CKT 44

365 18 0
                                    

Aleesya semakin bengang. Hans tiba-tiba saja berubah fikiran. Sudah tidak mahu membantu dia lagi. Entah apa yang dah menghasut dia

Terpaks pula dia menghantar orang lain untuk musnahkan Aleeya. Tapi bukannya Aleeya tidak kenal orang itu. Pasti dia terkejut besar nanti

"Malaikat maut dah panggil kau Leeya. Daripada kau asyik menangis rindukan mama dan adik, lebih baik kau pergi jumpa diorang"

"Aku yang tolong hantarkan" Aleesya ketawa puas. Harini Aleeya akan mati! Dia pasti mati!

"Firas pun akan jatuh cinta dengan aku"

Dia sudah tidak sabar lagi ingin mendengar khabar berita tentang kehancuran hidup Aleeya

Aleesya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar hari ini

"Hidup kau akan mus..nah Aleeya"

Gambar Aleeya dia tusuk dengan pisau berkali-kali.
Kalini dia tersenyum puas

***

Firas bergegas pulang ke rumah tatkala mendapat tahu sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi. Theo dan Hans juga turut ada bersama

Firas memandu kereta laju. Dia cuma risaukan keselamatan Aleeya saja saat ini

Disaat kereta yang dipandu sudah memasuki perkarangan rumah, terus Firas turun tanpa sempat mematikan enjin kereta. Firas terus berlari ke pintu utama

Kunci yang berada di dalam poket seluar Firas ambil dan pintu dibuka. Mata Firas terus membulat

Adib berdiri tepat di hadapan Aleeya dengan pisau yang diacu tepat ke wajah isterinya

"ABANG!" Baru saja Aleeya hendak berlari ke arah Firas, rambutnya sudah dicengkam kuat dari belakang

"KAU JANGAN DEKAT! KALAU KAU TAKNAK KEPALA LEEYA BERPISAH DARI BADAN, KAU JANGAN DATANG DEKAT" pisau kini berada di leher Aleeya. Tiada benda lain yang mampu Aleeya lakukan selain dari menangis

"Adib, tolong letak pisau tu. Tolong kesiankan Leeya" Firas cuba memujuk dengan lembut

"Sepatutnya aku yang dapat Leeya. TAPI KENAPA KAU ?!"

Pisau kini berada di leher Aleeya. Aleeya masih lagi tidak berani untuk berbuat apa-apa. Dia juga perlu fikirkan anak yang dikandungnya itu

Hans perlahan-lahan berjalan keluar menuju ke pintu belakang. Hans menumbuk kuat belakang leher Adib dan akhirnya dia tumbang disitu. Tapi semangatnya tidak patah. Adib bangkit semula dan menyerang hendap Hans di belakang

Theo pula laju menarik Aleeya supaya jauh dari Adib

Pergaduhan diantara mereka bertiga membimbangkan hati Aleeya

"Theo call polis. Now!" Theo angguk dan pantas mengeluarkan telefon dari poket. Nombor 999 didail dan talian bersambung

Belum sempat untuk Theo berbicara, matanya sudah membulat apabila pisau yang berada di tangan Adib sudah terbenam di perut ...

Aleeya menutup mulut bagai tidak percaya

'Ya allah selamatkanlah segalanya'

***

"Kau biar betul? Takkan la Adib dah kena tangkap? Eh mampos la aku kalau macam ni. Korang ni memang tak boleh haraplah"

Panggilan terus ditutup. Telefonnya dibanting kuat ke dinding. Aleesya berjalan mundur-mandir di dalam biliknya sambil menggigit jari

"Ishh bodohlah diorang ni. Langsung tak boleh diharap" Dada sudah berdebar kencang. Kalau Adib dah kena tangkap. Memang dah sah la namanya akan terbabit sama

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now