CKT 15

2.9K 97 0
                                    

Waktu kerja sudah tamat . Aku terus keluar meninggalkan pejabat . Aku nampak Firas masuk ke dalam lif yang sama .

Suasana senyap seketika . Selalunya Firas ni banyak bertanya kenapa senyan pulak ni . Dia marah dekat aku ke ? . Aku palingkan muka untuk tengok apa yang sedang dia lakukan . Tapi sepasang mata aku berlaga dengan anak mata Firas . Ni yang buat hati aku berdebar ni .

"Sorry Fir . Aku tak sengaja nak marah kau tadi" aku meminta maaf . Ye la dah mengaku salah takkan nak senyap .

"Herm" . Firas membalas tanpa memandang muka aku . Marah betul ni . Tapi aku tak sengaja nak tinggikan suara dekat dia .

Lif sudah berhenti . Firas terus keluar dan menuju ke tempat keretanya diparking . Aku hanya mampu melihat kereta yang dipandu oleh Firas pergi meninggalkan kawasan parking .

Aku pula menuju ke tempat kereta aku . Masuk saja ke dalam kereta aku terus menghidupkan enjin . Kepala masih ligat berfikir macam mana cara nak pujuk si Firas ni .

Yes ! idea dah datang . Dapat je idea aku terus meninggalkan kawasan parking untuk ke mall . Harap sangat nanti Firas suka . Tapi perlu ke aku beli ? . Bagi je la . Aku bagi bukan sebab sayang tapi tanda maaf .

Ligat otak berfikir macam mana nak bagi pada Firas nanti . Aku berhenti dihadapan sebuah kedai coklat . Agak-agak dia suka ke kalau aku beli coklat ferrero rocher ni . Dia bukan perempuan nak bagi coklat semua ni . Lantak la bagi je .

Tanpa fikir panjang aku terus ke kaunter dan membuat pembayaran . Effort ni effort kalau tak nak juga tak tau la . Keluar saja dari kedai coklat tersebut aku nampak seseorang yang aku kenal . Tapi aku kena pastikan dulu . Kalau salah orang malu beb !

"Adib !" . Aku terus melaungkan nama dia bila dah pastikan aku tak salah orang .

"Leeya ! You buat apa kat sini ?" . Aku mengangkat plastik beg yang berisi coklat tadi . Adib sekadar menangguk tanda faham apa yang aku maksudkan . Kami berjalan seiringan . Banyak topik yang kami borakkan .

"You makin lawa sekarang . Untung la siapa yang dapat you" . Berkerut dahi aku . Apa maksud dia ? . Siapa je yang nak dekat aku ? . Lawa ? lagi la tak , aku ni biasa-biasa je .

"Siapa je yang nak dekat I ? . I ni bukan nya cantik sangat pun . Sebab tu la I single je sampai sekarang"

"Ada je orang nak dekat you . Tapi you jual mahal sangat"

"AHAHAHA . Perempuan kena la jual mahal"

Seronok juga dapat borak dengan Adib ni . Boleh hilang semua masalah yang ada . Masa di Newyork dulu pun dia yang selalu temankan aku . Hari-hari tanya khabar aku . Dalam tengah ralit berborak dengan Adib aku disapa seseorang .

"Leeya" . Suara macam kenal . Jangan cakap dia yang datang tegur aku . Aku tak berani nak angkat muka . Aduh macam mana pulak la boleh terserempak dengan dia waktu-waktu macam ni . Adib memuncungkan mulut tanda menyuruh aku melihat gerangan siapa yang datang . Adib tolong la buat-buat nak pergi dari sini .

"I didn't think I could see you here" . Aku terus angkat muka . Memang betul sangkaan aku . Firas memandang aku dengan senyuman sinis . Aku hanya mengecilkan mata pada dia . Terus aku memandang orang sebelahnya . Aleesya . Rasanya tak perlulah aku terkejut sebab Firas dah maklumkan pada aku yang dia nak keluar dengan Leesya tadi .

"Hi . Lama kita tak jumpa kan ? . Lepas je kejadian Firas tampar muka you tu" . Perempuan ni macam tak ada benda lain nak cakap . Padahal boleh je dia kata 'Lepas je I tarik tudung you tu' nak juga sebut pasal Firas ni . Aku nampak jelas wajah Adib yang terkejut tu .

