CKT 17

2.8K 88 3
                                    

Tengahari itu aku hanya berada dalam pejabat . Malas rasa nak keluar . Firas berada di dalam bilik dia . Sampai sahaja di pejabat pagi tadi aku senyap tanpa sepatah kata .

"Leeya , kau tak keluar lunch ?" . Aku mengangkat muka . Dengan salam tak bagi datang terus terjah . Kalau tolak takut aku pulak yang rugi .

"Tak" . Aku menjawab sepatah . Rasanya boleh buat dia faham . So maknanya dah boleh pergi . Keluar lah cepat , dah la aku dengan dia je dalam office ni . Selalunya ada juga orang , tapi ni tak ada langsung .

Dia menarik kerusi milik Eva dan terus duduk di tepi aku . Allahu berdebar nya rasa . Dia menunduk kan sedikit badannya untuk melihat muka aku . Mata kami mula bersabung .

"Kau marahkan aku sebab gambar tu ?"

Dah tahu lagi nak tanya . Semalam sedap bagi ayat manis , at last dengan perempuan lain . Aku diam tanpa menjawab . Aku dengar dia menarik nafas panjang .

"Leeya . Sumpah aku tak tahu langsung pun pasal gambar tu . Kalau kau tak bagitau aku pagi tadi , aku memang dah tak tahu"

"Habistu ? Kau nak cakap yang Leesya post ?" Suara aku agak meninggi tapi masih dikawal .

"Maybe . Sebab semalam dia pinjam fon aku cakap nak call kawan dia . Aku bagi je la"

"Ouh . Dah dapat reka alasan eh ? Mesti penat kan kau reka hari ni . Pandai la kau . Applause for Muhammad Firas" Aku terus memerli . Nampak mukanya sudah berubah tegang . Marah ? . Aku tersenyum puas .

"Susah sangat ke kau nak percaya kata aku ?" Suara Firas juga sudah agak meninggi . Macam mana aku nak percaya kalau hanya sebuah kata ? Cakap suka tapi ... Arghhhhh entahlah . Aku buntu la kalau asyik macam ni .

"Yes . because you said there is no evidence . Kau nak aku percaya kot celah mana ? Kalau cakap saja , aku pun boleh la" . Wajah Firas sudah mula merah akibat menahan amarah . Lantas dia bangun dari kerusi dan keluar dari pejabat . Dada aku sudah mula berombak . Ni la sikit-sikit nak lari dari masalah . Kalau macam ni memang hari-hari akan gaduh .

***

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang . Aku berkemas untuk pulang . Tapi aku masih lagi tidak nampak kelibat Firas selepas dia keluar tengahari tadi . Aku malas hendak menelefon dia . Entah-entah tengah keluar dengan kekasih hati .

Aku ambil beg dan melangkahkan kaki untuk keluar . Baru saja hendak lepas dari pintu masuk aku terserempak dengan Firas . Kan aku dah cakap , mesti tengah keluar dengan buah hati sebab apa aku cakap ? Sebab Aleesya ada sekali .

"Kau baru nak balik ? Kau sorang je dekat office ni ? Bahaya tau tak Leeya . Kau sorang je perempuan". Aku hanya membalas dengan jelingan tajam . Aleesya pula tersenyum manis pada aku . Eleh nak tunjuk baik la tu .

"Aku nak balik"

"Kau nak balik macam mana ? Kereta kau kan rosak ?"

"Kau ni kan , bercakap macam dalam Malaysia ni tak ada teksi . Lagipun aku boleh je order grab . Apa yang susah"

Tanpa berlengah aku terus berlalu dari situ . Baru saja hendak angkat kaki , Firas sudah memegang tangan aku . Puas aku meronta , tapi makin erat pegangan tangan dia . Aku ditarik masuk ke dalam bilik Firas . Sempat aku jeling Aleesya . Dia hanya membuat muka loya .

"what's wrong with you ?" Mata aku sudah membulat . Hati aku sudah marak dengan api kemarahan . Dia ni suka sangat la buat aku angin . Kalau ikutkan rasa marah yang sudah membuak-buak ni , aku tarik je rambut dia ni . Biar tahu rasa sakit .

"Leesya, tell her what you did last night" . Nada suara yang rendah tapi berbaur arahan yang tegas . Aku masih buntu . Bagitahu apa ni ?

"what I did ? I went out with you yesterday. And we are both there"

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now