I Love You, Beloved - Part 21

40 1 0
                                    

Terbeliak mata Permaisuri Kunai dan Sang Sawa melihat badan Ular Naga Putih (Raja Kuma) direjami beratus-ratus lembing tatkala Raja Naga mempamerkan kuasanya. Tidak mereka sangka budak hingusan dari kaum manusia itu boleh mengeluarkan kuasa yang begitu besar walaupun baru saja memperoleh jelmaannya.

"Raja Kuma tidak pula memberitahu budak yang dipilih molohing-molohing sebagai Huguon Bambarayon itu mempunyai kuasa yang luar biasa. Adakah kau tahu ini, Sang Sawa?" Tanya Permaisuri Kunai tetapi matanya tetap memandang ke arah langit memperhatikan suaminya bertungkus lumus untuk mematikan serangan si Raja Naga.

"Sy juga sama sekali tidak menyangka manusia itu sangat berkebolehan. Mungkin dia betul-betul mempunya darah naga asli seperti Ratu Rundawi?" Sang Sawa menjawab dan sekaligus menanya soalan lain, tetapi dia tahu soalan itu tidak akan terjawab oleh Permaisuri Kunai.

"Jadi, Ratu Rundawai memang benar-benar sudah menemukan anak yang dia inginkan selama ini? Ha..hahahaha.... " Permaisuri Kunai tertawa kecil namun jelas sekali kata-katanya berbaur dengan perasaan marah dan dendam pada si ratu perang, yang juga merupakan ibu kandungnya dan ibu kandung kepada suaminya. Kau patut mati, Ratu Rundawi, sy akan pastikan itu! Bentaknya dalam hati. 

"Bonda," Putera Rundawi tiba-tiba muncul di depan Permaisuri Kunai dan Sang Sawa sambil memangku Puteri Memphis yang tidak sedarkan diri. 

"Tepat pada masanya anakku. Persiapkan kedua-dua bakal isterimu. Sang Sawa, bawa kedua-dua budak itu kemari, sy percaya mereka sudah bersedia.," perintah dari Permaisuri Kunai itu dibalas dengan anggukan Putera Rundawi dan Sang Sawa lalu mereka segera beredar masuk ke dalam istana. Bersedialah untuk bertemu dengan nenek moyangmu, ratu! Tawa Permaisuri Kunai dalam hati sebelum dia pun ikut masuk ke dalam istana Rundawi.

Sementara itu di atas langit, 3 makhluk berkuasa itu masih tetap di posisi masing-masing. Ular Naga Putih a.k.a Raja Kuma nampaknya sudah berjaya menangkis serangan si Raja Naga.

"Ko ingat sy begitu senang untuk tewas, Luca?!" Bergema suara si Ular Naga Putih itu di ruang angkasa. Berdentum dentum bunyi guruh di langit seolah-olah seluruh angkasaraya itu milik si penguasa sementara Rundawi. Dinding langit bertukar menjadi gelap gelita, dan seperti di trajektori, aura putih yang menyelimuti badan ular naga itu memantulkan cahayanya ke bawah menghala seluruh lembah Rundawi. Permukaan yang pada mulanya ditutupi ais tebal kini mula mencair. Ratu Naga yang menyaksikan pemandangan itu di altitud paling tinggi semakin berasa seronok. Bukan sahaja dia akan dapat menyaksikan "persembahan" Ular Naga Putih dan Raja Naga, tetapi juga akan dapat membandingkan kuasa antara kedua-dua anak kandungnya itu. Mata si ratu perang beralih ke arah Raja Naga. Tenang sahaja anak manusia itu walaupun kuasa abang tirinya sudah mula mendahului. Apa dalam fikiranmu, Luca? Bolehkah ko kalahkan abang ko itu? Tanya hatinya tidak sabar menunggu reaksi si Huguon Bambarayon.

FLAP FLAPP FLAPP

Angin mula bertiup dengan kencang ketika Raja Naga menebarkan sayapnya dan terbang mengelilingi Ular Naga Putih, cengkeramnya terbuka luas, matanya tajam melihat ke arah bawah dan badannya melayang menjunam, bersedia untuk menyerang musuhnya!

"HEEEEEKKKKKK"

"HARRRRRRRKKKKKK!" 

Semburan api dari mulut Raja Naga membaham badan Ular Naga Putih tetapi dalam masa yang sama langit yang gulita merekah dan mengeluarkan panahan ratusan halilintar terus pada badan Raja Naga. Pemandangan dan warna-warna merah putih berselang seli merejami seluruh sudut ruang udara, kepanasan api dan hirisan kilat yang runcing, membakar dan menghiris setiap lapis atmosfera di Rundawi. Luar biasa peperangan dua beradik tiri itu namun di mata si ratu perang, terpampang kebanggaan tidak terhingga menusuk jauh di sanubarinya. 

"Haahahahhahahahah! Teruskan, teruskan Kuma dan Luca!" Begitu sekali kegilaan Ratu Rundawi pada kuasa pemusnah kedua-dua anaknya, tidak peduli jika salah seorang dari mereka tercabut nyawa!

TOMBOY SEASON 5 - The Supreme Warजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें