RINGKASAN BAGI YANG MALAS MAU BACA BALIK

28 0 0
                                    

Sedutan ringkasan dari Season 4:

10 tahun yang lalu, Fir Tandingan dan Jonaz mengorbankan nyawa mereka untuk memberi peluang kepada kawan-kawan seperjuangan untuk terus hidup namun kematian mereka juga bukanlah sia-sia. Sebelum mereka meninggal dunia, mereka sempat memberikan darah mereka kepada Faith dan dengan kuasa "Ketua Kampung" yang dimiliki oleh gadis berusia 20 tahun itu, dia telah menumpangkan darah suami isteri yang tidak pernah dikurniakan anak semasa hayat mereka, di dalam kantung perut Mary dan April, dan darah tersebut menjadi janin hidup di samping janin mereka yang sedia ada. Kedua-dua mami gojes ini melahirkan bayi kembar pada hari yang sama dan bayi-bayi kepunyaan "Fir Tandingan dan Jonaz" adalah masing-masing merupakan anak ke-dua kepada pasangan April dan Will / Mary dan Madi. Anak-anak "miracle" ini mempunyai kuasa yang tersembunyi akan tetapi Faith tidak dapat melihat anak-anak ini membesar dan memantau kuasa mereka berikutan pantang larang yang perlu dipatuhi.

Sedutan ringkasan akhir kisah Mempy &Janice in TOMBOY - Janice the Original - juga dalam S5 Part 1

Di episod akhir ini, Mempy yang telah dituntut oleh kaum Rogon Randawi telah bertukar rupa menjadi seekor ular bunian dan sebelum Faith membawa Mempy jauh dari Janice, dia telah meminta Faith untuk hilangkan ingatan Janice padanya supaya dia inda menderita, gitulah kali fikiran si Mempy saat dia sedang bergelumang dengan transformation menjadi ular bunian. 

Season 5 - summary Part 1 - 16

Part 1: Kepulangan si Penghulu a.k.a Faith + Lakinya si Tham selepas 10 tahun menghilang diri sebab pantang larang inda buli tingu tu anak2 buah-buahan dia lahir (tersenarai di bawah)

Annie/James -- Anak tunggal - Cham (grandparents Summer/Hans + Luc/Tedd)

Mary/Madi for -- Kembar - Kelv & Earl (grandparents Luc/Tedd + Unknown - Datin Mariam. Madi & Annie adik bradik yang terpisah, Summer ambil Annie sebagai anak angkat)

April/Will for -- Kembar - Kirana & Odeth (grandparents Genevie/Datuk Adrian + si Will punya salasilah inda sy ingat hahha)

Part 2 : Teda yg penting sini, test power si Kelv saja yg show off sama si Tham sama si Faith punya entrance kepulangan

Part 3: Si Faith kasi cerita pasal si Mempy dan transformationnya jadi ular bunian dan macam mana dia dihantar ke pintu gerbang bunian . Sy pun indatau kenapa sy balik2 cerita pasal ni, mcm berdabol2 sy rasa tapi yang paling penting itu janji si Faith sama si Mempy dan air mata mutiara yang keluar dari mata si Mempy (yg sudah jadi ular)

Juga watak2 bobolian yg penting seperti dalam S4 yang perlu diingati.

Odu Sambak - suku Tagahas
Odu Tingodun - suku Liwan
Odu Luminah - suku Bundu
Odu Masai - suku Kwijau
Odu Olimbu - suku Tuhawon
Odu Gimbau - suku Sakag Tamadon
Odu Yanis - suku Sakag Gombunan

Part 4: Sepatutnya ni part ni ada sesi pertunangan bah antara si Kojack (asal usul sangat meragukan) sama si Angel (anak pertama Summer/Hans) mengikut adat istiadat orang Dusun tapi bila si Faith nampak tu cincin pusaka si Kojack, dia rasa inda kena jadi dia tanya si Kojack lebih lanjut tentang barang itu (terbengkalai terus bah hajat menunang ni gara2 si Faith). Si Kojack bagitau cincin pusaka itu peninggalan dari ibubapanya berserta beberapa barang lagi dalam sebuah peti kayu so, si Faith minta si Kojack bawa dia pigi tingu tu peti la (mulut si Kojack ni pun macam host misi nusantara, semua pun mau dibagitau). Trus dengan kuasa ghaib dorang pigi di rumah si Kojack ni dengan diiringi anak2 ribena yang sibuk juga mau ikut. Sampai di rumah si Kojack, hal yang tidak diingini pun berlaku.... Nah, dari sini, let's go Part 5.

Part 5: Si Kojack buka saja tu peti kayu yang ditinggalkan oleh parent dia padanya, terus dorang semua kena serang ular kici2 yang bikin galiiiii betul ni. Sudah kelam kabut begitu si Faith kasi selamat lah kunun tu budak2 dulu, dikasi biar si Kojack yang terbaring inda sedar diri sudah ni kena kurumun ular, sampai inda nampak lagi konon badan dia ni (sy kasi tambah garam gula sini untuk lagi kasi saspen lol). Di sinilah si Cham sama si Earl punya kuasa terserlah (terlupa si Faith kasi selamat dorang dua ni). Jadi, bila si Faith sudah kasi pulang tu budak2 lain, dia datang lagi balik sama si Angel and Janice - tapi dorang inda sempat nampak kuasa sailormon si Cham ma Earl ni. Dipendekkan lagi cerita, si Faith kasi sedarkanlah si Kojack tu menggunakan mutiara yang dia ambil dari si Janice (ingat ni mutiara yang sy sebut di Part 3 di atas - si Faith kasi sama si Janice sebagai amanat dari si Mempy (teda sy tulis pa macam si Faith kasi ni, pandai2 lah kamu imagine ya). Suda si Kojack sedar, si Faith bawa dorang balik pigi rumah dia. Nahhhhh di sini laitu start cerita Rundawi, bilamasa si Faith mau kasi confirmkan si Kojack inda sakit inda kana pukau inda kana santet, tiba2 si Kojack berubah watak jadi Putera Rundawi (cara dia bercakap pun lain sudah kunun.) Sudah si Faith bercakap2 berlawan mulut sama si Putera Rundawi (Kojack), last2 hilang kunun tu putera kasi tinggal asap2 lagi. Ai, magic bah, lesap dia! Menangislah kunun si Angel ni hilang bf nya!

