CKT 36

898 36 1
                                    

Gambar kanak-kanak yang sentiasa berada di dalam beg aku itu dikeluarkan. Aku letak di atas meja satu demi satu. Aku pandang wajah Theo

"Tell me, is it Aleesya?" Theo ambil salah satu gambar yang berada di situ

Perlahan-lahan dia menangguk. Wajah dia aku tenung lama

Kalau selama ni Aleesya fikir mama tak pernah cari dia mungkin dia silap. Mama sentiasa ingatkan dia. Dan mungkin setiap masa mama rindukan Aleesya. Cuma aku sahaja yang tidak tahu perkara itu. Kalau aku tahu, aku boleh bercakap baik-baik dengan gadis itu

"Maybe Aleesya dah silap" Aku berkata perlahan

"Gambar tu Leeya jumpa dalam almari mama. So bermakna mama tak pernah lupakan dia. Tak ada pun seorang ibu yang tak rindukan anak dia" Aku berkata lagi

"Cuma Leeya tak tahu benda ni. Kalau Leeya tahu dah lama Leeya pujuk Leesya" Sedikit hiba aku berkata

Firas mengusap bahu aku. Aku tersandar lemah di sofa itu. Aku tarik nafas panjang. Aku rasa sukar untuk bernafas seolah-olah ada batu yang terikat di situ

Aku mengemam bibir beberapa kali. Firas dan Theo aku pandang silih berganti. Apa yang perlu aku buat? Aleesya bukan calang orang. Hans pula jika sudah tergilakan seseorang, dia memang tak akan lepaskan

Salah aku juga kerana membuat lelaki itu jatuh cinta pada aku. Akhirnya aku sendiri yang susah hati

"Kita jumpa Leesya? Kita bagitahu dekat dia apa dah jadi" Aku sedikit teruja memberitahu hal tersebut. Namun apabila melihatkan Theo yang mengeluh, membuatkan niat aku terbantut

"Leesya dah lari sayang. Theo sendiri pun tak tahu dia pergi mana. Hari kita jumpa dia tu pun adalah hari terakhir" Giliran aku pula mengeluh panjang

"Sebab tu Leeya kena hati-hati. Theo takut kalau dia ada rancang sesuatu untuk sakitkan kamu. Leesya sanggup buat perkara yang boleh mengancam nyawa" Aku membongkok dah meraup wajah

Apa lagi yang akan terjadi pada aku? Tak boleh ke kalau aku hidup dengan tenang? Tak boleh ke biarkan aku hidup bahagia dengan suami dan bakal anak aku? Kenapa mesti ada pihak yang tak berpuas hati

***

Televisyen yang sedang bernyala itu aku tatap kosong. Langsung tidak masuk ke otak aku sekarang ni

"𝘚𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘵𝘶 𝘓𝘦𝘦𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘩𝘢𝘵𝘪-𝘩𝘢𝘵𝘪. 𝘛𝘩𝘦𝘰 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘳𝘢𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶. 𝘓𝘦𝘦𝘴𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘱 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘤𝘢𝘮 𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢"

Kata-kata Theo tadi masih terngiang-ngiang di kepala. Aku tidak putus berdoa memohon perlindungan dari yang maha esa

"Sayang abang ni asyik termenung je. Kenapa ni? hmm?" Aku senyum lalu menggelengkan kepala. Firas bermain-main dengan rambut aku

"Macam-macam" Aku berkata perlahan. Sejujurnya aku dah penat dengan semua ni. Hidup aku tak ubah seperti drama pukul 7 petang. Sentiasa berepisod

"Sayang jangan fikir sangat. Tak baik untuk baby tu" Tangan Firas bermain-main di perut aku. Aku meratah seraut wajah Firas

Aku tidak tahu apa yang aku fikirkan. Fikiran aku semakin bercelaru. Semakin banyak perkara yang bermian di otak aku

"Abang kan pernah bertunang dengan Aleesya sebelum ni? Takkan abang tak perasan yang kami binti sama?" Entah kenapa soalan itu pula yang terbit dari fikiran aku

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now