CKT 45

475 21 1
                                    

Aleesya tidak senang duduk. Dah berapa orang budak-budak dia ditangkap polis. Dan kini hanya dia sahaja yang bersembunyi di hotel. Dia tahu tak lama lagi dia yang akan ditangkap oleh pihak polis

"Ishh, asal payah sangat nak angkat kau ni Hans" Hati semakin membara dengan api kemarahan

"Kau lupa siapa yang tolong kau selama ni.. KAU LUPA SEMUA TU HANS!!!" Telefon dicampakkan ke dinding. Aleesya semakin serabut. Duduk tidak kena, berdiri pun tidak kena. Berjalan kehulu-kehilir didalam bilik yang diinap itu

"Apa aku nak buat ni hah.. SERABUT LAH.. SORANG PUN TAK BOLEH DIHARAP. TAU NAK DUIT JE!" Bilik kecil bergema dengan jeritan suara Aleesya

Beg tangan yang berada di atas meja solek dia ambil. Dia kalut mencari passport di dalam beg. Tiada cara lain selain dari dia perlu keluar dari Malaysia. Barulah hidup dia akan tenteram

Semua sudah cukup. Dia packing semula barang-barang yang dibawa. Dia perlu beredar secepat mungkin sebelum pihak polis dapat mengesan keberadaannya sekarang

Selesai saja mengemas barang dia sudah sedia untuk keluar, tapi sebaik saja pintu dibuka beberapa orang pihak polis sudah pun berada di depan pintu

"Kami terpaksa menahan cik atas sebab ingin menculik seorang wanita. Sila ikut kami ke balai"

"Eh, korang salah orang ni. Bukan aku la!"

Firas dan Theo berdiri tegak di belakang pihak polis. Wajah mereka berdua dijeling kasar oleh Aleesya

Aleesya pula meronta-ronta ingin dilepaskan

"Strong bro. Kau jawab baik-baik dekat ayah dengan ibu kau"

Theo hanya mampu menghela nafas panjang. Anak perempuan yang satu-satunya menjadi harapan keluarga mereka sudah musnahkan segalanya. Tapi ini bukanlah salah Aleesya sepenuhnya. Mommy dan ayah terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan Aleesya. Sehingga Aleesya sendiri tidak tahu mana baik dan yang mana buruk

***

Theo dan Firas bergegas ke hospital semula. Kata pihak hospital Hans sudah sedarkan diri

Sebaik sahaja sampai di bilik Hans, kelihatan Aleeya sudah berdiri di sisi katil sambil memberikan senyum manis pada abang dan suaminya

"Hans, mujur lah kau dah sedar. Lama sangat la kau tidur. Aku dah risau dah" Theo mencucuk-cucuk pinggang Hans. Firas geli hati melihat gelagat dua orang lelaki di hadapannya itu

"Asal? Kau rindu aku ke?" Hans kembali menyoal sambil membetulkan posisi tubuh

"Haah. Rindu angat-angat dah" Bibir dicebik. Aleeya pula geli melihat situasi dari mereka berdua. Ya allah, sungguh tak kusangka begini rupanya perangai abangku

"Patutla single. G4y rupanya abang ipar aku ni" Firas menyinis. Air muka Theo berubah serta-merta

"Excuse me. Aku masih suka dekat perempuan lagi okay"

"Entah abang ni. Kalau tak takkan la dia ada hubungan dengan si Eva" Theo memandang aku bagai tidak percaya. Ini Aleeya Batriesyiea la. Info apa je yang tak sampai pada aku

"You tahu Leeya?" Suara Theo naik seoktaf bagai tidak percaya dengan apa yang baru aku katakan tadi

"Excuse me. Of course la I tahu. Eva Damia tu kawan I kot" Aku meletakkan tangan di bahu membuat lagak. Tak sangkakan kawan aku bakal jadi kakak ipar aku. Wahhh! Kecil betul dunia ni ya

Memang bumi kecil pun sebab mengikut sistem suria, planet yang paling besar ialah planet Musytari... Ahahhahaha kelakarnya

