CKT 6

2.3K 101 0
                                    

Telefon sudah berkokok menandakan sudah pukul lima pagi . Aku bingkas bangun dari katil . Cuti dah habis , maknanya aku dah kena masuk kerja . Aku bangun menyucikan diri . Sebelum masuk waktu subuh , aku menunaikan solat sunat dahulu . Itu sudah menjadi rutin harian aku sebelum menunggu azan berkumandang .

Azan dilaungkan tanda masuk waktu solat subuh . Tanpa menunggu waktu yang lama aku terus menunaikam fardhu subuh .

Selesai saja menunaikan perintah wajib itu , aku bersiap untuk bekerja . Turun saja ke dapur , aku lihat mama sedang menyiapkan sarapan pagi . Tiara pula sudah ada di meja makan . Hanya kami bertiga saja yang bersarapan , ayah dan mama aku sudah bercerai semenjak aku berusia 3 tahun lagi . Jadi sudah terbiasa tiada ayah di sisi .

"Good morning sayang-sayang saya" aku menyapa mama dan adik dengan riang .

"Morning" mama dan Tiara menjawab serentak

"Semangatnya nak pergi kerja . Lawa pulak tu" Tiara menegur dan memuji dengan ramah aku pagi tu . Tak pernah nak puji aku lawa paling tidak pun cakap 'okey' je .

"Kau dah kenapa dik puji-puji aku . Jangan nak tapau apa-apa ek . Aku baru habis cuti je ni" aku terus memotong ayat Tiara . Lebih baik aku potong ayat dia dulu , kalau lambat sangat nanti , habis duit aku .

"Ishh mana ada , adik puji ikhlas dari lubuk hati tau"

Selesai sarapan pagi bersama mama dan Tiara , aku terus meminta izin untuk keluar bekerja .

"Ma , kakak nak pergi kerja dah ni" aku salam dan mencium pipi mama .

"Ye la . Hati-hati bawak kereta"

"Okey ma . Assalamualaikum"

Aku terus menuju ke garaj kereta . Masuk saja ke dalam perut kereta aku terus menyalakan enjin kereta Honda milikku . Sebelum memulakan perjalanan aku membaca doa . Barulah aku masukkan gear dan terus keluar meninggalkan halaman rumah menuju ke tempat kerja .

***

"Morning , Leeya . How was your holiday" Iris atau merangkap kawan baik aku menegur dengan sangat riang .

"Morning , okey je . Takde pulak aku dengar ada orang jatuh gaung" aku bergurau .

Iris buat muka masam tanda tidak berpuas hati . Iris ni perangai nya lain sikit . Jenis perangai tak tau malu . Main tegur je orang yang tak kenal .

"Hai , Lee . Lama tak nampak" . Ha sudah datang dah makhluk allah yang tak dijemput ni .

"Memang la tak nampak . Aku cuti kan . Kau dah kenapa"

"Kau ni pagi-pagi lagi dah hangin . Santai la"

Ridhauddin ni pulak hidup kalau tak kacau aku , memang tak sah . Nasib fikir kawan baik je . Kalau tak memang aku dah humban dalam Gunung Kinabalu dah .

***

"Halu , Leeya . Udah-udah ler buat kerja tu . Dah lunch dah ni" Rid berkata seraya tangan membaling kertas yang tepat mengenai batang hidung aku .

"Kau nak panggil , panggil je aku . Tak payah nak baling kertas dekat aku , Rid" aku membaling semula kertas itu . Tepat pula mengenai rambut dia .

"Dah la . Jom turun , makan" nasib je si Iris datang kalau tak memang dah perang dunia ketiga dah aku dengan si Rid ni . Buat panas hati aku je .

Tengahari itu kami makan di restoran biasa yang selalu Iris dan Rid pergi . Aku hanya ikut saja , asal ada makanan aku hadap je .

"Kau nak apa , Lee ?" Rid bertanya sebaik sahaja waiter menghantar menu ke meja kami .

"Aku nak nasi goreng seafood and milo ais je"

"Eleh simple nya . Tak payah nak diet la , Lee . Kau memang dah kurus dah" . Mamat ni memang tak tahu buku lima bekas ahli taekwondo macam mana agaknya .

"Kau diam , order je makanan kau . Banyak pulak cakap kau"

Dalam tengah ralit bergaduh mulut dengan Ridhauddin , aku ternampak seorang lelaki dan seorang perempuan yang amat aku kenali .

Firas dan Aleesya . Aleesya dah sampai rupanya . Patut la senyap je tak ada khabar berita .

