CKT 31

1.1K 44 0
                                    

Aku sedang mengemas barang-barang untuk discaj. Firas pula pergi ke kaunter untuk membayar bil hospital. Sementara menunggu Firas aku sempat melihat instagram di telefon. Sedang ralit melihat instagram itu, tiba-tiba sahaja keluar gambar Aleesya. Aku ada follow dia ke ek? Dan yang lebih mengejutkan lagi gambar itu menunjukkan dia bersama lelaki

Aku sangat kenal lelaki tersebut. Hans Xivander. Mereka ada hubungan ke?

Hans Xivander lelaki non muslim yang pernah ada hubungan dengan aku. Pada umur aku 15 tahun aku sudah bercinta dengan dia. Sehinggakan aku sanggup tanggalkan tudung hanya semata-mata untuk bersama dengan dia

Wajarlah kalau dia sudah jatuh cinta dengan Aleesya. Perwatakan Aleesya sememangnya akan menarik perhatian dia untuk terus bersama wanita itu

Tapi persoalan yang penting sekarang ni, takkan lah dia sudah datang ke Malaysia? Dia memang betul-betul tunaikan janji dia untuk pulang ke Malaysia semula

𝘐 𝘮𝘢𝘬𝘦 𝘴𝘶𝘳𝘦 𝘺𝘰𝘶 𝘸𝘰𝘯'𝘵 𝘧𝘰𝘳𝘨𝘦𝘵 𝘮𝘦 𝘦𝘢𝘴𝘪𝘭𝘺, 𝘙𝘪𝘦𝘴

Ayat yang disebut oleh Hans beberapa tahun dahulu, terus terlayar di minda. Kalau betul dia datang untuk tunaikan janji dia?

"Cutie pie, jom" Panggilan Firas mematikan lamunan aku. Aku terus memandang ke wajah suami aku itu

"Sayang kenapa ni?" Aku menggeleng tanda tiada apa yang berlaku. Baru saja aku hendak berdiri, Firas menolak bahu aku untuk duduk semula

"Bagitahu abang. Kenapa sayang termenung ni? Sayang fikirkan apa? Sayang ada masalah ke? Tell me, cutie pie" Aku mengecilkan mata ke arahnya

"Leeya sebenarnya nak ajak abang pergi jalan-jalan. Leeya tak nak balik rumah lagi" Firas melepaskan nafas panjang. Seperti melepaskan sebuah beban

"Abang ingatkan sayang ada tak puas hati dengan abang" Aku tersenyum sambil mengangkat kedua kening

"Sayang nak pergi mana? Dah sihat?"

"Nak pergi mall. Lama tak pergi mall. Lagipun Leeya dah sihat dah. Kalau tidak doktor takkan lepas punya" Aku berkata dengan penuh yakin

Aku memegang bahu Firas sambil berjalan keluar. Firas membawa aku pergi ke mall. Aku tersenyum puas. Lama aku tak jalan-jalan ke sini. Dulu kalau masa bujang selalu datang ke sini, beli coklat dan teddy bear untuk Tiara. Aku tersenyum dengan air mata yang bertakung

"Sayang jom turun" Aku menyeka air mata. Risau kalau Firas perasan

Aku keluar dari perut kereta masuk ke dalam pasaraya besar itu. Kami berjalan di serata kedai di dalam mall itu

Mata aku tertarik pada sebuah kedai aksesori. Aku masuk ke dalam kedai tersebut. Firas hanya mengekori sahaja dari belakang

"Sayang nak ke rantai tu?" Firas yang dari tadi hanya melihat aku menilik rantai tersebut

"Abang nak bayarkan ke?" Aku bertanya seraya mengangkat kening beberapa kali

"Apa salahnya. Abang bukan bayarkan untuk orang lain. Untuk isteri abang juga"

Aku terus menghulurkan rantai tersebut kepada pekerja disitu. Firas sudah berlalu ke kaunter

Sedang aku asyik menilik barang-barang lain disitu. Aku ternampak dua orang kelibat yang paling aku kenali. Laju aku berpusing dan pergi ke arah Firas

"Abang, dah bayar ke?" Aku bertanya untuk bersedia berlari keluar dari kedai itu

"Belum lagi ni" Aku sudah gelisah. Minta sangat jangan terserempak dengan dua manusia itu

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now