"Hans...." Wajah diangkat untuk memandang aku

"Thank you sebab tolong I" Akhirnya terlafaz juga kata-kata itu dari bibir. Mungkin apa yang dikatakan Firas ada benarnya

"Most welcome. Benda kecil je. Sekarang ni baru I faham apa itu 'melepas dengan rela'" Senyum manis dihadiahkan pada aku. Aku membalas senyuman itu pada dia

"You akan jumpa jodoh yang lagi baik, Hans"

"Thank you Leeya" Aku tersenyum kembali pada Hans

"Kau pun Theo, cepat sikit kahwin. Aku nak makan nasi minyak kau ni"

Theo berdecit

"Eihhh, tak menyabar. Sabar la dulu. Kita kena atur slow-slow"

"Jangan lambat sangat. Eva tu lawa orangnya. Takut nanti dikebas orang" Aku menangkat kening pada Theo di hadapan

"~Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama, dia diambil orang~" Lagu dari Sweet Charity dinyanyikam semula oleh Firas

Pecah tawa kami semua yang berada di dalam wad itu

Ya allah, kau permudahkanlah urusan mereka

***

Aku tersedar dari lena bila perut terasa sakit yang teramat sangat. Wajah aku berkerut menahan sakit. Aku bangun untuk ke tandas, tapi aku dapat rasakan seperti kaki aku sudah basah

Tapi yang pasti ini bukan lah air kecil....

"Abang...bangun abang...perut Leeya sakit" Belakang tubuh Firas aku tampar kuat

"Hmmm.. Kenapa sayang? Sakit kaki ke?" Elok-elok krang cakap sakit perut pergi tanya kaki

Aku menggeleng dengan wajah yang berkerut

"Tak...Leeya rasa baby dah nak keluar bang"

"HAH?? BABY NAK KELUAR? HABISTU SAYANG NAK ABANG SAMBUT DEKAT SINI?"

"BAWAK PERGI HOSPITAL ABANGGG!!!!" Time macam ni lah dia nak kena blur

"OHH, HOSPITAL HOSPITAL" Kunci kereta Firas ambil dan berlari keluar

"ABANG LEEYA TAK BOLEH JALAN!!"

"EH BINI AKU!" Badan Aleeya didukung dan diletakkan di dalam kereta. Kereta dipandu laju menuju ke hospital

***

Bilik bersalin masih lagi bergema dengan tangisan bayi. Apabila sudah reda tangisan bayi, Firas terus melaungkan azan

Tangisan tidak dapat ditahan apabila Firas mendukung anak mereka. Senyuman manis diukir pada Firas. Bayi lelaki yang tadinya berada di dukungan Firas kini sudah bertukar pada Aleeya

"Terima kasih lahirkan anak yang comel untuk abang" Dahi Aleeya dicium lembut. Anak ini adalah bukti cinta mereka

"Ya allah comelnya anak kau ni Lee" Eva dan Nasha datang melawat terlebih dahulu. Iris pula masih lagi dalam tempoh berpantang, jadi dia masih lagi tidak boleh datang melawat

"Kau tengok mata dia tu, Nasha. Mashaallah comelnya budak ini. Geram aku lah"

Eva menahan geram melihat pipi anak Aleeya. Dia terus melompat gembira apabila sudah mengetahui bahawa Aleeya sudah selamat bersalin. Siapa sangka dia sudah mendapat gelaran 'Aunty'. Dapatlah dia tumpang gelaran itu dari anak-anak kawan dia. Nak tunggu dapat gelaran dari adik pun, Eva ni anak tunggal

"Dah ada nama ke?" Aleeya angguk sekali bersama senyuman di bibir

"Apa nama dia?"

"Muhammad Asyraff Al-Haq"

Haritu planning nak letak gabungan nama kami, tapi Umi cakap kalau nak letak nama anak kena ada makna yang baik. Jadi terpaksa lah tukar

"Nama pun sedap. Islamik gitu" Eva berkata lagi seraya tangan mengusap lembut rambut Asyraff

Dalam suasana yang gembira, hati Aleeya berasa sayu yang tak dapat diungkap. Dia rindu, rindu pada yang tiada ...

'Lagi gembira kalau mama dan adik ada bersama dengan kakak sekarang'

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now