CKT 22

2.9K 80 3
                                    

Seperti yang dijanjikan tengahari itu Firas bertemu dengan Theo di sebuah restoran . Theo adalah anak kepada rakan ayahnya . Dia perlu bertemu dengan Theo kerana dia tahu Theo dapat membantunya .

"Hi Fir , how are you ?" Theo datang menyapa . Mereka berjabat tangan seketika . Theo mengambil tempat di hadapan Firas .

"Good . lama tak jumpa kau"

"Sorry bro . Agak busy sekarang ni"

Firas hanya mengangguk sahaja . Dia memanggil pelayan untuk mengambil pesanan . Tekak pun rasa haus sangat dah ni .

Masing-masing berbual kosong sebelum masuk ke topik yang mustahak . Kadang Firas bertanyakan khabar ayah Theo . Mengikut kata Theo ayahnya masih di Malaysia . Jadi boleh la dia bertemu dengan ayah rakannya itu .

"Theo , sebenarnya ada benda yang lebih penting aku nak tanya kau" Akhirnya Firas memberitahu niatnya yang sebenar .

"Aha , what is that ?" . Firas menghulurkan gambar Aleeya pada Theo . Muka Theo mula berubah . Firas perasan kan hal itu

"do you know him ?" Firas terus bertanya

"Nurul Aleeya Batriesyiea right ?" Kau kenal dia ?"

"Bakal tunang aku . Dia tengah cari ayah dia"

Theo nampak sedang memikirkan sesuatu . Dia tidak berhenti melihat wajah Aleeya . Akhirnya dia dapat bertemu dengan Aleeya . Sudah lama dia mencari gadis itu .

"Aku nak jumpa dia"

"Untuk apa ?" Firas terus mengorek rahsia . Dia tahu Aleeya dan Theo pasti ada pertalian darah . Dia tahu pun sebab dia baru sedar akan nama ayah mereka sama . Tapi dia perlu pastikan dulu .

"Aku perlu jumpa dia"

"Kau nak jumpa dia bila ?"

"Malam ni ?"

"Dekat mana ?"

"Dekat sini jugak" Firas akur . Dia juga hendak tahu apa sebenarnya yan berlaku .

Theo seperti gembira . Namun dia tidak tunjukkan perasaan itu , Firas sedar akan hal itu . Dia terus menekan nama Aleeya dan menghantar mesej padanya .

𝘓𝘦𝘦𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘯𝘪 - Firas

𝘛𝘪𝘣𝘢-𝘵𝘪𝘣𝘢 𝘫𝘦 . 𝘋𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 ? - Aleeya

𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 . 𝘕𝘢𝘬 𝘬𝘦 𝘵𝘢𝘬 - Firas

𝘛𝘢𝘬𝘯𝘢𝘬 - Aleeya

𝘔𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘯𝘪 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘮𝘢𝘨𝘩𝘳𝘪𝘣 𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘬 𝘬𝘢𝘶 - Firas

Firas terus menutup telefon dan meminta diri untuk masuk semula ke pejabat . Dalam dia tengah berjalan kaki . Dia nampak Aleesya datang ke arah dia . Dia terus berpusing ke belakang semula dan buat-buat seperti tidak nampak Aleesya .

"Fir tunggu la" Aleesya datang memaut lengan Firas . Firas terus menepis dengan kasar .

"Apa lagi ni Leesya ?"

"Kenapa tak tunggu I ?"

"Malas"

"Jom teman I lunch"

"I dah lunch dah . Nak masuk office dah"

"Teman I je"

Firas terus ke kereta . Makin dilayan makin menjadi perempuan ni . Tekanan jiwa agaknya .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now