CKT 16

2.8K 92 2
                                    

Malam itu selepas selesai menunaikan solat isyak , aku terus berlalu ke meja kerja . Aku menghias bekas coklat itu dengan sedikit reben . Aku letakkan sekeping kad ucapan pada Firas .

Habis saja memerah otak menghias coklat tu . Aku terus rebahkan badan ke atas tilam . Leganya dapat baring atas tilam ni . Mata aku hampir saja terpejam , tapi aku dapat tangkap suara mama sedang berborak . Takkan la Tiara dah balik , minggu lepas baru je dia masuk ke Universiti .

Aku capai tudung sarung yang tersangkut di belakang pintu . Nanti tak manis tetamu di bawah aku pula di dalam bilik . Aku turun ke bawah . Sampai saja di bawah muka aku terus berubah cuak . Kalau ini lah tetamu nya , baik aku pura-pura tidur .

Aku melabuhkan punggung di tepi mama . Firas pula sedang menghadiahkan senyuman sinis pada aku . Jangan cakap yang dia datang nak bagi tau pasal aku dan Adib siang tadi . Taknak berlama-lama disitu aku buat keputusan untuk duduk di luar rumah . Rasanya boleh kurangkan hati yang sedang berdebar ni .

"Mama kakanak duduk dekat luar kejap . Nak ambil angin malam . Cik Ros borak lah dulu ye dengan mama" . Aku meminta izin . Mama dan Cik Ros hanya tersenyum manis pada aku . Aku pula memandang Firas , aku hanya menjeling . Kalau difikirkan dia tak ada buat salah pun dengan aku . Tapi apasal pulak aku nak sakit hati dengan dia ? .

Aku duduk di gazebo yang berada di tepi rumah . Rasa tenang sangat malam ni . Perlahan-lahan angin malam mengena muka aku .Tiba-tiba saja otak aku mengimbas kejadian yang terjadi kepada aku beberapa bulan lalu . Kejadian yang tak pernah aku terfikir yang aku akan mengalaminya . Kejadian itu juga yang membuatkan aku melarikan diri ke Newyork .

Air mata sudah mengalir laju ke pipi . Ni aku malas ni , kalau duduk sorang macam ni la jadinya . Asyik nak menangis je .

"Kenapa kau nangis ?" . Aku angkat muka , Firas datang menghulurkan sehelai tisu pada aku . Aku hanya menjeling .

"Pergi lah masuk" . Aku menyeka air mata yang berbaki di pipi . Buat malu je kalau Firas nampak aku menangis .

"Kenapa kau menangis ni ? Adib buat hal ke ?" . Laju aku palingkan muka menghadap Firas . Aku senyum sinis .

"Kenapa kau muncul balik lepas kau cakap kau benci tengok muka aku dulu ? Sebab nak sakitkan hati aku dengan hubungan kau dan Aleesya ?" . Terus aku bertanya tanpa berselindung . Air mata sudah mula bertakung . Firas menarik nafas panjang .

"Kenapa Fir ? Cakap lah !" Aku menolak bahu Firas dengan kasar . Aku sudah mula beremosi . Dia ni asal orang tanya je diam . Macam mana aku tak geram .

"Fine ! Aku datang balik sebab aku nak tebus silap aku . Aku sedar aku buat salah . That's why I'm comeback" Firas memegang bahu aku dengan erat . Aku hanya diam . Anak mata Firas tajam memandang anak mata aku .

"Kenapa waktu aku dah nak bahagia kau datang ? Kenapa kena seksa hati aku macam ni ? Kau dah bahagia kan ?"

Firas hanya diam . Dia berlalu duduk di gazebo . Dada aku sudah berombak menahan marah . Aku masih lagi menunggu jawapan dari Firas . Firas hanya mengeluh panjang . Susah ke soalan yang aku tanyakan ni ?

"Jawab lah Fir" . Aku terus memaksa Fir . Aku takkan diam selagi aku tak dapat jawapan dia .

"I have no answer for that" . Giliran aku pula mengeluh panjang . Terus aku ambil tempat duduk di sebelahnya . Aku hanya termenung dengan air mata yang masih berbekas . Aku cuba tenangkan hati .

"Kau memang dah betul dengan Adib ?" . Aku hanya ketawa sinis . Kenapa sibuk nak ambil tahu ? .

"None of you business" .

Firas memandang aku dengan senyum sinis . Apa pulak la yang mamat ni fikir . Firas mendekatkan mulutnya ke telinga aku .

"Cik Maz tahu ?" Berdiri bulu roma aku . Aku hanya senyap . Firas lantas bangun untuk ke dalam rumah . Aku pantas menarik lengan Firas .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now