"Haah . Lepas je kita gaduh I pun tak hingin nak jumpa muka you" Sengaja aku tekankan ayat hingin tu . Nampak wajah Leesya sudah berubah kelat . Tak puas hati agaknya . Siapa suruh cari pasal dulu .

"You boyfriend Leeya ke ?" . Adib memandang aku dengan kening yang terangkat . Tanpa balasan apa-apa aku terus menjawab pertanyaan Aleesya tadi .

"Haah boyfriend aku , kenapa ? Nak sond0l ?" . Terus membulat biji mata Adib . Firas menayangkan muka yang tidak beriak langsung . Aku tak pasti dia terkejut atau tak dengan kenyataan aku . Yang pasti aku cuma nak buat dia sakit hati je .

"I tak pernah tahu pun you dah ada kekasih ?"

"Private relay . Lagipun perlu ke kau tahu ?" . Hek eleh sibuk je nak tahu . Ikut aku la .

"What's your name ?" Aleesya bertanya dengan senyuman yang sangat manis . Tapi bagi aku senyuman tu adalah senyuman kegatalan . Tunang dah ada dekat sebelah pun sibuk nak menggatal .

"Engku Adib Fitri . Just call me Adib" . Adib berkata dengan muka yang masam . Mungkin dia pun tak selesa agaknya dengan Aleesya .

"Ouh . Pandai you pilih Leeya . Handsome and kind" . Firas hanya sekadar memerhati saja kami berbual . Tapi aku dapat rasa ada aroma cemburu disini . Jealous lah tu bila kekasih hati puji lelaki lain depan dia .

"Sejak bila korang ada hubungan special macam ni ? . Leeya tak pernah bagitahu aku pun" . Lama mendiamkan diri akhirnya Firas sudah mula membuka mulut . Ada la kejap lagi nak main perli-perli ni .

"Macam yang Leeya cakap , private relay . Tak perlu nak bagitahu dekat orang pun . Kan sayang ?" . Aku hanya menangguk dengan senyuman yang sangat manis . Bagus Adib . Tak perlu bagi skrip dah tahu apa yang perlu dibuat .

"Cik Maz tahu ?" . Hampir terkeluar jantung aku . Kalau dia bagitahu dekat mama , lepastu mama pulak pergi percaya . Memang betul menempah m4ut la jawabnya .

"Dah . Aku sendiri pergi jumpa Cik Maz . Eh sorry bukan Cik Maz , but mama" . Yes , thanks again to Adib . Jelas nampak wajah cemburu di wajah Firas . Kenapa pulak dia nak jealous . Aku dengan dia tak pernah ada hubungan pun .

"Ouh . Congrats" . Tiba-tiba hati aku berubah sayu . Hati aku masih mengharapkan dia ke ? . Jangan Leeya . Kau sendiri nampak yang Leesya ada sekali kan . Buat apa tunggu dekat orang yang tak nak dekat kita ? . Move on !

"Jom sayang" Kata-kata Adib mematikan lamunan aku . Aku hanya angguk . Firas menghadiahkan senyuman sinis pada aku . Aku hanya mampu telan liur . Jangan la berlaku apa-apa nanti .

Aku nampak mulut Firas terkumat-kamit menyebut sesuatu . Jantung aku terus berdegup kencang . Walaupun tidak mengeluarkan suara tapi aku boleh tangkap apa yang dia katakan . 'Just wait later' . Makin berdebar dada aku . Dia nak buat apa nanti ? .

Kalau aku cuti kerja seminggu boleh ? . Rasanya seminggu tu boleh buat dia lupa kot apa yang dia cakap . Arghh ! tu la pandai sangat nak bersayang-sayang dengan Adib . Mengaku yang si Adib tu boyfriend la apa la . Alih-alih diri sendiri yang nak kena menghadap si Firas nanti . Ya allah selamatkanlah aku dari segala musibah mu ya allah . Kau lupakanlah ingatan Firas tentang apa yang terjadi malam ni ya allah . Padamu sahaja aku memohon pertolongan .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now