CKT 10

2.8K 106 2
                                    

Aku terus masuk ke dalam bilik untuk menyuci kan diri . Fuh penat lepas kena bebel dengan mama tadi . Tu la kalau bercakap dah tak pandang kiri kanan dulu . Tak pasal-pasal aku yang nak kena menjawab dengan mama .

[Flash Back]

"𝘉𝘶𝘢𝘵 𝘢𝘱𝘢 𝘬𝘢𝘬𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘈𝘥𝘪𝘣 ?!" naik sedikit tona suara mama tanda dia memarahi aku . Merah padam muka aku dibuatnya .

"𝘒𝘢𝘬𝘢𝘬 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘨𝘢𝘫𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘥𝘪𝘢 , 𝘮𝘢 . 𝘒𝘢𝘬𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘴𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘯𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘧𝘪𝘬𝘪𝘳𝘢𝘯 . 𝘓𝘦𝘱𝘢𝘴𝘵𝘶 𝘵𝘪𝘣𝘢-𝘵𝘪𝘣𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘨𝘶𝘳 𝘬𝘢𝘬𝘢𝘬 𝘥𝘶𝘭𝘶" aku cuba membela diri . Memang betul pun aku sendiri pun tak teringin nak jumpa dia .

"𝘓𝘢𝘪𝘯 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘦𝘮𝘱𝘢𝘬 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘢 , 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘮𝘰𝘥𝘢𝘭 𝘣𝘰𝘳𝘢𝘬 . 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘮𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘢𝘬𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘈𝘥𝘪𝘣 . 𝘔𝘢𝘮𝘢 𝘳𝘢𝘮𝘱𝘢𝘴 𝘬𝘶𝘯𝘤𝘪 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢 𝘬𝘢𝘬𝘢𝘬 , 𝘣𝘪𝘢𝘳 𝘮𝘢𝘮𝘢 𝘫𝘦 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳 , 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘬 𝘬𝘢𝘬𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 . 𝘍𝘢𝘩𝘢𝘮 ?!" . air liur terasa kesat untuk ditelan . Kecut perut aku dengar amaran mama . Mama ni jenis pantang dicabar orangnya . Kalau aku langgar arahan memang betul dirampas nya kunci kereta aku

"𝘍𝘢𝘩𝘢𝘮 𝘮𝘢"

[End Flash Back]

Aku mencempung kan diri ke atas tilam . Mata masih ralit memandang siling rumah . Mata makin lama makin layu . Esok dah hari jumaat maknanya aku boleh rehat sepuas-puasnya .

***

Lepas sahaja selesai solat subuh tadi , aku terus keluar dari bilik untuk menolong mama . Tiara macam biasa baru nak solat subuh . Tidur sampai lewat malam semata-mata assignment .

"Kak nanti teman mama pergi rumah Cik Ros"

"Aik semalam punya la lama mama keluar dengan Cik Ros takkan la tak puas lagi kot ?"

"Sekejap je mama keluar dengan Cik Ros semalam" haih mak-mak kalau dah berjam-jam keluar pun masih lagi cakap sekejap . Tiara sudah turun , tanpa menunggu waktu yang lama aku terus memasukkan nasi goreng ke dalam mulut .

Seperti yang dijanjikan dengan mama tadi . Aku temankan mama untuk ke rumah Cik Ros . Sampai sahaja di halaman rumah Cik Ros . Aku lihat wanita yang sudah separuh umur itu sedang menyapu halaman rumah .

"Assalamualaikum Ros" mama memberi salam sambil melagakan pipi bersama Cik Ros . Aku juga turut sama bersalaman dengan Cik Ros . Ketika dua wanita itu sudah masuk ke dalam rumah , aku masih lagi diluar . Malas hendak berada di dalam . Aku cuma duduk di luar untuk menghirup udara yang segar .

"Kau buat apa dekat sini ?" . Allahuakbar , mujur tak tercabut keluar jantung aku . Dia ni memang tak reti nak bagi salam ke apa ?

"Kalau ye pun bagi la salam . Aduhai" aku mengomel-ngomel di depan Firas . Dia sudah mengambil tempat di kerusi batu yang sama dengan aku .

"Diam la kau pendek" Ciss , ini orang sangat kurang ajar . Aku tak pendek la !

"Aku teman mama . Dia cakap nak datang borak dengan Cik Ros" aku menjawab soalan Firas yang dibiar tanpa jawapan tadi .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now