CKT 25

2.2K 56 0
                                    

2 𝘉𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯

Hari yang dinantikan telah pun tiba . Dimana aku dan Firas akan disatukan . Aku semakin berdebar menanti saat-saat yang aku tunggu .

"Eva , lawa tak ? Awning tudung okay tak ?"

"Leeya , dah cantik dah . Mulut tu boleh diam tak ? Daripada tadi lagi duk bercakap . Tak bosan ke ?"

Aku terus senyap . Aku menarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan dengan perlahan-lahan . Lepas ni aku dah nak jadi isteri orang . Ya allah! berdebar nya aku . Kalau nanti aku tersadung depan tok kadi dengan bakal suami aku macam mana? Eh , no overthinking .

"Oh my god! Bae, lawanya you" Iris baru saja sampai . Dia sudah maklumkan pada aku yang dia mungkin sampai sedikit lambat . Biasalah orang tengah berbadan dua kan

"Of course la. Ni kan pengantin baru" Eva pula mencelah

"Weh, aku nervous la. Kalau Firas lari nanti macam mana?"

"Aduu , kau punya overthinking ni memang tak ada siapa boleh lawan. Bawak bersabar sikit boleh tak?" Eva mula mengomel . Si Aleeya ni kalau bab overthinking memang siapa pun tak boleh lawan . Ada je benda buruk yang dia fikirkan. Kadang Eva pun penat nak melayan dia punya overthinking . Kalau dah bosan sangat, dia hanya anggukkan saja .

"Sabar la Leeya. Kalau nervous masa nak kahwin ni benda biasa. Aku pun macam tu dulu" Iris cuba membuang rasa gundah yang bersarang di hati Aleeya.

Tapi aku rasa, buat masa sekarang aku memang dah tak boleh nak bertenang. Tinggal berapa minit je lagi ni. Arghh! Berdebarnya , ya allah!

"Kakak, jom keluar. Tok kadi dah sampai. Firas pun dah ada tu" Mendengar saja kata-kata mama, terus laju jantung aku berdegup. Ya allah! kuatkanlah aku.

Aku bingkas bangun, dan mula berjalan keluar. Sepanjang aku berjalan untuk sampai ke pelamin, jantung aku tidak berhenti berdegup. Cepatlah habis majlis ni.

Aku sudah sampai di pelamin. Mama berada di sebelah aku. Tangan aku sudah mula terasa sejuk.
Aku nampak Firas berada di hadapan tempat aku duduk sekarang. Handsome nya ciptaan tuhan ni. Berbaju melayu warna putih, bersongkok dan bersampin. Kau tunggu dulu, kejap lagi dah halal dah.

"Pengantin perempuan dah bersedia?" Lamunan aku terus mati. Aku menelan liur, tarik nafas dan lepaskan dengan perlahan-lahan dan aku angguk dengan penuh keyakinan.

"Pengantin perempuan dah sedia, jadi bolehlah kita teruskan"

Tok kadi menghulurkan tangan, Firas menyambut dengan tidak teragak-agak

"Muhammad Firas bin Megat Mikael"

"Saya"

"Aku nikah akan dikau, dengan Nurul Aleeya Batriesyiea binti Al-Haj dengan mas kahwinnya RM 13,000 ringgit tunai" suasana senyap, menanti Firas untuk melafazkan akad.

"Aku terima nikahnya, Nurul Aleeya Batriesyiea binti Al-Haj dengan mas kahwinnya RM 13,000 ringgit tunai"

"Sah?"

"Sah" Jawab keempat-empat para saksi serentak

Aku menarik nafas lega. Dengan sekali lafaz sahaja aku sudah sah menjadi milik Muhammad Firas. Air mata sudah mula bergenang. Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.

Kini adalah saat pembatalan air wudhuk antara aku dan Firas.

Selesai aktiviti pembatalan air wudhuk. Firas menyarungkan pula cincin pada tangan aku. Aku bersalam pula dengan Firas. Aku masih ragu-ragu untuk menyambut huluran Firas. Lama aku berdiam akhirnya Firas menarik tangan aku. Terus terbuntang biji mata aku. Terus laju aku bersalam dengan Firas dan aku lepaskan pegangan tangannya.

CINTA KEKASIH TERAGUNG Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora