Pertarungan Ratu dan Raja Rundawi - Part 18

35 2 6
                                    

Faith tidak berganjak tatkala Ratu Rundawi menyerangnya dengan bola api. Bola api yang mengena ke badannya terserap masuk automatically. (uissh!)

"Nampaknya putera ke dua sy ini sudah mahir dalam mengawal kuasanya. Baiklah," Ratu Rundawi tersengih dan tertawa, lagaknya seperti memperkecil-kecilkan Huguon Luca namun di kedua-dua telapak tangannya sekarang mengumpul bulatan bahang yang semakin membesar! (kalau ditimbak ini pigi center point mmg ancur tu bangunan, the whole! Nah, gitu kunun power dia ni)

Faith menarik nafas, memperbaik kuda-kudanya. Serangan Ratu Rundawi tadi bukannya tidak kuat tetapi dia bernasib baik kerana kuasa Raja Naga yang diperolehinya memberi perlindungan yang berkali kali ganda. Jika dia masih kekal dengan kuasa Penghulu sahaja, dia percaya nafasnya akan terhenti di situ juga.

"Bonda, sy tidak mahu mengkhianti atau melawan bonda. Bonda kena tahu apa yang berlaku di Rundawi, jangan persalahkan sy kerana bukan sy yang memulakan semua ini. Bukankah bonda ingin menyelesaikan perkara ini dengan sebaik-baiknya?" Pancing Faith. Dia sebenarnya mahu Ratu Rundawi berhenti menyerang kerana mereka masih di Bambarayon. Daerah ini cuma diduduki roh-roh yang aman damai dan tidak ada pendekar di kalangan mereka kecuali dirinya seorang. Molohing-molohing yang berada di sini juga cuma pengantara antara alam manusia dan roh. Jika kerana serangan Ratu Rundawi ini memusnahkan Bambarayon, keseimbangan alam akan tergugat dan semua jenis-jenis roh, makhluk, hantu, rogon, iblis (you name it la), akan bebas keluar masuk ke dalam alam manusia.

"Tidak mengkhianati kata kamu?! Ko sudah melepaskan Puteri Memphis ke tangan orang lain, Luca! Apa itu bukan mengkhianati namanya!?" Ratu Rundawi menengking si Faith, disertai dengan hadiah bola2 api dilemparkan dari tangannya. Kali ni Faith tidak sempat menjawab sebab laju betul ni api-api meluru ke arah dia, macam flash! Zup Zup!!

"Ugghh!" Faith terundur beberapa meter ke belakang, bukan calang-calang kekuatan Ratu Rundawi ini. Dia ialah pengasas angkatan perang kaum Rundawi sejak turun temurun dan kalau dibandingkan kuasa Raja Kuma dan Ratu Rundawi, macam kacang pis saja itu si Kuma. Ini apa yang Faith tahu setakat ini selepas dia testing power tu hari, cuma dia masih tidak dapat menilai sejauh mana kuasa abang tirinya itu, siapa tahu kuasa yang dilepaskan dulu itu cuma bunga-bunga saja?

"Bagus! Bagus Luca, begitulah putera bonda! Hahahhahahahhahahaha!!" Makin menggila bola- bola api keluar dari telapak tangan ratu perang itu disertai dengan tawa yang terbahak-bahak seolah-olah sedang bermain-main dengan budak kecil. Si Faith langsung tiada ruang untuk membalas balik serangan Ratu Rundawi ni. (Aiyaaaa! Sakit hati sy oh!)

"Berhenti, bonda!" Jeritan Faith langsung tidak dipedulikan sama sekali oleh si Ratu Rundawi. Makin kencang lagi serangan dia pada Faith. Hampir seluruh tanah di sekeliling mereka menjadi hitam legam dek serangan bertalu-talu ratu perang itu. Semakin hangat lagi bah itu bola api, si Faith sudah tidak boleh bertahan, dia takut kalau bahang api itu masuk ke dalam tanah dan merosakkan akar tunjang pokok Nunuk Ragang dan seluruh daerah Bambarayon.

"ENOUGH!!" Gema jeritan si Faith tiba-tiba berdengung di udara dan diiringi dengan satu lagi tempikannya yang sungguh kuat! Hampir tuli telinga warga Bambarayon!

"Heeeeekkkk!"

WHOOOOOSHHHH.... FLAAPP.... WHOOOOSSSHHHHH

Semua mulut termasuk penulis terlopong dan ternganga sambil mendongak ke langit. Deruan angin yang kencang dan tempikan nyaring makhluk yang cuma dianggap sekadar mitos membuatkan mereka terkaku. Kepakan sayap yang hitam kebiru-biruan dengan kaki bersisikkan cengkeram emas berkilauan perlahan-lahan mendarat di depan pintu gerbang Bambarayon. Nasib sahaja tempat itu adalah kawasan lapang yang luas dan cuma ada pokok Nunuk Ragang di situ. 

"Raja Naga!" Serentak semua molohing berlutut menyembah pemerintah Bambarayon yang sudah mempamerkan rupa asalnya.

Jonaz dan Fir Tandingan terkejut dan tidak percaya - "FAITH?!!!"

TOMBOY SEASON 5 - The Supreme WarWhere stories live. Discover now