CKT 26

1.7K 50 1
                                    

Aku sudah bersiap untuk membantu umi di dapur. Firas pula selepas subuh tadi terus sambung tidur. Penat sangat kot

Aku berjalan menuruni anak tangga untuk ke dapur. Umi sudah memasak nasi goreng. Kak Da pula sedang menghidang makanan di atas meja

"Morning umi"

"Bangun dah menantu umi ni"

"Umi nak Leeya tolong?"

"Tak payah susah-susah. Dah nak siap dah ni ha. Lagipun Kak Da ada, dia boleh tolong umi" Tanpa hiraukan kata-kata umi, aku terus angkat pinggan yang berisi roti itu ke meja

"Eh Puan Leeya, kan Puan Rosnah udah bilang nggak usah nolong. Saya boleh lakukan sendiri kok" Kak Da berkata dalam bahasa ibundanya

"Ala, tak apa lah Kak Da. Pinggan ni bukan berat sangat pun. Setakat nak bawa letak dekat meja tu, no hal lah"

"Leeya memang macam tu Da. Kalau kita kata jangan, lagi nak dibuatnya" Umi datang mencelah dari arah belakang. Aku hanya tersengih menampakkan lagi barisan gigi yang elok tersusun

"Fir mana?"

"Belum bangun lagi. Lepas solat subuh tadi dia sambung tidur"

"Bertuahnya anak. Leeya pergi kejut dia"

Tidak berkata apa-apa, aku melangkah berlalu ke bilik. Firas masih nyenyak tidur dibuai mimpi

"Eii, macam budak-budak. Masa bujang pun macam ni agaknya sebab tu bawak perangai sampai ke kahwin" Aku berleter panjang

"Fir, bangun. Umi panggil suruh turun makan" Firas masih lagi tidak membuka mata

"Fir, bangun la" Aku goncang bahu Firas tapi masih juga tiada sahutan. Berkali-kali aku kejutkan tapi masih lagi sama

Aku bingkas bangun untuk mengambil air. Baru saja hendak mengangkat tubuh, tangan aku sudah ditarik dari arah belakang

"Nak pergi mana, herm?" Firas bertanya dengan suara yang agak garau. Aku sudah jatuh di atas dada bidangnya.

Jarak antara aku dan Firas sangatlah dekat. Aku menelan liur yang terasa kesat untuk ditelan.

"Tak...errr......nak pergi dapur....Eh tak tak.....errr...." Tiba-tiba aku gagap untuk berbual dengan Firas

"Kenapa gagap ni?" Firas bertanya seraya tangannya naik menggosok ubun-ubun aku

"Umi suruh turun makan"

"Kejap lagi la. Mengantuk la. Fir pun belum mandi lagi ni"

"Dah tu? Pergi la mandi. Kesian dekat ayah dengan umi tunggu kita. Cepatlah pergi mandi" Aku menolak-nolak tubuh Firas. Liat betul nak bangun

"Leeya mandikan" Mulut aku terlopong. Mandikan Firas? Oh tidak sama sekali

Aku melepaskan pegangan tangannya

"Mengada la. Dah cepat sikit"

Firas bingkas bangun dari katil. Dia mencapai kain tuala yang disidai di belakang pintu. Kelibat Firas hilang di sebalik pintu tandas itu

Tanpa sedar aku mengukir senyuman kebahagiaan

***

Tengahari itu aku tidak tahu hendak lakukan apa-apa. Aku berjalan di sekitar ruang tamu. Selalunya kalau aku datang kesini, aku tidak pernah lagi melihat gambar-gambar yang berada di atas meja kabinet itu. Aku tertarik pada sebuah gambar kanak-kanak perempuan. Mungkin tu adik Firas yang dia ceritakan pada aku dahulu

"Kecil lagi dah cantik awak ni dik" Aku berbual sendiri. Baru pertama kali aku tengok muka adik Firas

"Dia memang cantik. Tapi nyawa dia tak panjang" Ayah datang mendekati aku yang sedang ralit mengamati gambar adik ipar aku itu

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now