Bersatu Kembali - Part 16

519 34 42
                                    

Alkisah, pada zaman dahulu kala ada seorang puteri yang cantik rupawan sedang bermain-main di tepi sebuah kolam dengan bola kristal kesayangannya. Secara tidak sengaja, dia telah melambung tinggi bola kristal tersebut dan ia jatuh ke dalam air. Si puteri menangis tidak berlagu menangisi kehilangan bola kristalnya namun tiba-tiba muncul seekor katak puru yang sangat hodoh di hadapannya.

"Wahai puteri yang cantik rupawan, mengapakah tuanku menangis sedemikian rupa? Tangisanmu sungguh sedih kedengaran di telinga hamba," bicara si katak puru yang pandai bertutur kata.

"Katak puru yang budiman, bola kristal kesayangan beta telah terjatuh ke dalam kolam ini dan beta tidak tahu bagaimana hendak mendapatkannya semula." Balas si puteri dengan tersedu-sedu. Kasihan sungguh si katak puru mendengar kisah sedih si puteri jelita.

"Baiklah. Hamba akan mendapatkan bola kristal tersebut untuk tuanku puteri tetapi tuanku perlu memenuhi syarat hamba selepas itu," kata si katak puru sambil memperkemaskan dirinya, sedia membuat terjunan ke dalam kolam.

"Apa sahaja syarat itu akan beta kotakan, wahai katak puru yang budiman," balas si puteri tanpa basa basi. Maka si katak puru pun membuat lompatan ke udara dan berpusing-pusing lagak seperti penerjun yang gemilang. Tidak berapa lama selepas itu, si katak puru pun muncul kembali dengan membawa bebanan sebuah bola yang melebihi saiznya.

"Huh huh huh... Ini dia bola kristal tuanku puteri. Sekarang bolehkah tuanku puteri menunaikan syarat hamba?" Tanya si katak puru yang hodoh dengan keletihan sambil menggolekkan bola kristal tersebut di depan puteri.

"Terima kasih wahai katak puru yang budiman. Katakan syarat tuan hamba itu, akan beta turutkan segera," balas si puteri dengan gembirannya sambil mencium bola kristal kesayangannya.

"Syaratnya, sebagaimana tuanku puteri mencium bola kristal itu, tuanku mesti mencium hamba juga," kata si katak puru yang sudah bersedia menjuihkan mulutnya. Si puteri terkejut namun masih bertanya.

"Di pipi tuan hamba atau di kepala?" Begitu soalan si puteri walaupun dia sudah diberi petunjuk dari si katak puru yang hodoh.

"Di mulut hamba, tuanku puteri. Sudah gharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula," balas si katak puru dengan suara yang bengang.

"Beta menurut syaratnya wahai katak puru yang budiman," kata si puteri yang langsung mengambil si katak puru di atas tapak tangannya dan mencium muncung reptilia itu dengan seikhlas hatinya walaupun pada mulanya dia berasa sangsi. Dan tidak semena-mena...

Puffff!

"Wahai puteri yang rupawan dan baik hati, terima kasih kerana telah melenyapkan sumpahan pada diri hamba yang hina ini." Si puteri membuka mata dan mulutnya melopong tidak percaya...

"Hah! Tuan hamba sudah bertukar menjadi manusia walaupun tidak sehensem mana!"

Penulis: Eh! Silakak punya puteri 😂. Iklan cerita dongeng dulu dulu tamat sampai di sini. Jadi kamurang rasa cerita si puteri dan si katak puru itu sama kah dengan cerita Janice dan Memphy? Let's find out...

"I missed your kisses, Janice... Will you kiss me in this condition? Sy malu ko nampak sy dalam keadaan macam ni ta... " Belum sempat si Memphy kasi habis ayat dia, bibir si tomboy sudah mencium lembut bibirnya yang tiada seri. Mula-mula satu kucupan yang cukup singkat tapi selepas itu Janice mendaratkan lagi mulutnya dan menghangatkan mulut Memphy yang sudah lama dirindui. Dan...

Puffff!

Krik krik.

Krik krik.

Eh? Teda kejadian? Kijap, masih lagi pula diorang kissing. One more time. Dan...

TOMBOY SEASON 5 - The Supreme WarWhere stories live. Discover now