Part 6: (Mau give up suda sy bikin ringkasan oh)... Jadi, ini part mengungkai asal usul si Kojack. Ini Odu Bodu sini kan, kamu cuma buli tau ni watak dari S4 (terpulang kamu mau baca ka inda).  

Part 7: Sambungan asal usul si Kojack - cerita ibu bapa si Kojack yang sebenar iaitu Raja Kuma dan Permaisuri Kunai. Dan juga, bagaimana bantatonnya si Raja Kuma pigi tidur sama si Mary (sakit jiwa kamu ni kalau kamu baca next part hubungan sebenar si Raja Kuma sama anak2 si Luc - pukitaii punya Raja Kuma!)

Part 8: Ini asal usul si Cham, anak si Annie/James. Sebenarnya si Cham ni setahun saja muda dari anak2 ribena yang lain. Anyway, haiyaaa... ada2 saja ni keturunan Rundawi oh. Si Cham pun sebenarnya bibit dari si Permaisuri Kunai??? Astagaaa --- itulah sy bilang sy menulis tiada plan, main ikut saja tangan sama otak, sy yang sakit skarang berpikir macam mana mau kasi ending ni season!!

Part 9: Berbalik kepada cerita di rumah Faith lepas si Kojack lesap jadi asap di Part 5. Si Faith kasi terang laini family tree, anak ini dari mana datang, anak itu macam mana jadi, anak yang sana sepa punya, anak yang sini sepa punya, yadi yadi yada.... Dan di part ini juga tiba2 muncul tetamu tidak diundang (tapi si Faith tau sudah duluan).

Part 10: Muncul lah keluarga Rundawi dari dunia Rundawi (entah di dimension mana), sekali dengan si Mempy! Tapi sini kunun si Mempy dikenali sebagai Puteri Memphis. Syahdu lah si Janice tu nampak gf nya di samping si Kojack (si Angel mata merah la nampak bf nya sama perempuan lain). So, tujuan itu keluarga Rundawi melawat tanpa notis itu sebab mau ambi bibit diorang balik (si Cham sama si Earl) tapi, bah. Kana halau lah bah, kamurang ingat sinang2 ka si Mary sama si Annie kasi anak yang diorang kandung 9 bulan 10 hari sama orang asing? Lagi2 orang bunian, over my death body debilang itu! (Padahal sy teda tulis ni, kasi manis2 masin2 secukup rasa bah). Tapi... part sini si Earl hilang! Pa macam buli hilang pun sy indatau!

Part 11: si Faith kan Penghulu a.k.a Bobolian, jadi sy guna kuasa dia laini cari si Earl (easy fixed hahhaha). Tapi badigul juga bah sy ni. Adakah si Faith sudah dapat cari signal si Earl, sy kasi hilang lagi balik si Earl (kana angkat dia oleh suruhan si Raja Kuma bawa masuk si Earl pigi dunia Rundawi). I don't know what to say. Anyway, si Raja Kuma gembiralah kunun bibit dia si Earl suda dalam tangan dia, tapi tiba2 dia punya fikiran penasaran sama si Janice ni, runsing kunun dia tiba2 (the truth is, I don't know why, like I say, idea datang macam tu saja, sy main tulis tapi indatau next plan!). Then, berbalik pigi rumah si Faith (ni lepas si Faith balik tanpa si Earl ni), dia suruh si Janice bikin something then dapatlah kunun si Janice ni bertelepati sama si Mempy.

Part 12: Half ni si Janice cerita dia punya telepati experience sama si Mempy. And ending part ni, si Angel lagi hilang... kenapa bah gimbaranku kasi berhilangan semua orang ni...

Part 13: Selaras dengan telepati si Janice, si Faith membawa parent dia sama anak2 ribena yang diiringi bobolian2 (see part 3 senarai watak2 boboblian) merentasi alam menuju ke dimensi roh...

Part 14: Faith dan yang lain2 sampai di daerah Bambarayon, di suatu dimensi roh yang mangkali bersebelahan dengan Center Point KK, kalau indapun, di Ranau ka atau di Tawau ka atau di Brunei atau di Indonesia - cuma inda buli nampak dengan mata kasar. Sini si Faith kena gelar Huguan Luca atau pemerintah Bambarayon

Part 15: This part Faith dan individu2 yang dia bawa dari dunia manusia, tidak termasuk watak2 bobolian, diberi suatu challenge untuk mengenali diri masing2. Kalau pilihan salah, tu badan akan hilang dari Bambarayon, dan kalau berjaya, will stay la. Sini kamu akan diberitahu asal usul si Luc dan juga mengungkai apa hubungan Raja Kuma sama anak2 si Luc. - Stress suda sy.

Part 16: Kejayaan si Janice membawa keluar si Mempy dari dunia Rundawi, dan juga listing individu2 yang berjaya stay di Bambarayon. Si Cham hilang ni sebab dia pilih si Permaisuri Kunai. Next part 17 ... coming soon!

TOMBOY SEASON 5 - The Supreme WarWhere stories live. Discover now