The Final Journey - Part 22

30 1 6
                                    

"Ahh.... ", Tedd yang dipangku oleh Jonaz dan Fir Tandingan tiba-tiba berhenti secara mengejut sambil memegang dadanya dengan muka kesakitan.

"Tedd, what's wrong?!" Tanya Jonaz dengan sedikit cemas lantas berhenti dan menolongnya untuk duduk walaupun dia tahu mereka mesti terus meneruskan perjalanan di dalam Nunuk Ragang itu. Persetan semua, Tedd ini mesti merasa sukar untuk berjalan dengan kondisinya yang cedera begini, kata si anak Indon itu dalam hati. Sangat kasihan dia dengan kawan lamanya itu, digebuk oleh isterinya sendiri si Lucy, itu sih belum masuk lagi tiba-tiba perempuan itu menjelma menjadi naga. Kalau terjadi sama aku, nescaya aku sudah mati kedua kali, rintih hati kecilnya lagi.

"Tedd, ko okey? Sakit sangat ka? Kita rehatlah sekejap ar," Fir Tandingan ikut duduk di sebelah anak buahnya. Masih segar di matanya apabila menyaksikan si Tedd terhempas di depan mata tatkala Lucy berubah menjadi orang lain. Kerana terlalu sedih,  sepanjang jalan selepas mereka masuk ke dalam Nunuk Ragang, tidak berhenti henti dia mengalirkan airmata. Jonaz sendiri pun tidak larat memujuknya dan terpaksa membiarkan dirinya reda dengan sendiri. 

"Jonaz... I'm worried for my wife. My chest hurts so much thinking about her," mengalir airmata jantan si Tedd sambil tangannya masih mencengkam dadanya dengan kuat.

"Aku percaya Lucy ngak apa-apa, Tedd. She will be fine," kata Jonaz menenangkan anak buah isterinya itu.

"Ondu, mari kasi terus perjalanan. Bahaya kalau kita berenti di tengah jalan," Odu Sambak menghulurkan tangannya pada Tedd. 

"Angkat dia, onong. Kita patut inda buli berenti, kalau inda perkara buruk akan terjadi," bilang Odu Yanis menepuk bahu Fir Tandingan. Mahu tidak mahu, Jonaz dan Fir Tandingan terpaksa berdiri sambil memangku Tedd. 

"Odu... bini sy, macam mana dia? Inda bulikah kita balik pigi ambil dia?" Tedd menanya pada Odu Sambak, enggan meneruskan langkah sebelum soalannya dijawab. Molohing itu menundukkan kepala.

"Jalanlah, kita tidak buli lambat-lambat lagi, bini ko tahu apa yang dia buat jadi jangan sia-siakan harapan dia sama kita," muncul Odu Jipun memberi kata putus pada Tedd, samada kata-kata itu adalah jawapan yang ingin Tedd dengar, atau merupakan amaran yang mesti dipatuhi. Giliran Tedd menundukkan kepala, kelopak matanya sekali lagi digenangi airmata. Dia pasrah dan sebelum kakinya memulai langkah, setulus hatinya bersumpah; Luc, I'll be waiting for you to come back by my side, or I will follow you wherever you go, sweetheart. Remember that, don't forget about us, don't forget my vows, even death wouldn't dare to separate us....

Dan pada detik itu juga jalanan di Nunuk Ragang mula beralun membuatkan mereka terumbang ambing seperti berada di atas ombak.

"Sikapai noh mamanau, kada no doh mindorong dorong mantad doh baino nung muhang dikoyu gumuli id pomuganan! (Cepatlah jalan, jangan lagi singgah-singgah mula dari sekarang kalau kamu semua mau balik ke dunia (manusia)!," Sergah Odu Jipun. Dari riak mukanya, dia sudah dapat mengagak perkara yang tidak diingini akan berlaku sebentar lagi.

Menyedari mereka telah melanggar pantang, rentak kaki segera dipercepatkan. Tiada lagi bantahan atau keluhan namun di wajah masing-masing terpampan harapan agar semua ini berakhir dengan cepat dan mereka yang datang ke Bambarayon selamat kembali ke dunia manusia.

"Kelv, ko okey?" Kirana yang berjalan seiringan dengannya tiba-tiba bertanya. Selalunya dia atau siapa-siapa di antara mereka (maksudnya antara Kelv, Earl, Odeth, Cham dan dirinya) tidak pernah mengambil berat tentang perasaan masing-masing sebab mungkin sudah terlalu biasa bermain dan bergurau senda.

"I wanna go home but I wanted to stay as well, sy indatau," pertama kali juga dia menerima jawapan paling serius dari kawan rapatnya itu (dia tahu secara paranormal, mereka adalah adik beradik kembar).

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TOMBOY SEASON 5 - The Supreme WarWhere stories live. Discover now