"Kau tengok Fir ke ?" Iris bertanya bila tengok aku diam tanpa sepatah kata .

Aku angguk tanda mengiakan apa yang dikatakan Iris . Entah kenapa hati aku rasa sakit yang teramat sangat . Nak kata sakit hati Fir curang dengan aku , dia bukan milik aku . Aku pun bukan kekasih hati dia .

Mereka berdua nampak terlalu mesra . Aleesya pula cantik orangnya . Mungkin Fir pun keluar lunch sambil ditemani buah hati .

Fir nampak aku memerhati dia sedari tadi . Aku hanya mampu senyum . Tapi dia hanya jeling . Kurang hasam , aku baik punya senyum dia boleh pergi jeling . Sekali aku korek biji mata , baru tahu kena tinggal dengan Aleesya .

Habis saja lunch tengahari itu , aku terus keluar dari restoran . Malas hendak berlama-lama dah macam cacing kepanasan dah aku ni . Ketika melintasi meja makan yang menempatkan Fir dan Aleesya . Aku senyum selebar-lebarnya . Nasib si Aleesya ni tak nampak . Kalau tidak innalillah aku . Tak ke gila pergi senyum dekat buah hati orang ? .

***

Jam sudah menunjukkan pukul lima setengah petang . Aku terus keluar dari pejabat . Sampai sahaja di parking kereta yang menempatkan kereta aku terus aku menyalakan enjin kereta . Tapi petang ni kereta aku malu-malu pulak nak hidup .

"Aduu , tolong la jangan buat hal . Tak ada siapa dah dekat sini" aku merungut sambil tangan sibuk menyalakan enjin kereta . Tapi masih jugak tak nak hidup . Cubaan pertama masih tidak hidup . Aku terus cuba hidupkan lagi , namun jawapan masih sama .

Aku meletakkan kepala pada stereng kereta . Menangis teresak-esak aku disitu . Nak minta tolong siapa lagi ni . Rid dengan Iris dah balik awal tadi .

"Kenapa ni ?" Firas datang menegur . Uihh ni lagi sorang . Dah la parking kereta ni sunyi , dia pulak datang tak bagi salam . Nak luruh jantung aku .

Aku angkat kepala . Terus aku sapu air mata . "Kereta ni tak nak hidup . Banyak kali dah aku cuba start . Tapi sama je" aku jawab diiringi dengan air mata yang masih lagi berbaki .

"Yang kau menangis dah kenapa ?" terjongket kening Firas melihat aku menyeka air mata .

"Fon aku dah habis bateri . Tak tau nak call sape . Kereta buat hal , tu yang aku menangis . Risau kalau ada stranger datang nak apa-apakan aku . Dah la aku sorang je dekat sini tak balik lagi"

"Jom la aku hantar kau balik" tanpa segan silu Firas terus pelawa aku untuk naik bersama dia .

"Kereta aku ? Takkan nak biar je dekat sini ?"

"Tinggal je dulu nanti aku suruh pomen datang tengok . Tak payah risau la . Tak ada orang nak curi kereta kau pun"

Tanpa berlengah aku terus bersetuju . Sewaktu berjalan mendekati kereta Firas aku nampak Aleesya ada bersama . Terus rasa ada batu yang terikat di kaki .

"Tak apa lah , Fir . Aku naik grab je" aku menolak ajakan Firas tadi . Taknak bertembung dengan Aleesya . Nanti tak pasal-pasal aku dituduh perempuan gatal nak naik dengan boyfriend orang .

"Kau nak naik grab macam mana ? Fon kau kan dah habis bateri . Naik je dengan aku" Firas masih lagi pelawa aku untuk naik bersama .

"Tak apa aku boleh balik dengan teksi tak pun bas . Okey Fir , bye" tanpa berlengah aku terus angkat kaki dan meninggalkan kawasan parking .

"Leeya !" . Aku dengar Fir melaungkan nama aku . Langsung aku tak menoleh ke belakang . Aku mempercepatkan langkah kaki . Aku berhenti di stesyen bas berdekatan .

'Memang tak la aku nak naik sekali dengan kau , Fir . Dahlah ada Leesya . Dituduh nya aku perempuan gatal . Tak ke ada adegan tarik tudung nanti' aku berbual sendirian di dalam hati .

Tanpa menunggu waktu yang lama sebuah teksi berhenti di hadapan stesyen bas yang aku duduki . Aku terus melangkah masuk ke dalam teksi tersebut . Tanpa aku sedar ada sepasang mata yang sedang mengawasi aku dari jauh .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now