecat .

"Ada apa bos ?" aku bertanya sebaik saja sudah sampai dihadapan meja yang menempatkan majikan aku itu .

"why are you late ? . Don't remember that I didn't see you in the lobby earlier . I ask you, why ?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut bos aku . Lelaki yang bernama Raja Nazrin Afwan ni anginnya tak kena tempat . Kadang kalau ada masalah dekat luar dia bawak sampai ke dalam pejabat .

"I'm sorry, bos . Saya terlajak tidur pagi tadi . Kereta pula buat hal" aku mencari alasan .

"I don't care . That's your problem" .

'Memang la masalah saya . Sebab yang mengalami nya saya . Bos tu je yang nak marah lebih-lebih . Kalau aku baling fail ni , biru pulak dahi . Tapi aku pula yang kena potong gaji nanti' . Aku hanya mampu membebel di dalam hati . Risau kalau aku kata depan dia , pergi pecatnya aku betul-betul . Tak ke merana aku nanti .

"I don't want the same thing happened again. If you come in late again, I will not hesitate to fire you . Understand , Leeya ?"

"Yes boss . Forgive me . I promise the same thing will not happen again" aku memohon maaf sekali lagi . Habis saja , aku terus keluar dari bilik bos . Sampai di meja aku menghempaskan buku ke atas meja . Terkejut semua orang dalam pejabat tu aku kerjakan .

"Weh Leeya . Kau dah kenape angin semacam ni ? . Bos cakap ape ?"

"Bos marah aku . Dia bagi amaran kalau aku datang lambat sekali lagi I will be fired" aku menjelaskan kepada Iris . Rid hanya menjadi pendengar . Kalau dia bercakap nak panaskan gunung berapi yang tengah marak sekarang ni , memang kena la nanti .

Aku memegang dahi sambil mengurut sedikit . Semua salah aku , kalau aku tak terlajak tidur tadi mesti dah tak lambat . Tu la sibuk sangat fikirkan pasal Firas semalam . Kononnya nak 'gamon' . Last-last diri sendiri kena marah dengan bos .

***

Tengahari itu aku hanya memesan air coconut shake sahaja . Perut tak ada selera nak makan . Jangan kata makan , tengok menu pun dah tak berselera . Selalunya aku lah yang paling bersemangat sekali bila masuk waktu makan .

"Weh Lee . Kau dah kenapa ni ? Cuba share dengan kitaorang . Mana tahu aku dengan Iris boleh tolong kau ke ?" Rid bersuara setelah lama mendiamkan diri memerhatikan aku yang senyap sedari tadi .

"Entah nya . Kau senyap macam ni macam mana kita orang nak tahu masalah kau Lee ?"

"Semalam , kereta aku kan rosak . Lepastu Fir datang , ajak aku balik dengan dia . Aku pun setuju je la . Sampai je dekat kereta , aku nampak Aleesya ada sekali . Aku terus patah balik" . Aku menceritakan dari a sampai z apa yang membuatkan aku hilang mood .

"Lah ? pasal tu je ? . Lee, kumbang bukan seekor . Ramai je lelaki yang lagi kacak dari dia" Iris sudah mula membuka muqaddimah .

"Tapi tak sama macam dia" aku berkata dalam nada sedih . Selepas saja aku mengalami peristiwa hitam 3 tahun dahulu , aku sudah tidak percayakan lelaki lain selain Firas dan Ridhauddin .

"Macam mana kau boleh tergilakan dia , Lee ? . Kau ni dah macam keluar mulut buaya masuk mulut naga . Kalau naga tasik chini masih boleh dimaafkan lagi , tapi kalau naga dari negara Barat . Naga dalam cerita Merlin dari kerajaan Camelot ! Sekali dia kebarkan kepak semburkan api , habis kau togel hangus . Bulu roma pun segan nak tumbuh semula tau" . Aku geli hati mendengar ayat Rid . Dia ni kalau bab mengata mengalahkan perempuan .

"I waited for him for 6 years. Not in a short time tau"

"Cuba la dulu lupakan dia . Kau bukan nya tak lawa Lee . Tapi mata hati kau tu dah tertutup hanya dengan nama Muhammad Firas Bin Megat Mikael . Sedangkan kau tahu kau tak mampu nak dapatkan dia" . Widihhh ayat mamat ni boleh buat orang sentap oo .

"Habis tu , aku nak suka dekat siapa ? Kau ? . Memang tidak ler"

"Eh apa pulak aku . Aku dah ada tunang okey . Setia pada yang satu . Taknak jadi macam abang tesla tu" sempat lagi nak tambah pasal abang tesla kahwin dua tu .

Aku diam seketika sambil mencerna kata-kata Rid dan Iris . Dalam hati aku mengiyakan juga kata-kata mereka . Aku je yang tak nak mencuba lupakan dia .

Kalau aku tak kenal Fir mungkin aku takkan sesakit ni . Mungkin aku takkan seberharap sekarang ni . Arghhh serabut nya bila fikirkan perkara macam ni . Sudahnya aku diam tanpa menghiraukan dua manusia di hadapan aku .

***

Aku terus ke parking kereta yang menempatkan kereta aku . Firas ada maklumkan pada aku tadi yang kereta aku sudah siap dibaiki . Semua nya dia yang bayarkan , rasa terhutang budi pula aku pada dia .

Sesampai saja aku di kereta , aku nampak Firas ada sekali . Kenapa pulak mamat ni ada sekali ? Takkan nak minta hutang pada aku pulak ?

"Nah . Kunci kereta kau" Firas menghulurkan kunci kereta milik aku . 'Ha tu la berangan sangat , padahal dia nak bagi kunci kereta kau je' aku menyinis diri sendiri .

"Jom la aku belanja makan . Tanda terima kasih kau dah tolong aku" aku mempelawa Firas .

"Tak pe la . Aku dah lambat ni . Nak pergi jumpa Aleesya pulak" . Mendengar sahaja sebaris nama itu , aku terus senyum hambar . 'Dia nak teman Aleesya je bukannya nak teman kau Leeya . Kau siapa pada dia ?'

"Okey bye , thanks" aku mengucapkan terima kasih sebelum masuk kedalam kereta . Kereta Firas telah memecut laju .

Aku hanya diam . Air mata telah jatuh setitis demi setitis . Dalam diam ada satu hati memohon maaf kerana telah menolak pelawaan aku .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now