Luca, Ratu dan Kuma - Part 19

27 0 0
                                    

BADUMMMM! KEBUMMMM!

DUUUUUUUUMMMM!

ZUPP! ZAPP! ZUP! ZAP!

"Heeeeeeekkk!!! Ekkkkkkk!!!!"

Angkasaraya kucar kacir dengan bunyi dentuman seperti bom hiroshima, pancaran halilintar dan pekikan nyaring dari dua makhluk lagenda yang bertarung penuh dengan kuasa. Langit yang tenang kini diselaputi dengan warna-warna merah dan biru berselang seli dengan panahan petir menembusi awan tebal. 

"Luca!" Ratu Naga bertempik kuat seraya menyerang dengan satu semburan api yang lagi dahsyat membaham tubuh Raja Naga sekali lagi. Hatinya terasa gembira kerana walaupun dengan serangan bertalu-talu, Raja Naga masih utuh dengan pertahanannya. Tidak dia menyangka serangan jarak dekat yang dia lancarkan tadi langsung tidak memberikan sebarang kecederaan pada puteranya itu. Begini rupanya kuasa anakku ini! Ratu Naga bernyanyi riang dalam hati!

Raja Naga seperti sudah tahu Ratu Naga akan berhempas pulas untuk mengalahkannya, namun dia masih tidak mahu melancarkan serang balas kerana apa yang dia harapkan adalah membawa Ratu Naga sejauh mungkin dari Bambarayon. 

"Lawan bonda, Luca! Adakah ko ni seorang yang pengecut cuma tahu melarikan diri?!" Ratu Naga bertempik lagi, semakin seronok kerana Putera Luca tidak lagi menyerangnya seperti mula-mula tadi, malah cuma melayang-layang lagi tinggi ke angkasa, mengelak semua penangannya.

Ratu Naga mengejar ke mana sahaja naga biru kehitaman itu terbang sehingga mereka melepasi garisan Bambarayon dan mula meluncuri alam Rundawi. Kerajaan yang selalunya diselimuti dengan kesuraman dan kurang pencahayaan itu kini terang benderang dengan semburan dan panahan bola-bola api dari ratu perang itu. Bahang panas tersebut sudah cukup untuk mengeringkan sepertiga kawasan Rundawi yang memang selalu lembab sebab rata-rata warga dunia ini adalah dari specis ular.

"Raja Kuma! Ratu Rundawi sudah pulang!" Penolong kanannya si Sang Sawa meluru masuk secara tergopoh gapah ke balai instana. Raja Kuma tidak terkejut dengan berita itu kerana sedari tadi dia memang sudah merasakan aura bondanya tetapi juga penasaran apa yang membuatkan ratu yang kejam itu mengeluarkan kuasa yang cuma digunakan untuk berperang. Dia juga tidak menyangka Ratu Rundawi akan kembali secepat itu tetapi dia harus menyambut kedatangannya sebaik mungkin. Raja Kuma bergegas keluar diikuti dengan permaisuri Kunai dibelakangnya.

"Sang Sawa, mana Putera Rundawi?"Tanya Raja Kuma baru perasan anak yang baru kembali dari dunia manusia itu tidak bersama-sama mereka.

"Rasanya dia sedang memburu Puteri Memphis, Raja Kuma," balas Sang Sawa dan Raja Kuma tersenyum panjang, dia semakin tidak sabar untuk menyambut bondanya, Ratu Rundawi.

Setibanya mereka di luar istana, mereka tergamam melihat dua ekor naga sedang rancak bertarung dengan hebat. Hati Raja Kuma tersentap melihat lawan si naga merah. Bangsat ko, Luca! Semburnya dalam hati apabila melihat adik tirinya itu sudah menjelma ke rupa asal yang sepenuhnya. Bukan itu sahaja, cara-cara dia mengawal serangan Ratu Naga sudah cukup membuatkan darahnya menggelegak. Bagaimana si bangsat ini sudah dapat mendapat kuasanya kembali dalam masa yang singkat? Sialan ko Luca! Rasa cemburu menyelimuti dirinya sambil matanya mengikut gerak geri si Raja Naga. 

WOOOOOOOSHHHHHH!

Dalam keasyikan menonton pertempuran udara itu, secara tiba-tiba satu semburan api dari langit meluncur deras ke arah istana. Raja Kuma bertempik kuat lantas meluru dan melompat ke udara!

"HASSSSSSSSHHHIIIIIIEEEEKK!!"

Ular naga putih tiba-tiba menjelma membelut seluruh istana dan kabus serta merta memenuhi seluruh mahligai itu dan kawasan-kawasan yang berdekatan di kelilingi oleh lingkaran aura putih menghadang api dari memasuki tempat yang mempunyai aura putih.

TOMBOY SEASON 5 - The Supreme WarWhere stories live. Discover now